Jam 9.00 pagi tadi aku bersama keluarga ke Pasar Asnaf di Seksyen 3 Shah Alam setelah selesai membeli barang keperluan aku pun lalu melintasi Restoran Gembira dan terpandang seorang anak muda bermain dengan seekor gagak, kelihatan gagak dan pemuda itu begitu mesra sekali sehingga menarik hatiku untuk bertanya sesuatu dan merakamkan gambarnya ketika aku memohon izin untuk merakan gambar gagak itu telah terbang dan hinggap di atas bumbung dan belegar di sekitarnya, Omar bersetuju untuk berbuat demikian,
Akhirnya turun hinggap di lengan Omar
Omar kelihatan riang bersama gagak peliharaanya.
beliau pun memanggil gagak kesangannya itu turun dengan membunyikan suara seperti suara gagak muda itu, tidak lama kemudian gagak muda itu pun turun hinggap di atas tangan Omar dengan manjanya sambil Omar memberinya makanan kegemarannya, ketika itulah aku bergegas menghampiri Omar dan merakamkan beberapa gambar untuk santapan anda.
Islam mendidik umatnya supaya mengamalkan sifat rahmah ( kasihan ) kepada haiwan atau unggas dengan menyarankan supaya penganutnya bertindak adil terhadap mereka, setelah aku mendengar cerita tentang kisah gagak muda ini, aku dapat menilai bahawa Omar adalah seorang yang mempunyai sifat tersebut iaitu rahmah dan ihsan kepada haiwan atau unggas dan bertindak adil terhadap mereka.
_______________________________________
Sayangilah binatang
Dari Abdullah r.a. katanya Rasulullah.s.a.w. bersabda: "Seorang wanita disiksa Allah pada Hari Kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga mati. Kerana itu Allah s.w.t memasukkannya ke dalam nerak. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi"
( Dari Shahih Muslim no: 2097 )
_______________________________________
Kata Omar pada suatu hari beliau terjumpa anak gagak terlantar kesakitan di atas bumbung berhampiran tempat beliau membakar ikan untuk dijual, beliau adalah seorang pekerja Restoran Gembira. Oleh sebab terlalu kasihan di atas penderitaan anak gagak tersebut, Omar dan kekawannya menagmbil keputusan memeliharanya dengan memberi makanan yang memang makmur di restoran ini, saban hari Omar yang dibantu oleh kekawan memberi gagak makan dan minum, akhirnya anak gagak itu sembuh dan membesar sehinggalah kelihatan seperti di rakaman photo di dalam laman ini.
Kini gagak peliharaan Omar tidak lagi bersusah payah mencari makan menyelongkar tong sampah atau mendapatkan habuan dari sisa-sisa makanan manusia, sebaliknya gagak peliharaan Omar setiap hari mendapat makanan segar atas ihsan Omar yang berterusan, itulah yang dikatakan di dalam bala ada hikmahnya.
Sekian...wallahu aklam.
Kini gagak peliharaan Omar tidak lagi bersusah payah mencari makan menyelongkar tong sampah atau mendapatkan habuan dari sisa-sisa makanan manusia, sebaliknya gagak peliharaan Omar setiap hari mendapat makanan segar atas ihsan Omar yang berterusan, itulah yang dikatakan di dalam bala ada hikmahnya.
Sekian...wallahu aklam.
4 comments:
Binatang pun pandai menghargai dan tahu siapa yg kasih padanya...
Harap kakak dapat baca sambungan kisah Omar dgn gagak ini...
Terima kasih Kakzakie kerana masih mengikuti laman ini.
Terharu dan bangga sy membaca post Tuan ni. sy adalah anak kpd pemilik restoran gembira ini.. sy tak sangka si oma ni ada membela gagak dan tindakan beliau mnyelamatkn anak gagak yg sakit ini adalah sikap yg amat mulia. sesungguhnya manusia harus berbuat baik bkn saja pd sesama manusia tapi juga haiwan kerna kita semua adalah sama, hamba kpd yg Esa. terima kasih dan tahniah kpd Tuan di atas post yg amat bermakna spt ini.. Silalah berkunjung lg ke Restoran kami jika ada masa terluang. terima kasih..
Salam Hafiz.
Terima kasih kerana membacanya.Saya juga rasa bangga dan bersyukur dengan tindakan Omar membantu burung gagak itu sehingga akhirnya gagak itu menjadi temannya pula setiap hari.
Tindakannya itu menarik minat saya untuk menulis dan menukilkan kisahnya di sini supaya menjadi teladan kepada orang lain.
Mengasihi unggas dan binatang adalah juga salah satu yang disuruh
oleh Islam kecuali haiwan perosak.
Insya Allah saya akan ke Restoran Gembira lagi suatu hari nanti.
Post a Comment