Sunday, April 17, 2011

Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Pembangunan Surau.

Salam semua.

Alhamdulillah Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Pembangunan Su
rau taman telah selesai dan berjalan dengan lancar. Semoga mendapat sokongan padu dari sekalian penduduk Islam taman ini . ( Mesyuarat bermula jam 11.00 - 12.30 t.hari ).

Pern
ah saya menulis mengenai perkara berkenaan seperti tertera tajuknya di bawah ini.Kalau anda ingin membacanya klik sahaja tajuk tersebut.

Klik di sini: PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK


Pengerusi Penaja sedang mengendalikan mesyuarat.

Sekian...wallahu aklam.







PANDANGAN FUQAHA’ TENTANG MENGHINA DAN MENGAIBKAN SESEORANG MUSLIM.

Salam semua.

Kongsi artikel.

PANDANGAN FUQAHA’ TENTANG MENGHINA DAN MENGAIBKAN SESEORANG MUSLIM.

by Zahidin Mahmood on Wednesday,
April 13, 2011 at 5:32pm.

(Sedutan dari Artikel : “Menghina dan mengaibkan Seseorang Dari perspektif Hukum Syarak” - Oleh : Al-Fadhil Ustaz Dr Abdul Halim el-Muhammady di dalam buku terbitan ABIM Pusat bertajuk : القذف : QAZAF Menjawab Fitnah; IKDAS@2011.)

Kata-Kata Yang Dianggap Menghina.
Pandangan fuqaha’ dalam membincangkan tentang menghina dan mengaibkan seseorang Muslim dapat dikatagorikan kepada dua : pertama menghina dan mengaibkan seseorang dengan kata-kata dan tuduhan menghina yang tidak ada kaitan dengan seksual, dan kedua ialah menghina yang dikaitkan dengan kata-kata berunsur seksual. Ia termasuk dalam katagori jenayah Hudud iaitu Qazaf yang jelas peruntukan kesalahannya dan hukumannya dalam nas.

Sesiapa yang membuat tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan melakukan zina atau seumpamanya tanpa membawa empat orang saksi lelaki yang adil untuk mensabitkannya maka ia disabitkan dengan kesalahan jenayah Qazaf dan dikenakan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali dan kelayakan saksinya gugur selama-lamanya kerana pembohongan dan sikap menghina orang dengan kata-kata keji.

Adapun tentang menghina seseorang dengan kata-kata atau tuduhan menghina yang lain daripada seksual maka para ulama cuba mengulasnya dengan mengambil beberapa contoh perkataan yang mempunyai maka penghinaan ke atas seseorang. Perkataan-perkataan itu saperti ghibah ( umpatan ), buhtam ( dusta ), shatm ( cacian ), namimah ( mengadu dumba ), hasad ( dengki ), dan hiqd ( dendam ).

Apa yang dimaksudkan dengan ghibah ( mengumpat ) itu ialah menyebut keaiban seseorang dengan perkara yang tidak disenanginya secara tidak benar; buhtam ( dusta ) pula ialah tuduhan palsu ke atas seseorang yang ia tidak menepati dengan apa yang dituduh; shatm ( cacian ) menyebut tentang kekurangan seseorang untuk menghinanya; perkataan namimah ( mengadu dumba ) pula membawa maksud berusaha untuk menarik seseorang ke dalam kancah fitnah dan kebencian; manakala hasad ( dengki ) ialah ada keinginan dan cita-cita supaya hilang nikmat yang didapati oleh seseorang; dan hikd ( dendam ) pula ialah timbul keinginan bermusuhan dan kebencian terhadap seseorang.

Semua perkataan-perkataan yang disebutkan itu ada kaitannya dengan ghibah dari sudut maknanya iaitu menyebut aib seseorang dengan cara tidak benar dengan perkataan yang tidak disenanginya.

Sumber Rujukan :
Wizarat al-Awqat wa al-Shu’un al-Islamiyyah (1994), al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizarat al-Awqaf, Kuwait, Jilid 31,hal. 330,331.
WalLahu A'lam Bissawab. Semoga bermenafaat dan dapat mengurangkan FITNAH.
Wassalam.

NOTA BAHASA INGGERIS :
OPINIONS OF MUSLIM JURISTS’ INSULTING AND SHAMEFUL ONE OF THE MUSLIMS
( Taken from the article: "Insulting And Shameful Person From The Perspective Of Islamic Law" - By: Al-Fadhil Ustaz Dr Abdul Halim el-Muhammady in the book published by ABIM titled: القذف: Answering Sumitro Defamation; IKDAS @ 2011. )
Words Of The Deemed Insulting.

The jurists views in discussing the insult and humiliate a Muslim can be categorized into two: the first, insult and humiliate a person by her words and insulting accusations that have nothing to do with sex, and the second, is associated with insulting words said sexual nature. It is included in the category of crimes Hudud qazaf and is very clear, the offense and penalty provisions in the ‘nas’ (Islamic text).

Those who make allegations against someone who is good in personality to commit adultery or something like that without bringing four male witnesses of justice for the convicted criminal is convicted to QAZAF and sentenced to eighty-time whipping and qualifying witnesses fall for ever because of lies and attitude insulting people with vile words.

As for the insulting someone with words or other charges of contempt of the clergy sexual, the Ulama’ (muslim intelectuals) then try to explain by taking a few examples of words that have the humiliation of a person. Those words like ghibah (twit), buhtam (lie), shatm (insult), namimah (make people fight), envy (jealousy), and hiqd (revenge).

What is the ghibah (gossip) is called an embarrassment to the matters that are not favorite and is not true; buhtam (lie) is the false accusation of someone who does not comply with what the accused; shatm (insult) mentions the lack of someone to insults, the words namimah (dumba complained) also means trying to pull someone into the arena of slander and hatred, while envy (envy) is that there is a desire and ambition to lose favor found by someone, and hikd (revenge) is to arising from the desire to hate and resentment against a person.

All the words mentioned it has to do with the meaning of ghibah (meaning) - an embarrassment by saying false words that are not pleasing anyone.

Reference Source:
Wizarat al-wa al-Shu'un Awqat al-Islamiyyah (1994), al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, Wizarat al-Awqaf, Kuwait, Volume 31, pp. 330.331.
____________________________________________

Tertera di atas.
BUKU TERBITAN ABIM YANG WAJIB DIBACA BAGI MENGHAPUSKAN PERBUATAN MENFITNAH...!
_________________________________________________

Sekian...wallahu aklam.

Friday, April 15, 2011

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Salam semua.

Sekadar mengimbau kembali maksud salah satu ayat al.Quran yang telah dibacakan di dalam solat Subuh pagi Jumaat hari ini, di antaranya menceritakan betapa menyesal, hina dan malunya orang-orang kafir. ketika mengadap Allah di akhirat .
Mereka memohon untuk dikembalikan semula ke dunia supaya mereka dapat melakukan amal solih atau amal kebaikan yang mereka mengabaikannya ketika diberi peluang hidup di dunia suatu ketika dahulu. Permintaan ini sudah tentulah tidak akan diizinkan Allah. Maka sesuailah diibaratkan sebagai menyesal kemudian tidak berguna.

Dunia ini Allah jadikan sebagai ladang sebagai tempat manusia beramal ibadat untuk dijadikan bekal yang akan dibawa ke akhirat. Bekal itulah yang memungkinkan mereka mendapatkan kesejahteraan di sana seperti yang dijanjikan Allah. Ibadat yang layak menjadi bekal atau diterima di akhirat nanti ialah ibadat serta cara hidup yang dihayati seperti yang ditunjukkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka
".
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Kisah penyesalan itu disebutkan di dalam al.Quran sebagai peringatan kepada manusia. Maka sewajarnyalah kita meyakini apa yang telah dibawa dan disampaikan kepada kita oleh Nabi Muhammad.s.a.w. sebagai utusan Allah di dunia ini.

Firman Allah;

Maksudnya:
[ Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin" ].
__________________

[ If you could but see when the criminals are hanging their heads before their Lord, "saying", "Our Lord, we have seen and heard, so return us "to the world"; we will work righteousness. Indeed, we are "now" certain ]

( Surah As.Sajdah : 12 )

Sekian...wallahu aklam.

Thursday, April 14, 2011

Nafsu sukakan harta (puisi)

Salam semua.

Bangun pagi teringin nak membaca.
Ingin mengetahui berbagai berita.
Apabila membaca emosi menggila.
Kini berita tidak tentu hala.

Orang dewasa mulai muda.
Kerja sia-sia mencipta gejala.
Tentu sekali pening si anak muda.
Melihat gelagat orang dewasa.

Semakin membaca minda menggila.
Kalau tak dibaca ketinggalan serba.
Nampaknya kenalah tukar hala.
Kena kurangkan mengikuti media.

Ubatnya juga tentulah ada.
Cuma kita buat-buat lupa.
Membaca al.Quran kunci ke syorga.
Ambillah panduan untuk ke sana.

Kalau nak mengharapkan minda.
Sudah banyak yang gila.
Gila pangkat dan gila harta.
Sudah tua disangkanya muda.

Hawa nafsu sukakan harta.
Pangkat kebesaran ingin juga.
Nafsu syahwat tidak pernah reda.
Melainkan telah terpacak dua tanda.

Tanda itulah penamat kata.
Lokasinya berhampiran musolla.
Sentiasa dihiasi pokok cempaka.
Arah pembaringan semuanya sama.

Wednesday, April 13, 2011

Nasihat Luqman kepada anaknya.

Salam semua.

Nama Luqman tercatat dengan jelas di dalam kitab suci al.Quran, terdapat satu surah yang mengisahkan tentang dirinya. Beliau adalah seorang yang diberikan hikmah/kebijaksanaan oleh Allah. berakhlak mulia dan sentiasa bersyukur kepada Allah serta berharap anaknya mengikuti jejaknya.

Firman Allah bermaksud;
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji".
[Surah Luqman :12]

Luqman bersungguh-sunguh mendidik anaknya agar tidak menyengutukan Allah. Nasihat Luqman kepada anaknya wajib diteladani dan dicontohi oleh sekalian umat Islam . Berikut adalah di antara nasihat pentingnya;

1. Jangan Menyengutukan Allah.
[ Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kelaliman yang besar"].
[Surah Luqman :13]

Umat Islam dilarang keras menyembah selain Allah atau mensyirikkan-Nya. Hanya Allah sahaja yang layak disembah. Syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.

2. Berbuat baik kepada ibu bapa.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

[Surah Luqman : 14]

Kebiasaan seorang ibu mengandungkan anaknya mengambil masa selama 9 bulan. Dalam tempot itu ibu-ibu yang mengandung atau hamil menghadapi berbagai kesusahan dan kesukaran yang tidak mampi diceritakan satu persatu kepada ornag lain. Ketika melahirkan anak mereka menghadapi risiko yang amat tinggi sama ada hidup atau mati dan ada yang mati syahid kerana melahirkan anak, selepas melahirkan anak pula mereka menghadapi masalah kesihatan kerana berlaku tumpah darah yang banyak, salah seorang daripada mereka ( ibu-ibu yang ramai itu ) adalah ibu kita sendiri.Tanpa membayang dan menggambarkan situasi yang sebenar itu nescaya akan kuranglah prihatin kita kepada mereka.

Dalam keadaan yang daif itu pula mereka terpaksa menjaga anaknya (kita) yang masih bayi, di mana semua perkara mesti diuruskan di antaranya makan , minum, kesihatan dan keselamatan. Penelitiannya sangat tinggi dan istiqamah sehingga seekor semut sekali pun tidak berpeluang untuk menggigitnya. Penjagaan itu sangat sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi, hanya sebahagian tanggungjawabnya sahaja yang dapat diceritakan kepada orang lain, Berat mana mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, mereka yang bijaksana sahaja yang dapat memahami sehingga ke akar umbinya.

Maka sewajarnyalah anak-anak wajib berbakti kepada ibu bapa berlebih-lebih lagi ketika mereka sudah tua dan uzur.

3. Tidak mengikut (taat) ibu bapa dalam hal kemaksiatan dan Berbuat baiklah kepada mereka.
"Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan".
[Surah Luqman : 15]

Dalam masa kita disuruh dan diperintahkan untuk mentaati dan berbuat baik dengan ibu bapa di sana masih terdapat perkara-perkara yang dilarang patuh iaitu dilarang patuh dalam hal maksiat iaitu mensyirikkan Allah dan lain-lain aktiviti yang berdosa atau haram dan ketika menolaknya masih disuruh merendahkan diri dan menggunakan bahasa yang sopan.

4. Berbuat baik meski pun sedikit.
[ Lukman berkata: "Hai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalasinya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”]
[Surah Luqman : 16]

Utamakan berbuat baik dan amal kebajikan, walau pun amalan kebaikan itu amat sedikit, nescaya akan mendapat balasan baik dari Allah jua.

5. Mengerjakan Solat, Menyuruh melakukan kebaikan dan Melarang melakukan kemungkaran serta Bersabar.
"
Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
[Surah Luqman : 17]

Luqman juga menyuruh anaknya menunaikan kewajipan solat dan berdakwah dengan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan perbuatan mungkar serta bersabar ketika ditimpa sesuatu keburukan. Ini juga aspek penting yang perlu umat Islam menurut jejak langkahnya.

6. Jangan Sombong.
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri".
[Surah Luqman :18]

Sifat sombong, takbur dan bangga diri serta memandang rendah kepada orang lain itu merupakan sifat yang dibenci oleh Allah. maka Luqman melarang anaknya memiliki sifat buruk ini.

7. Merendahkan Diri dan Bercakap dengan bersopan.
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.
[Surah Luqman: 19].

Cara berjalan dan bercakap juga dapat menzahirkan sopan dan akhlak seseorang sama ada baik atau buruk. Luqman mengambil pendekatan menasihatkan anaknya supaya bersederhana dalam mengorak langkah semasa berjalan dan bercakap dengan merendahkan suara dan suara yang buruk dan tidak bersopan itu dibandingkan sebagai sama dengan suara keldai.

Demikianlah nasihat Luqman kepada anaknya yang termaktub dan diabadikan oleh Allah dalam Al Quran. Semoga kita semua sentiasa mengamalkannya dan mengajarkannya kepada anak serta menyebarkannya kepada masyarakat umum.

Sekian...wallahu aklam.