Salam semua.
Saya menyambut baik serta rasa selesa dengan saranan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar wanita turut menunaikan solat Jumaat seperti yang dilakukan kaum lelaki. Apabila saya baca sahaja berita ini saya teringat balik kebiasaan beberapa wanita datang bersama suami mereka ke masjid untuk menunaikan soat Jumaat di masjid kampung saya suatu ketika dahulu kalau tidak salah saya peristiwa ini berlaku dalam tahun 8oan, tetapi amalan atau kebiasaan itu berhenti begitu sahaja saya pun tidak mengetahui sebab-musabbabnya, ketika itu saya tidak pun merasai hairan apa-apa dengan situasi itu, sebab saya telah pun mengetahui sebelumnya bahawa hukum wanita bersolat Jumaat adalah harus ( Mubah ) maknanya mereka dibolehkan berbuat demikian kalau mereka kehendaki, cuma mereka kenalah menjaga dan mengelakkan diri dari terjadinya fitnah, menjaga fitnah memang wajib di mana-mana pun bukan dalam hal ini sahaja.
__________________________________
http://67.213.215.136/~server3/jhn/062.mp3
___________________________________
Mungkin ada lagi di tempat yang lain kaum wanita menunaikan solat Jumaat pada masa-masa yang lampau tetapi tidaklah begitu ramai, nampaknya selepas ini kita kenalah membuat sedikit anjakan pradigma baik lelaki mahu pun wanita dalam menilai dan menguruskan hal ini, khasnya mereka yang terlibat dengan pengurusan masjid. Sekurang-kurangnya suatu ruang khas yang selesa perlulah disediakan untuk mereka mulai sekarang. Kita percaya jumlah yang akan datang menunaikan solat ini tidaklah seramai jamaah lelaki kerana yang beranak kecil tentulah tidak akan bersusah payah datang bersolat di masjid melainkan mereka yang tiada tugas pada hari tersebut atau mereka yang mendapat kelepasan semasa bekerja di pejabat seperti diberikan kepada lelaki pada masa ini bagi negeri-negeri yang tidak bercuti pada hari Jumaat.
Kehadiran mereka ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat itu dilihat mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding dengan keburukan, gambarannya seperti mereka datang menunaikan solat sunat Hari Raya tiada kecatatan berlaku pun atau lain-lain majlis yang sering kita adakan pada masa kini. Walau bagaimana pun peraturan tertentu perlulah disediakan untuk mendidik mereka yang kurang ilmu atau kurang faham tentang adab semasa kita berada di masjid.
Maklumat yang disampaikan oleh khatib melalui khutbahnya akan sampai kepada semua pihak sama ada lelaki atau perempuan secara terus, tidak lagi melalui perantaraan orang lain, jika tersentuh masalah suami isteri atau rumahtangga kedua-duanya akan mendengar, suami tidak boleh lagi menyembunyikan maklumat itu, jika berniat demikian.Segala maklumat yang diterima juga kaum wanita boleh berbincang sesama mereka bagi mantapkan lagi kehidupan sesuatu tempat. penglibatan semua pihak begini akan percepatkan lagi kesedaran ke arah penghayatan Islam.
2 comments:
Salam,
Kalau di Jeddah, tak ada perempuan pergi siolat Jumaat. Kalau di Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah, 20% dari jemaah Jumaat adalah perempuan.
W.salam.
Di sini pun kalau diberi galakan, mungkin dalam jumlah itu juga akan hadir buat permulaannya, mungkin kemudiannya akan meningkat kerana kebanyakan wanita di sini telah berpelajaran, orang berpelajaran biasanya akan bertindak proaktif tidak kira lelaki atau wanita.
Post a Comment