Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak akhirnya akur dengan kehendak rakyat.


Salam semua.

Setelah 18 hari berjuta rakyat Mesir melakukan protes meminta Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan setelah 30 tahun berkuasa akhirnya Presiden Hosni Mubarak yang berusia 82 tahun itu terpaksa akur dengan kehendak rakyat dan meletakkan jawatannya pada Jumaat 11 Februari 2011 dan menyerahkan pentadbirannya kepada pihak tentera.( maklumat dari Aljazeera.net ).


Al Jazeera English: Live Stream

Rakyat Mesir kini merayakan kemenangan mereka dengan berbagai cara, di antaranya membunyikan hon kereta dan sorakan yang bergema di jalanan dan ada yang menyatakan kini mereka gembira dan berbangga menjadi rakyat Mesir.Mereka kini sedang menunggu presiden atau pemerintahan baru yang akan dilantik secara demokrasi yang adil seperti yang diharapkan.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum ustaz,

Kakak dengar berita juga yg akhirnya Hosni Mubaraq dah letak jawatan. Mana ke tidak pihak tientera yg dijadikan sandaran pun dah ramai yg berpaling tadah mengikut demonstrator. Habis dia nak minta tolong siapa? Bagus rakyat mereka ye bersatu.... Islam dah mula bangkit....

Leenoh said...

Waalaikumussalam Kakzakie.

Hanya rakyat yang jahat sukakan pemimpin yang jahat.agaknya itulah kesimpulan yang dapat abadikan.