Monday, December 12, 2011
Ujian yang paling mencabar di dalam kehidupan manusia ialah "Nafsu"
Salam semua.
Pada hari ini aku tidak mempunyai apa-apa bahan untuk ditulis dan diposkan untuk umum. Kecuali aku menulis apa yang aku rasa dan aku fikir, mungkin orang lain tidak fikir seperti aku kerana mereka berfikir yang lebih baik lagi, aku hanya fikir sesuai dengan sembang-sembang di Kedai Kopi sahaja, wallahu aklam. Manusia dijadikan dari unsur fizikal dan rohani, bersamanya dibekalkan dengan akal dan nafsu.
Akal yang dibekalkan Allah untuk manusia boleh dibina dan majukan dengan pengajaran, pembelajaran dan pendidikan supaya ianya lebih mantap dan pintar membuat sesuatu keputusan berkaitan dengan kehidupan. Allah menjadikan manusia itu berbeza-beza di antara satu sama lain. Semuanya itu menunjukkan kekayaan dan Maha Bijaknya Allah Taala. Terdapat manusia yang mempunyai akal yang pintar dan mudah memahami sesuatu dengan cepat, keadaan ini berterusan dalam keturunannya menjadikan anak cucu juga cerdik dan pintar, Islam menggalakkan perkahwinan dengan keluarga yang jauh atau bukan dengan keluarga supaya kebaikan itu dan lain-lain kebaikan berkembang dengan baik, percampuran di antara yang akal kurang baik dengan orang yang akal lebih baik akan menjadi lebih baik keturunannya.Orang yang tahap akalnya sederhana atau lemah boleh ditingkatkan keupayaannya dengan cara perkahwinan tetapi fitrah dan lumrahnya adalah dengan pendidikan.
Nafsu yang dibekalkan kepada manusia juga tidak sama di antara seorang dengan seorang yang lain, nafsu inilah mendorong manusia menjadi baik atau jahat, banyak juga jenis nafsu yang Allah masukkan ke dalam diri manusia di antaranya Nafsu Amarah, Lauwamah. Muhamah, Mutmainnah, Radziah, Mardiah dan kamiliah, untuk mengetahui lebih lanjut kini boleh dicari dari google, aku tidak berhajat hendak memberi huraiannya di sini kerana aku juga kurang faham secara mendalam. aku hanya akan menulis secara langsung apa yang sedang aku fikir sahaja. Seingat aku nafsu yang mendorong kepada kebaikan ialah nafsu mutmainnah, Radziah, Mardiah dan kamaliah, kamaliah adalah yang tertinggi maqamnya. ( untuk tambah pengetahuan carilah dari google )
Bagi mereka yang kuat nafsu makan maka akan sentiasa berfikir mengenai masakan atau makanan, mereka yang kuat inginkan kemyasyuran mereka akan sentiasa berusaha untuk mendapat pangkat atau kedudukan di dalma mayarakat. bagi mereka yang kuat nafsu sex pula akan banyak berfikir mengenai sex, demikianlah seterusnya bagi mereka yang lain , walau bagaimana pun Allah menyediakan cara untuk mengelak atau mengurangkan keinginan itu supaya tidak membawa keburukan kepada manusia, iaitu dengan banyak mengingatkan Allah, setelah mengingatkan Allah manusia sekurang-kurangnya akan rasa takut melakukan kejahatan yang besar kerana memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut, mereka yang ingat Allah melakukan kejahatan dalam keadaan perasaan yang bercampur baur antara berani dan takut oleh itu mereka tidak akan melakukan dosa yang besar. Setiap manusia ada dosa kecuali Rasul sahaja maksum ( tiada dosa ). Berbeza dengan mereka yang melupai Allah, mereka yang tidak ingat Allah berkemungkinan melakukan kejahatan dan keterlanjuran yang lebih serius dan tanpa had, Inilah senario yang terdapat di dalam masyarakat walaupun di mana kita berada.
Manusia tanpa nafsu tidak akan dapat memajukan dunia ini ataupun diri sendiri kerana nafsulah yang mendorong sesuatu supaya dibuat dan dikerjakan dengan pertolongan akal, kerja itu akan dibuat dan dibina sehingga sempurna, Tugas akal perlu mempertimbangkan di antara baik dan buruk dan memikirkan akibat dikemudian hari kalau melakukan sesuatu yang tidak sesuai tetapi akal kekadang kalah, lain yang diputuskan oleh akal lain pula yang dibuat dan dilaksanakan , keadaan ini bermakna nafsu telah mendapat kemenangan,Situasi begini nafsu jahatlah yang menguasai keadaan, iaitu Nafsu Ammarah bissuk ( Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak syahwat dan syaitan. nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan ) mengatasi akal yang masih waras tetapi beralah. Sebagai contoh mengumpat itu diketahui akal bahawa perbuatan itu adalah salah tetapi manusia terus menerus mengumpat di antara satu sama lain, demikian juga mencuri, memfitnah dan perbuatan jahat lain yang seumpamanya.
Takun belajar, bekerja dan tekun beribadat juga terdapat unsur nafsu di dalamnya, akal dan nafsu disepadukan dengan harmoni maka terhasillah sesuatu yang baik dan bermanfaat. Tanpa nafsu kehidupan manusia akan menjadi seperti malaikat, hidup statik, tidak kreatif, demikianlah Maha bijaksana Allah mencipta sakalian alam ini.
Semua yang dinukilkan itu adalah ujian Allah kepada manusia di dunia ini, tiada siapa yang terlepas dari ujian yang paling mencabar ini, setiap individu perlu sentiasa berwaspada supaya keterlanjurannya tidak jauh ke jurang yang merugikan, selain daripada usaha, doa merupakan senjata yang paling berkesan untuk mengelakkan keburukan dan menambahkan kebaikan.
Sekian...wallahu aklam.
Label:
Ujian Allah....1220
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment