Wednesday, April 21, 2010

Penubuhan Pasukan Brass Band Sekolah

Penubuhan Pasukan Brass Band Sekolah Menengah Khir Johari. Sungai Petani. Kedah Darul Aman.

Nukilan ini sekadar meluahkan ingatan sahaja dan tidak merujuk kepada mana-mana catatan sejarah penubuhan tersebut, Tahun dan tarikh tiada di dalam ingatan maka ditinggalkan tanpa dinukilkan ke catatan ini.Sesiapa yang ingat tarikhnya yang tepat diharap membuat ulasa nnya di bawah ini. Saya nukilkan sejarah ini semata-mata untuk rujukan warga SMKJ.SP dan bekas pelajarnya yang mungkin terlibat di dalam aktiviti ini.

Saya masih ingat ketika Tuan Hj.Zakaria bin Ismail ( pengetua ketika itu ) bercadang untuk menubuhkan Pasukan Brass Band ini.Saya telah dipangginya beberapa kali ke pejabat untuk berbincang dan merealisasikan hal ini, selaku Setiausaha PIBG memang mempunyai banyak ruang untuk membantu pihak sekolah dalam hal seperti ini terutamanya dalam bidang mengumpulkan dana.Jika Pasukan Brass Band hendak ditubuhkan pada ketika itu ianya memerlukan tidak kurang Rm50 ribu itu pun belum lengkap peralatannya.

Akhirnya kami bersetuju untuk mengadakan Majlis Jamuan Derma bagi mengumpul wang bagi membiayai asas penubuhan tersebut ( perlu diingat sektor kerajaan tidak boleh mengutip derma dan menerima derma oleh it u pihak sekolah tidak boleh menjayakan aktiviti kutipan derma tersebut). Dalam menjayakan program ini saya selaku Setiausaha PIBG membawa perkara ini untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat AJK PIBG sekolah.AJK.PIBG bersetuju dengan cadangan tersebut, dengan itu saya pun menubuhkan suatu jawatankuasa khas iaitu Jawatnkuasa Jamuan Derma PIBG.SMKJ.SP.yang dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG dan saya selaku setiausahanya. Pada tahun inilah sejarah kekalutan saya memuncak berbanding pada tahun-tahun yang lain, Keputusan SRP subjek yang saya mengajrnya agak merosot dan merudum, sebab semua pihak mengetahui kesebokan saya tiada siapa yang mempersalahkan saya kerana saya hanya mempunyai dua tangan sahaja dan tidak lebih dari itu.

Setelah dibawa ke mesyuarat dan diluluskan cadangan tersebut serta diminitkan maka operasinya pun berjalan selama beberapa minggu sebelum majlis itu diadakan, kad-kad derma dicetak, para jemputan dihantarkan surat jemputannya, kad-kad derma diedarkan secara pos dan tangan dengan melibatkan berbagai pihak, Wang derma pun diterima pada setiap hari , kalau tidak salah saya Bendahari PIBG ialah cikgu Ong Khoon Huat (mungkin salah ejaan), dipendekkan cerita majlis Jamuan Derma itu berjaya mengutip kalau tidak salah ingatan sya hampir RM40 ribu sebelum menolak kosnya.

Selepas itu tahun demi tahun dikutipnya lagi derma untuk memperlengkapkan peralatan muziknya dan belanja mengurus, di antara kaedah kutipan yang saya terlibat ialah melalui aktiviti Derma Jogathon yang juga dianjurkan oeh PIB G. Guru yang terlibat dengan kemahiran persembahan Brass Band dan juga Guru Penasihat di peringkat permulaannya ialah Cikgu Hashim ( Guru Musik ) dan Cikgu Fadzil manakala guru muzik yang dibayar khas ialah Cikgu Abd.Rahman.




Sekian . Wassalam

2 comments:

Nl said...

salam pak ngah...
whoa nostalgianya gambar band tu....


susah juga yer pada zaman dulu2....

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Pak Ngah pada ketika itu sebenarnya tidak begitu berminat sangat utk berusaha mencari wang bagi membiayai penubuhan Brass Band, Pak Ngah lebih memikirkan untuk menubuhkan sebuah Makmal Pendidikan Islam di sekolah supaya Pendidikan Islam dilihat berimej dan berketrampilan sifatnya.Tetapi Pak Ngah seorang guru biasa sahaja tidak mampu merealisasikan cita-cita tersebut melainkan jika ada kebetulan yang dicipta Allah untk Pak Ngah barulah boleh menjadi kenyataan.
Mahu atau tidak Pak Ngah kenalah akur dengan situasinya.