Friday, April 1, 2011

Peristiwa Jumaat hari ini.


Salam semua.

Artikel kali ini hanya sebagai suatu peringatan kepada peristiwa yang telah berlaku pada hari ini sahaja iaitu Jumaat 26 Rabiul Akhir 1432 bersamaan 1 April 2011, di Surau/Masjid Al.Mawaddah Seksyen 7. Shah Alam.Selangor.

Surau Al.Mawaddah adalah salah satu masjid atau surau yang sangat aktif di Seksyen 7 in
i, ( disebut masjid kerana surau ini telah dibenarkan untuk mendirikan solat Jumaat dan sah beriktikaf di dalamnya), setiap hari dijadualkan dengan program "Majlis Ilmu" yang bermanfaat kepada ahli jamaahnya. Pada hari ini saya ke surau ini untuk bersolat Subuh dan datang semula untuk bersolat Jumaat. Solat Subuh tadi diimamkan seorang Hafiz , manakala solat Jumaat pula khutbahnya disampaikan oleh Datuk Dr.Hasan bin Mohd.Ali ( gambar di atas ) beliau ialah Exco Agama Islam Negeri Selangor.

Saya bukanlah hendak mengampu Datuk Hasan dengan menyatakan perkara yang baik tentang dirinya, sebaliknya tercetusnya artikel ini kerana rasa puashati yang sedia wujud di dalam hati saya selama ini, sebagai Exco Agama Islam itulah selayaknya, selain mempunyai kemampuan merancang dan mengurus, juga mampu membaca khutbah dan menjadi imam, situasi ini meyakinkan lagi orang ramai terhadap kewibawaannya mengurus dan memimpin bidang yang diamanahkan oleh rakyat.
Demikianlah juga mana-mana Exco Agama Islam Negeri yang bertindak selari dengan tugasnya kerana tindakan demikian menunjukkan kesungguhan terhadap tugas dan nawaitu yang sepatutnya.

Keinginan untuk memaju dan memertabatkan Islam terserlah dan jelas
dinyatakan di dalam khutbahnya dan saranan yang diberikan itu amat berkesan, semoga harapan beliau dan harapan semua orang Islam akan berjaya akhirnya. Sewajarnya kita mempunyai harapan yang sama, iaitu kemengangan di Hari Kiamat nanti.

Sekian...wallahu aklam.

1 comment:

Leenoh said...

Kini Datuk Hasan telah berubah dan pendekatannya juga berubah,perubahan itu menyebabkan saya tidak lagi berminat menulis artikel seperti ini kerana perubahan itu menjadikan sukar bagi saya menyatakan penilaian terhadapnya, biarlah penilaian itu saya simpan dan dirahsiakan.