Thursday, March 24, 2011

Peringatan dari Mekah (puisi)

Salam semua.

Menahan lukah di daratan indah.
Umpannya bangkai dan lintah.
Dilihat ikan terus ingin meratah.
Ramailah terperangkap di dalam lukah.

Di merata tempat diletaknya lukah.
Di daratan mahu pun di lembah.
Di atas udara dan juga di bawah.
Pendeknya lengkaplah sudah.

Kelihatan benar tetapi entahlah.
Bukan itu cara yang indah.
Salah pendekatan amatlah terserlah.
Masyarakat rosak semua akan susah.

Jelaslah kehidupan semakin gundah.
Bak ikan diracunkan sudah.
Air jernih sudah berubah.
Hidup berkat jadi punah.

Belum pasti saatnya sudah.
Lepas satu, satu lagi musibah.
Mencipta onak dalam lembah.
Orang baik turut susah.

Agaknya kematian tukang penyudah.
Di sanalah nanti akan gelabah.
Menyedari diri tersilap langkah.
Buku catatan ditutup sudah.

Menyesal kemudian tidak indah.
Di Akhirat telah bertukar wadah.
Dunia jua tempat ibadah.
Demikianlah peringatan dari Mekah.

Sejak iqra' turun ke bawah.
Seluruh dunia jadi indah.
Kerana iqra' membawa rahmah.
Menjana kesejahteraan seluruh ummah.


2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum,

Terpikat pulak hari ini nak tinggal jejak dek kerana puisi.

Manusia rakus menjadi-jadi
bencana diberi peringatan Allah
Ustaz berada di Mekah kini
ke Madinah salam buat Rululullah.

Leenoh said...

Bukan diri ini berada di Mekah.
Cuma mengingatkan peringatan Rasulullah.
Peringatan baginda bermula di Mekah.
Mengingatkan manusia tentang ibadah.