Saturday, February 5, 2011

Memakai sarung tangan ketika berjabat tangan.

Salam semua.

Memakai sarung tangan untuk menutup aurat ketika berjabat tangan dengan bukan mahram.

Sarung tangan yang dipakai oleh salah seorang sama ada lelaki atau perempuan yang bukan mahram ketika berjabat tangan sesama mereka dapat menggugurkan hukum haram bersentuhan tanpa lapik. Kebiasaan ini telah dilakukan sejak dahulu lagi di mana ketika menziarahi keluarga kebiasaannya kita akan berjabat tangan di antara satu dengan lain, di antara mereka pula terdapat yang bukan mahram oleh itu tangan dilapik dengan menggunakan kain tudung kepala yang sedang dipakai ketika berjabat tangan ( salam ), fungsinya sama seperti memakai sarung iaitu berlapik ketika berjabat tangan ( bersentuhan) lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Amalan memakai sarung tangan oleh petugas wanita di Plaza Tol dan lain-lain tempat bertugas yang memungkinkan bersentuhan dengan mereka yang bukan mahram (muhrim) semakin diamalkan pada masa ini, sikap tersebut merupakan aplikasi daripada ilmu dan pengetahuan Islam oleh mereka yang ingin merealisasikannya di dalam kehidupan harian.
____________________________________
Perenggan ini telah dikeluarkan kerana kenyataan yang dberikan agak kabur dan memerlukan penjelasan lanjut.
__________________________________


Sekian..wallahu aklam.

3 comments:

Anonymous said...

Salam leenoh,
Betul la yang depa buat tu,depa tu betul2 faham Islam,bila nak bersalam(berjabat tangan)dengan bukan mahram wajiblah berlapit kalau nak salam juga.Tapi yg lebih baik toksah dok salam2 lah,dok gatai2 nak salam buat pa? Tapi peliknya yg tak faham2 ni yg jadi masalah.terutama orang besar2 la,awal2 lagi sua tangan nak jabat salam.Inilah akibatnya kalau tak reti hukum lepas nak komen tak tentu pasal.Ingat bila komen,jangan komen tak tentu pasal,sebab hukumnya haramnya dah jelas,jangan kata tak haram pula,tapi kalau nak buat juga walaupun tau,itu cerita lain.Mailah kita pakat2 faham Islam supaya hidup lebih cantik dan nikmat......Amin!(arba)

Anonymous said...

salam...
pada pendapat saya salam menggunakan sarung tangan ini ibarat matlamat menghalalkan cara...

sebagai contoh...jika pengamalan dan pemahaman tentang islam itu betul dan tepat guru-guru tidak perlu salam dengan pelajar mereka yang berlainan jantina ...cukuplah sekadar tunjukkan rasa hormat dan tidak perlu bersentuhan yang melibatkan fizikal...(mintak maaf kalau kata2 ini salah)

banyak cara lain yang boleh difikirkan apabila sesuatu urusan itu melibatkan lelaki dan perempuan...syariat itu kena dijaga agar ianya menjadi ibadah...

Leenoh said...

Wsalam.

Ya..Bersetuju, situasi yang anda kemukakan itu lebih baik, saya nukilkan berdasarkan suasana yang sedia berlaku iaitu tidak berlapik, jika dilapik mungkin menjadi lebih baik daripada berlaku tidak berlapik.
Mungkin pandangan saya itu tidak lengkap, cadangan itu lebih mirip kepada pelajar diperingkat rendah dan tidak sesuai pelajar di peringkat atas, apa pun daripada tidak berlapik lebih baik berlapik.