Tuesday, April 20, 2010

Respon - Blog dan Facebook.

Salam semua.


Sahabat,

Tertarik saya membaca artikel enta mengenai facebook dan blog.

Izinkan saya untuk berkongsi pengalaman.

Sebenarnya kedua-dua bidang tersebut tersangat kabur bagi saya sebelum ini.

FB langsung saya tidak tahu mengenainya, walaupun pernah mendengar tentangnya. Blog saya tahu namanya sahaja. Tapi saya tidak mengenalinya.

Atas dorongan anak-anak dan inisiatif mereka pada Disember 2009 FB untuk saya dibuka mereka, mula atas nama SS, tapi dek ada sebab-sebab tertentu dan saya rasa tk sedap hati lalu saya tukar kepada HSS.

Manakala dengan blog saya minat kerana membolehkan saya menulis apa shj yang tercetus dari pandangan saya.

Bagaimanapun , saya tak tahu nak bangunkannya. Saya tidak belajar dan diajar lalu tidak lama selepas FB dibuka (saya kurang minat dengannya) saya rekalah sendiri blog untuk saya.

Saya buat dalam bentuk "trial & error" hinggalah sekarang. Sebab itu template sering saya tukar bila saya rasa tidak puas hati.

Saya nak minta bantuan consultant saya rasa macam berat, saya tak mampu. Saya nak minta anak-anak saya bantu saya tahu depa pun tak tahu macam saya juga .

Oleh itu , dari segi kualitinya tak mampu saya untuk menambahbaiknya , apa pun asalkan saya boleh catatkan sesuatu , saya rasa sangat puas dan bersyukur. Apa lagi yang mampu saya buat dalam usia emas sebegini , sahabatku. Hanya itulah yang terdaya.

Kalau ada sesiapa yang sudi membuka serta membacanya saya amat menyanjung tinggi dan berterima kasih. Harapan saya kepada mereka agar terimalah blog saya seadanya.

April 20, 2010 3:20 PM

___________________________________

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.

Terima kasih atas respon yang diberikan insya Allah akan dapat memberikan panduan kepada kami sebagai pembacanya.
Cara menggali ilmu yang dibentangkan itu sangat menarik dan bermotivasi.

April 20, 2010 4:15 PM


Sekian. Wassalam.

4 comments:

ManSaari said...

sayapun serupa. buka blog dan fb ketika masuk zaman pencen. itupun atas ihsan anak-anak.

Leenoh said...

Salam ManSaari.

Orang muda lebih menguasai ilmu baru, Maka ilmu barupun datang dari orang baru..he3.

Temuk said...

Salam Sdr Leenoh
Saya belum berani buka FB. Memblog ni pun rasanya cukup banyak masa diperlukan. Antara sebabnya, tergamit utk buka paparan baru. Boleh jadi leka. Semoga sihat sejahtera selalu.

Leenoh said...

Salam Sdr.Temuk.

Memang betul kata Sdr.Temuk, kalau masih belum terasa nak buka lebih baik kekal bersama blog curahkan pengalaman kita yang lalu utk diikuti dan dihayati oleh mereka yang lebih muda walaupun kisahnya pendek ianya akan memberi manfaat kepada mereka.

Kalau buka Facebook sudah pasti suasana dan jadualnya akan berubah. Bila nak tutup kita pula akan terikat dengan kekawan, mungkin tidak sampai hati hendak berbuat demikian.