Wednesday, April 14, 2010

Mengenali sifat munafik.

Salam semua.

Dalam kehidupan harian yang dilalui setiap hari seseorang itu akan melalui berbagai cabaran dan ujian hidup, ada yang berjaya kita mengatasinya , ada pula
yang sebaliknya.setiap hari kita bertemu orang lain dan bertegur sapa.Di antara aktiviti dengan orang lain ialah bercakap, menerima amanah, berjanji, bertengkar dan lain-lain. Manusia sering terbabas dan gagal mengawal aktiviti tersebut dengan baik, maka dalam hal ini Rasul telah memberi panduan kepada kita supaya diikuti dan ditaati. Namun sejauh manakah manusia dapat mematuhinya, dalam hal ini tiada manusia yang berjaya mengatasi sepenuhnya.Pengakuan ini perlu diakui tanpa mengaku kelemahan diri seseorang itu akan terus leka dengan kelemahannya dan terus melanggar pesanan dan larangan Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah),

apabila dipercayai dia khianat,

apabila bercakap dia berdusta,


apabila berjanji dia mungkir

dan apabila bertengkar dia melampau .
(Menegakkan benang basah )

.
Huraian ringkas.

1. Apabila dipercayai dia khianat. Di dalam menjalani hidup harian setiap individu akan menerima amanah atau mempunyai amanah tertentu untuk ditunai dan diselesaikan, dalam proses melaksankannya kekadang manusia tidak melakukan dengan baik dan sempurna sama ada menambah atau mengurangkannya tanpa berdasarkan panduan yang telah diberikan.Tiada siapapun yang terlepas dari kelemahan ini.

2.Apabila bercakap dia berdusta. Dalam masa berhujah atau mencetitakan sesuatu kita sering menambah atau mengurangkannya, sama ada dengan sengaja atau disebabkan lemah ingatan atau tersalah ambil punca ceritanya.Ada juga berdusta bertujuan kononnya hendak meningkat kualiti diri atau ingin menunjukkan bahawa dia adalah orang yang berkebolehan dan seumpamanya.

3.Apabila berjanji dia mungkir. Berjanji ialah suatu persetujuan bersama di dalam sesuatu hal dan berjanji supaya kedua-dua pihak melaksanakan ikatan janji itu secara saksama dan tidak menyeleweng.tetapi kekadang dalam diam-diam kita menyeleweng, penyelewengan dibuat bertujuan mendapatkan faedah untuk diri sendiri tanpa memperdulikan langsung kerugian di pihak yang lain. semuanya itu dilakukan tanpa disertai rasional akal. itulah kelemahan kita, sukar hendak diakui bahawa kita terkecuali.

4.Apabila bertengkar (bergaduh) dia melampau. Apabila berlaku pertengkara atau pergaduhan manusia sering memberi hujah dan keterangan yang melampaui batas kebenaran kerana terlalu ingin mendapatkan kemenangan dan supaya dilihat dialah di pihak yang benar, Dalam meyakinkan orang lain bahawa dialah di pihak yang benar maka di sinilah berlaku perbuatan melampau dengan mencampuradukkan dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan. Inilah kelemahan kita sebagai manusia biasa atau orang awam, siapapun tidak terkecuali daripada melakukan kelemahan tersebut. mereka yang kurang melakukannya ialah mereka yang sentiasa muhasabah diri. Semoga Allah ampunkan dosa kita di atas segala keterlanjuran.Sekiranya kita orang yang teraniaya atau dizalami, tindakan yang terbaik ialah memaafkannya kerana memaafkan orang lain itu suatu cara mempermudahkan kita mendapatkan keampunan Allah kerana kebaikan itu menghapuskan keburukan.Jika ingin membalasnya hanya balasan seumpamanya.

Sekian. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Wassalam.
_____________________________________________


Sekadar mengenali anak muridku yang telah berjaya.

Wednesday, August 26, 2009

Sila klik: Di Hadapan Istana Sri Menanti Negeri Sembilan

Ir. Hj. Shaharuddin Sidek & Dr. Hjjh Zaharimah Abdul Kadir

Sekian.

2 comments:

Shahar said...

Assalammualaikum Ustaz Leenoh,
Terima kasih kerana coretan dan mengingatkan kembali "Amalan Pak Hj Sidek Pontian". Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan Ayah yang sangat perihatin pada anak2 dan ditambah dengan seorang Warden Asrama yang sangat perihatin kepada kebajikan, keselamatan dan pelajaran anak murid di bawah jagaannya (Ustaz Leenoh).

Ayah sejak saya kecil memang sangat tegas orangnya kepada anak2. Walaubagaimana pun dalam ketegasannya beliau,ia juga seorang yang penayang, baik hati dan boleh diajak bergurau yang berpatutan.
Rotan memang sentiasa ada dari kecil hingga saya dewasa. Kalau nakal, berkelahi dan tak berdisplin kena rotan.

Dari segi pelajaran Alhamdulillah kami semua berjaya. Bagi Arwah Ibu yang kami sayangi, beliau kembali keRahmatullah ketika usia Ibu 44tahun. Pada masa itu Ibu sempat merasai hasil titik peluhnya menjaga dan mendidik saya sehingga berjaya mendapat Diploma dan tidak sempat untuk menyaksikan kejayaan saya seterusnya, begitu juga adik beradik saya yang lain.

Cara ayah mendidik dan menjaga kami adik beradik sangat2 kami hargai dan menyanjung tinggi pengorbanan Ayah dan Ibu.

Apa yang Ustaz Leenoh katakan itu memang benar.

Kami bersyukur kepada Allah, kerana kejayaan kami adalah kejayaan Ayah dan Ibu mendidik kami dari kecil dan tidak terkecuali juga hasil usaha Ustaz Leenoh yang menjaga dan mendisplinkan saya semasa berada di Aarama Maktab Sultan Abu Bakar Jln kapten Mohd Amin Johor Bahru. Saya masih ingat Ustaz menghadiahkan saya duit kerana berjaya mendapat markah peperiksaan yang paling cemerlang semasa saya di Asrama (Tingkatan 3)

Alhamdulillah terima kasih Ustaz Leenoh

Leenoh said...

Salam.

Ulasan ini telah dijadikan tajuk baru.