Sunday, August 30, 2009

Informasi ringkas mengenai Zakat Fitrah 1430/2009.


Beras- makanan asasi.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Sekadar informasi ringkas untuk mereka yang memerlukannya dan meraikan SMS sahabat lama saya Hj. Saad Sg.Layar.SP yang menyesorkan supaya menulis tajuk ini. Juga dalam usaha ke arah mendapatkan keredaan Allah. Semoga kita akan sama-sama memperolehinya.

Zakat Fitrah ialah Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamatnya bulan Ramadan dan wajib dikeluarkan mengikut syarat-syaratnya yang tertentu yang telah ditetapkan oleh Allah Taala.

Diwajibkan pada tahun yang sama dengan kefarduan puasa Ramdan iaitu pada tuhun 2 hijrah. Zakat harta dikeluarkan bertujuan menyucikan harta, manakala Zakat Fitrah dikeluarkan untuk menyucikan diri atau badan yang terdapat padanya dosa. Selain daripada Zakat Fitrah, zakat ini dikenali juga sebagai Zakat Badan.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada bulan Ramadan pada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki, perempuan dan kaum Muslimin.”

Syarat-syarat Wajib Zakat Fitrah.

  1. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
  2. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan.
  4. Hidup di dalam bulan Ramadan dan bulan Syawal walaupun sebentar..
Ulasan:

orang Islam yang sempat hidup di dalam bulan Ramadan dan bulan Syawal walaupun sebentar . (wajib Zakat Fitrah). Mereka itu seperti Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari. ( wajib Zakat Fitrah ) dan mereka yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya (wajib Zakat Fitrah).


Waktu-Waktu Membayar Zakat Fitrah:
  1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan.
  2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
  3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadan sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidil Fitri.
  4. Waktu Makruh iaitu selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
  5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.
Kadar Zakat Fitrah.
  1. Kadar bayaran mengikut cara asal ialah segantang Baghdad makanan asasi seperti beras atau
  2. Kadar mengikut timbangan 2.27 kilogram (bersamaan segantang Baghdad).
  3. Nilai ringgit mengikut kadar sekarang – RM7.00 bagi tahun 1430H/ 2009M ( Kedah/Selangor - sila rijuk ketetapan yang telah diputuskan oleh negeri masing-masing )
Nota Peringatan:
Kadar zakat Fitrah akan berubah dari semasa ke semasa bagi mereka yang mengeluarkan Zakat Fitrah menggunakan wang bagi menggantikan beras iaitu mengikut harga beras semasa ( makanan asasi) yang akan ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Jika mengeluarkannya dengan beras ( makanan asasi ) sukatan atau timbangannya tidak berubah.

Lafaz Akad / niat ketika mengeluarkan Zakat Fitrah.
  1. Bagi Diri Sendiri:
    "Inilah beras fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala" , jika tidak dikeluarkan dengan beras. sebaliknya jika menggantikannya dengan wang niatnya seperti berikut - "Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  2. Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan:
    "Inilah beras fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala" , jika dikeluarkan dengan beras. Sebaliknya jika digantikan dengan wang niat seperti berikut "Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  3. Mengeluarkan Zakat Fitrah bagi pihak orang lain: (wakil)
    "Inilah beras fitrah yang wajib bagi .............(sebutkan nama)......................pada tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala." jika dikeluarkan dengan beras. sekiranya tidak dikeluarkan dengan beras tetapi digantikan dengan wang lafaznya seperti berikut: "Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi …………(sebutkan nama)……… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala".

Orang Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah

Firman Allah Ta’ala :

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ

وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya : "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang – orang fakir dan orang-orang miskin dan a’mil-a’mil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah dan (ingatlah) Allah amat mengetahui lagi amat bijaksana". Surah At-Taubah Ayat 60).


Dicerakinkan seperti di bawah ini:

1. Orang faqir.

2. Orang miskin.

3. Amil ( orang yang dilantik untuk menguruskan kutipan zakat ).

4. Muallaf ( Orang yang baru memeluk Islam, mereka ini perlu dijinakkan hati mereka supaya sayangkan Islam dan kekal di dalam Islam )

5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.

6. Orang yang berhutang. ( ia hutang yang banyak melebihi harta yang dimilikinya, hutang itu berlaku kerana perbelanjaan nafkah atau perbelanjaan pada jalan Allah )

7. Fisabilillah ( pada jalan Allah )

8. Orang musafir. ( orang musafir yan g bertujuan baik dan kehabisan belanja ) .

Jangan Keliru:

Anak yatim tidak termasuk di dalam golongan yang berhak menerima Zakat atau Zakat Fitrah melainkan anak yatim berkenaan adalah orang faqir atau miskin barulah termasuk di dalam golongan mereka yang berhak atau boleh menerima zakat.

Jangan keliru kerana terdapat anak yatim yang kaya atau banyak harta yang diwarisinya daripada harta peninggalan ibu bapa mereka. Walinya diperintahkan supaya menguruskan harta anak yatim itu dengan adil dan dilarang memakan harta anak yatim melainkan dengan cara yang halal dan adil.

Orang yang berhak menerima Zakat itu perlu kita teliti kerana Zakat yang diberikan kepada orang yang tidak berhak atau tidak layak menerimanya akan menyebabkan Zakat Harta atau Zakat Fitrah kita itu tidak sah.


Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

8 comments:

Cikgu Ije said...

thx pak ngah.
sesekai refresh balik ilmu kelas fardhu ain dulu2.

:)

Leenoh said...

Salam ije.
Terima kasih kerana memanfaatkannya.yang lupa diingatkan semula, yang ingat diperkukuhkan lagi. hanya mengulangkaji.

Maiyah said...

salam.. sy kirim ngan abang utk bayarkan bagi anak2 dan sy

Leenoh said...

Salam maiyah.
Abang mengeluarkan Zakat Fitrah bagi pihak Maiyah dan anak-anak - abang sebagai wakil.
Kepada Maiyah diucapkan selamat berpuasa dan berbahagia bersama keluarga.

HajiSaadSgLayar said...

Assalamualaikum. Terima kasih kerana masih ingat sahabat lama. malam ni Pak Ngah Yaakub imam

Leenoh said...

Walaikumussalam Hj.Saad Sg. Layar.

Sampaikam salam padanya dan kekawan yang lain.
Dah tengok ka pokok kurma Sg.Layar di dalam blog ini. Saya snap semasa balik kampung hari itu.tak sempat singgah rumah kekawan, hanya rumah Pak Lang sahaja - kim salam pd Pak Lang n Mak Lang.
juga kirim salam pada pasukan imam dan kumpulan gotong-royong masak kanji petang ini nanti.
Selamat berpuasa.

HajiSaadSgLayar said...

Insya Allah akan ana sampaikan. Petang ni kumpulan more Kampong Lebai Jaafar. Kelmarin Pulau Tiga

Leenoh said...

Salam Hj.Saad Sg. Layar.

Terima kasih semoga hubungan silaturrahim antara ana dan penduduk Sg.Layar akan berterusan.