Saturday, April 2, 2011

Ceritanya ringkas - Kambing dibaham harimau.

Salam semua.

Aku terbangun jam 4.30 pagi, suasananya sunyi sepi sesuai untuk bersolat Tahajjud atau membuat pengisian Qiamullail, situasi begini terasa seolah-olah tiada siapa lagi di dunia ini hanya kita dengan Allah sahaja.

Sebenarnya aku tidak berhajat hendak menceritakan mengenai Qiamullail tetapi ingin menceritakan kisah seorang remaja pengembala kambing yang kisahnya pernah aku dengar sejak lama dahulu. Entah bila aku pun tidak ingat lagi.Kini aku teringat pula kisahnya, Walau pun kisah ini sering dihidangkan kepada kanak-kanak semasa pengajaran oleh guru-guru dengan harapan mendidik kanak-kanak supaya tidak berbohong tetapi masih relevan untuk orang tua juga, tidak kira apa statusnya mereka itu sama ada "VIP,
VVIP", menteri atau bekas menteri, pendeknya sesiapa sahaja termasuk aku sendiri kerana perbuatan berbohong atau dusta itu tidak ditentukan untuk kanak-kanak sahaja atau orang awam sahaja, semua orang berpotensi untuk berbohong, oleh itu kisah ini tentunya masih relevan untuk semua yang bergelar manusia.

Ceritanya:
Pengembala kambing yang masih remaja yang dimaksudkan itu pada suatu hari beliau berteriak atau menjerit-menjerit meminta pertolongan dan memberitahu orang kampung bahawa kambingnya sedang dibaham harimau, maka berderulah orang kampung dengan bergopoh-gapah dan berlarian menuju ke kawasan ternakan kambing remaja tersebut, apabila orang kampung tiba berhadapan dengannya beliau pun ketawa berdekah-dekah kegembiraan kerana berjaya menipu orang kampung. Akhirnya orang kampung kembali ke rumah masing-masing d
engan perasaan marah dan kecewa dengan sikap buruk remaja tersebut.

Selang tidak beberapa hari pula memang benar-benar harimau yang mendiami hutan berhampiran keluar ke kawasan ternakan kambingnya dan cuba menangkap kambingnya, remaja tersebut berasa terperanjat dan takut, lantas beliau menjerit dan laungkan suaranya sekuat yang mampu memohon pertolongan orang kampung seperti yang dilakukan tempoh hari tetapi malangnya tiada siapa pun yang keluar atau datang menolongnya kerana mereka menyangka remaja itu berbohong sekali lagi. Akhirnya harimau itu berjaya membaham dan mengkerkah
kambingnya itu semahunya.
_________________________________________________

Pembohongan yang berulang kali akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap diri pendusta berkenaan.
_________________________________________________

Setelah itu barulah remaja nakal ini berasa menyesal atas perbuatan buruknya itu dan juga terasa seumpama beliau jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Mungkin tiada apa-apa peristiwa yang kebetulan sesuai dengan kisah remaja nakal tersebut yang berlaku pada zaman Sains dan teknologi atau internet ini.

Sekian...wallahu aklam.





Tidakkah kita berfikir dan menyediakan persekitaran yang baik dan sesuai untuk generasi akan datang.








2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum ustaz,

Masih relevan lagi dgn zaman kini. Sebab masih ramai yg suka berbohong dan kakak rasa akan tiba satu masa nanti pembohongan itu tidak akan didengari lagi dan akan memakan diri sendiri.

p/s: sampai bila kebal diri itu akan punah juga.

Leenoh said...

Waalaikumussalam Kakzakie.
Memang kisah ini relevan sepanjang zaman.