Monday, April 19, 2010

Respon dari anak Pak Hj.Sidek Pontian.

Salam semua.

Blogger Shahar said...

Assalammualaikum Ustaz Leenoh,
Terima kasih kerana coretan dan mengingatkan kembali "Amalan Pak Hj Sidek Pontian". Saya s
angat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan Ayah yang sangat perihatin pada anak2 dan ditambah dengan seorang Warden Asrama yang sangat perihatin kepada kebajikan, keselamatan dan pelajaran anak murid di bawah jagaannya (Ustaz Leenoh).

Ayah sejak saya kecil memang sangat tegas orangnya kepada anak2. Walaubagaimana pun dalam ketegasannya beliau,ia juga seorang yang penayang, baik hati dan boleh diajak bergurau yang berpatutan.
Rotan memang sentiasa ada dari kecil hingga saya dewasa. Kalau nakal, berkelahi dan tak berdisplin kena rotan.

Dari segi pelajaran Alhamdulillah kami semua berjaya. Bagi Arwah Ibu yang kami sayangi, beliau kembali keRahmatullah ketika usia Ibu 44tahun. Pada masa itu Ibu sempat merasai hasil titik peluhnya menjaga dan mendidik saya sehingga berjaya mendapat Diploma dan tidak sempat untuk menyaksikan kejayaan saya seterusnya, begitu juga adik beradik saya yang lain.

Cara ayah mendidik dan menjaga kami adik beradik sangat2 kami hargai dan menyanjung tinggi pengorbanan Ayah dan Ibu.

Apa yang Ustaz Leenoh katakan itu memang benar.

Kami bersyukur kepada Allah, kerana kejayaan kami adalah kejayaan Ayah dan Ibu mendidik kami dari kecil dan tidak terkecuali juga hasil usaha Ustaz Leenoh yang menjaga dan mendisplinkan saya semasa berada di Asrama Maktab Sultan Abu Bakar Jln Kapten Mohd. Amin Johor Bahru. Saya masih ingat Ustaz menghadiahkan saya duit kerana berjaya mendapat markah peperiksaan yang paling cemerlang semasa saya di Asrama (Tingkatan 3)

Alhamdulillah terima kasih Ustaz Leenoh

April 19, 2010 10:48 AM


Sekian.Wassalam.

Delete

2 comments:

Shahar said...

Salam Ustaz, terima kasih banyak2, semoga Allah membalas segala usaha kebaikan dan kebajikan yang telah Ustaz curahkan,mendapat Rahmat dan kesempurnaan di dunia dan di Akhirat begitu juga buat anak2 dan cucu cicit Ustaz InsyaAllah. Wassalam.

Leenoh said...

Salam Shahar.

Amin...Terima kasih atas ingatan dan doa tersebut.