Wednesday, July 29, 2009

Kertas Jawapan Lukisan Ghaib.







Kertas Jawapan Lukisan Ghaib.

Entri ini adalah sambungan daripada entri yang telah lepas seperti dijanjikan akan disambung ceritanya di dalam entri kali ini. Walaupun cerita ini mengenai pengawas peperiksaan tetapi ceritanya agak berlainan sedikit kerana kesilapan dan kelemahan kali ini adalah seratus peratus dilakukan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan. Peristiwa pertama berlaku di selatan dan yang satu lagi di utara Tanah Air.

Pada tahun 1980an saya ditugaskan menjadi Penolong Pengawas Peperiksaan SPM di salah sebuah sekolah di Bandar Sungai Petani. Kedah Darul Aman. Pada hari pertama dan beberapa hari berikutnya peperiksaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Pada hari peperiksaan subjek Lukisan mulai peperiksaan dimulakan sehinggalah kertas jawapan dikutip semuanya berjalan lancar, semua pelajar menjawab dengan baik dan juga menggunakan masa sepenuhnya, cuma seorang calon sahaja yang menyerahkan kertas jawapan lebih awal, beliau menggunakan masa menjawab tidak sampai sejam dan berpuashati dengan jawapannya yang telah siap itu kerana jawapannya telah siap dan kelihatan sempurna maka Ketua Pengawas bersetuju menerima jawapannya dan membenarkan pelajar tersebut keluar dewan dan balik.

Berusaha tangga kejayaan.

Ketua Pengawas Gelabah.
Setelah tempoh masa peperiksaan tamat, Kertas jawapan Lukisan dikutip daripada setiap calon mengikut arahan yang telah ditetapkan. Setelah para pengawas menerima semua kertas jawapan,seperti biasa masing-masing mengira kertas jawapan tersebut dan dicampurkan kesemuanya, setelah dicampurkan kesemuanya yang berada pada setiap Penolong Pengawas, jumlahnya tidak akur dengan jumlah kehadiran calon. walaupun dikira beberapa kali, akhirnya dibuat pemeriksaan disetiap meja calon, juga tidak dijumpai, kertas jawapan Lukisan yang agak besar itu masih ghaib daripada pandangan semua Penolong Pengawas, termasuk Ketua Pengawas. Tentu sekali degupan jantung Ketua Pengawas semakin menjadi-jadi kerana sekiranya jawapan tersebut tidak dijumpai beliau terpaksa menjawab nanti dengan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Setelah semua usaha yang dibuat itu tidak berhasil maka Ketua Pengawas dalam keadaan gelabah itu mulai mendapatkan alamat pelajar yang berkenaan iaitu pelajar yang hadir tetapi tiada kertas jawapannya. Kami masih bernasib baik kerana ramai kekawannya masih berada di kawasan sekolah. alamat tersebut diperolehi daripada kekawannya, Sekali lagi kami bernasib baik kerana beliau tinggal hanya lebih kurang 3km jaraknya dari sekolah, iaitu di kawasan Kuaters Polis Hutan yang mana sekarang ini kawasan tersebut telah dirobohkan dan digantikan dengan pembangunan baru berdasarkan Pelan Pembangunan Sg.Petani yang terkini. Kini di kawasan itu terdapat Balai Polis, Taman Perumahan, hotel dan beberapa pasaraya seperti Tesco dan lain-lain.

Akhirnya saya bersama Ketua Pengawas pergi ke rumah pelajar tersebut, sesampai di rumahnya beliau masih berpakaian sekolah sedang menikmati minuman. Ketua Pengawas memaklumkan hal tersebut kepadanya dan beliau menegaskan bahawa beliau memang menyerahkan kertas tersebut kepada Ketua Pengawas. Ibu bapanya mulai membebel kepadanya, kesian dia. Ketua Pengawas dengan bahasa yang lembut dan indah menyatakan bahawa semua perkara yang berlaku ini mungkin kesilapan dan kesalahan kami. Jangan bimbang kami akan beri beliau lukis semula dalam tempoh masa yang sama.

Kami semua rasa lega.
Pelajar tersebut kami bawa semula ke Dewan Peperiksaan untuk beliau menjawab dan melukis semula, semua pengawas menunggu kepulangan kami, sesampai sahaja di dewan, pelajar tersebut diberi semula kertas lukisan kosong untuk beliau menjawab buat kali kedua. proses menjawab semula tiada masalah kerana ketika itu tiada apa-apa subjek menjalani peperiksaan. Setelah pelajar berkenaan menjawab dalam masa hanya beberapa minit, pada ketika yang sama Ketua Pengawas memasukkan semua kertas yang telah diterima ke dalam Kertas bungkusan yang telah siap sedia di atas mejanya. Semasa Ketua Pengawas membuka kertas bungkusan yang telah dilipat-lipatkan lebih awal itu, rupa-rupanya kertas jawapan yang dicari-cari itu telah dimasukkan terlebih dahulu di dalam bungkusan tersebut, iaitu selepas sahaja kertas jawapan itu diserahkan kepada Ketua Pengawas hampir sejam lebih awal daripada kekawan yang lain. Ketua Pengawas terlupa apa yang beliau telah bertindak terhadap kertas jawapan tersebut. Sebenarnya dengan memasukkan kertas jawapan itu dapatlah Ketua Pengawas menyediakan bungkusan lebih awal berpandukan kertas tersebut dapatlah beliau melipatkan kertas bungkusan yang tebal itu dan senanglah nanti apabila hendak membungkus nanti, Malangnya ketika beliau berbuat demikian tiada seorangpun daripada kami yang melihatnya. sebab itu ketika beliau melupainya tiada siapa yang dapat mengingatkannya.
Kami semua rasa lega dengan terjumpanya kertas jawapan misteri itu.

Pelajar tadi dihantar balik ke rumah dengan selamat, begitulah cerita kertas jawapan subjek Lukisan yang ghaib dan berhantu itu hehehe.

Tugas sebagai Ketua Pengawas dan juga Penolong Pengawas adalah amat berat tanggungjawabnya, perlu mempunyai disiplin yang tinggi dan mematuhi prosedur sepanjang masa kerana prosedur yang disediakan itu semata-mata untuk menjaga kualiti dan ketulusan pelaksanaan peperiksaan dan menjaga kesahan sijil yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Sekiranya pengawasan dan kawalan diabaikan keputusan yang diperolehi para pelajar tidak menunujukkan hakikat yang sebenar, tegasnya keputusannya akan diragui.

Sejak dahulu lagi taraf pengawasan dan kawalan peperiksaan kita memang berkualiti dan dihormati sehingga kini.


Berusaha tangga kejayaan.
 
Sekian.Wassalam.






4 comments:

Lidah Boye said...

kertas lukisan ape tu?

lukisan kejuruteraan ke?

huhu

Leenoh said...

Salam Lidah Boye.
Saya tak ingat nama yang tepat bagi subjek ni, kalau tak salah Lukisan Alam semula jadi kot. dah ingat-ingat lupa istilah dia. maklumlah dah jadi sejarah purba. he3.

... said...

igtkan td ada pertandingan lumba naik tangga... ngeeeee!

Leenoh said...

Salam Teja.
Hahaha.nak sampaikan dua mesej tu dulu,

1. Proses pembelajaran kanak-kanak berlaku sepanjang masa, tabiat kanak-kanak ni kalau diikut seseorang itu akan berjaya.

2. Berusaha itu tangga kejayaan, sesuai dgn gambar, hehehe kebetulan gambar tu ada, jadi sempurnakan ja la.