Tuesday, July 12, 2011

Bekas pelajar KBSR dan KBSM kini telah berada di tengah masyarakat dewasa.

Salam semua.

Pada tahun 80an bermulanya pengajaran dan pembelajaran kurikulum baru sekolah rendah dan
( di atas hanya gambar hiasan ) menengah iaitu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1983) / Kurikulum Bersapadu Sekolah Menengah (1988).

Di sekolah menengah subjek Bahasa Melayu merupakan subjek perintis dan langkah permulaan sebelum diikuti dengan subjek yang lain , pengajarannya dimulakan pada tahun 1988 dan diikuti dengan subjek lain pada tahun berikutnya, akhirnya pelaksanaan penuh KBSR dan KBSM pun disempurnakan. Kini kurikulum tersebut sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam KBSR dan KBSM agak berbeza dan lebih padat, artikel ini tidak berhajat untuk membincangkan hal tersebut kerana bidang itu mencakup bidang yang lebih luas dan tidak mampu dihuraikan oleh penulis. Dalam topik ini penulis hanya ingin menyentuh aspek yang ringan dan ringkas sahaja.

Mungkin dapat dirumuskan bahawa genarasi KBSM ini merupakan suatu permulaan genarasi baru yang dikira ada kelainan berbanding dengan genarasi sebelumnya kerana mereka ini diasuh melalui kaedah yang berlainan dan kelainannya pula agak ketara.

Matlamat KBSM digubal dengan sangat kemas dan jelas, hasratnya dapat diperhatikan di dalam catatan falsafahnya,

_____________________________________________

Falsafah Pendidikan Negara.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

_______________________________________________
Falsafah Pendidikan Islam.
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
___________________________________________________

Pelajar KBSM diajar menggunakan minda mereka secara kreatif dan kritis, kemahiran ini merupakan suatu kelebihan berbanding dengan kurikulum lama atau genarasi lama, mereka diajar menggunakan minda untk menjana dan menghasilkan idea serta menggunakan kecekapan minda untuk menilai sesuatu sama ada munasabah atau wajar dalam sesuatu idea atau apa-apa berita yang diterima, juga diajar meneliti
kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Mungkin sebilangan kecil sahaja dari genarasi ini yang bersikap pak turut di dalam sesuatu isu dan masalah.Kebanyakan genarasi ini memiliki fikiran atau berfikir secara kreatif , kritis dan proaktif.

Sebahagian besar daripada mereka melanjutkan pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi dan di sana diperkembangkan lagi potensi berfikir itu dengan lebih bermakna lagi dan sudah tentulah sebahagiannya telah tamat pengajian dan sedang berkhidmat di berbagai sektor.

Kini mereka sedang melalui zaman remaja atau belia yang berusia bawah 30an tahun, kehadiran mereka menyebabkan masyarakat kita menerima perubahan dan terkesan juga dalam politik negara, pandangan politik juga turut berubah dan berlaku anjakan sama ada kita menyedarinya atau tidak ianya sedang berlaku. Perubahan ini menuntut politikus veteran membuat semakan dan seterusnya anjakan yang positif kerana rakyat yang bersikap" Yes Bos" sudah berkurangan.

Mungkin juga kehadiran yang sangat ramai menyertai "Himpunan Bersih" tempoh hari boleh menjadi paksi dan titik tolak bagi kita mula berfikir atau bermuhasabah dalam isu ini atas nawaitu menjaga masa depan dan kesejahteraan negara yang tercinta.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: