Saturday, April 23, 2011

Perpecahan orang Melayu sebab orang Melayu sendiri.

Salam semuaPerpecahan orang Melayu kini rancak diperbincangkan , seolah-olah ianya baru bermula dan semakin ketara, sebenarnya perpecahan ini berlaku sejak sebelum merdeka lagi, cara menuntut kemerdekaan menyerlahkan perpecahan tersebut, kekalutan menuntut kemerdekaan memperlihatkan dengan jelas mengenai perpecahan orang Melayu yang beragama Islam itu, di mana terdapat pihak yang ingin mendapatkan kemerdekaan berteraskan Islam dan Melayu , di satu pihak lagi ingin mendapatkan kemerdekaan berteraskan Melayu dan berkongsi sama dengan semua kaum yang mendiami Tanah Melayu dan Islam menjadi agama rasminya.

Mungkin cara menuntut kemerdekaan yang berteraskan Melayu dan Islam itu sesuai disebutkan sebagai 1Melayu , 1Bumi. slogan ini mungkin masih sesuai
dan relevan pada ketika itu tetapi para perjuangnya tidak berjaya merealisasikannya kerana ada pihak lain yang ingin mendapatkan kemerdekaan cara lain, maka akhirnya kemerdekaan berasaskan bangsa Melayu, China dan India (Perikatan) berjaya direalisasikan dan para pejuang warisannya sedang mentadbir dan menguruskan kesinambungannya sehingga sekarang.

Dipandang dari segi 1Melayu, 1Bumi yang hendak direalisasikan itu, kini situasinya sudah terlewat,
rasanya slogan demikian tidak mampu dihidupkan semula seperti yang diuar-uarkan kerana terdapat berbagai halangan . Saranan tersebut seolah-olah menyokong kembali apa yang telah berlaku pada suatu ketika dahulu,lain hulu, lain parang, lain dahulu, lain sekarang, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna...wallahu aklam.

Perpecahan dan kemerkahan orang Melayu kepada dua puak itu bukanlah kerana sesiapa yang mengusahakannya, kalau pun hendak menyatakan ada sebabnya, sebabnya itu berakar umbi disanubari penjajah yang menjajah Tanah Melayu sekian lama.

Minda Melayu memang dididik dan terdidik demikian sehingga terbina minda mereka dalam dua aliran dan dua fikrah, satu puak memahami Islam dan mencintainya serta ingin merealisasikannya dan di satu puak pula kurang memahaminya menyebabkan mereka memandang ringan kepada suruhan Islam dan ditambahkan lagi dengan tarikan kebendaan dan pangkat kebesaran. Dua situasi Melayu yang ditinggalkan penjajah itu sudah mampu melanjutkan situasi negara seperti yang sedang kita lalui, alami, dan rasai sekarang ini, khasnya orang Melayu Islam yang terperangkap dalam keadaan dilema dan serba salah, menelan mati emak, meluahkan mati bapa
pula. Situasi ini adalah ciptaan orang Melayu sendiri yang bertunas dan tergarap melalui pemilihan dan cara mereka berpolitik.

___________________________________________

Firman Allah.
2:208
Maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".
(Surah al.Baqarah : 208)

_____________________

[59]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


[114]
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

[115]
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
( Surah An.Nisak : 59,114,115 )
________________________________________

Untuk mewujudkan penyatuan yang lebih besar dan istiqamah. Seluruh orang Melayu hendaklah bersungguh-sungguh menjadikan Islam itu sebagai panduan dan dasar di dalam kehidupan mereka dan tiada suatu ketika pun yang membolehkan mereka menolak Islam. Banyakkan bercakap pasal Islam, lama kelamaan percakapan itu akan menjadi amalan dan realiti. Kurangkan bercakap pasal Melayu kerana sememangnya kita ini Melayu, kalau tidak bercakap pun kita tetap Melayu, percakapan melalui Islam itu tentunya terangkum di dalamnya pembelaan terhadap Melayu, tenaga untuk bercakap pasal Melayu lebih baik dipergunakan sebaiknya bagi merealisasikan perpaduan ummah mengikut acuan Islam,iaitu perpaduan Melayu Islam yang diadunkan di dalam acuan yang lebih kukuh dan matang yang bersandarkan wahyu Allah.
Jadikanlah Islam itu sebagai payung kepada orang Melayu dan pergunakanlah payung itu dengan sempurna serta jagailah sebaik yang mungkin kerana orang Melayu berada di bawahnya.Ibarat Islam itu baju, Melayu adalah poket/kocek.Apabila baju diangkat maka terangkatlah jua poketnya.
______________________________

Artikel ini sekadar pandangan penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang telah lalu, semestinya mempunyai pendapat lain yang berbeza tetapi, jika ajaran Islam menjadi teras di dalam minda ianya akan menjurus ke titik yang sama, sebaliknya, jika ajaran Islam hanya sebagai tumpangan ianya akan membentuk jurang perbezaan yang lebih luas dan jelas lagi.

________________________________________________

Sekian...wallahu aklam.






















No comments: