Saturday, June 30, 2012

Agama dan politik tidak pernah berpisah, umpama poket dengan baju.


Salam semua.

 Agama (Islam) dan politik tidak pernah berpisah ianya seumpama poket dengan baju, keadaannya  sentiasa melekat di antara satu sama  lain, ibarat agama itu saiznya sangat besar dan politik  itu sangat kecil hanya sekadar menumpang di dalam Islam, seumpama poket yang tertampal di baju, poket akan bergerak mengikut pergerakan baju. Islam ajarannya mencakup keseluruhan hidup makhluknya di dunia dan di akhirat, adalah tidak lojik sama sekali jika dikatakan politik tidak bercampur dan menyentuh ajaran agama (Islam), adakah Allah tidak menilai manusia ketika mereka berpolitik sehingga manusia yang dikenali sebagai politikus itu boleh membuat apa sahaja tanpa dinilai Allah termasuk rasuah, membunuh dan lain-lain aktiviti pilitik yang merosakkan hidup manusia lain. Lojiknya tentulah tidak demikian kerana Allah telah berfirman mengenai perkara tersebut dalam surah Al.Zalzalah. 
   
     
 Bermaksud,
[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
 [8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
 
Dan terdapat banyak lagi ayat-ayat al.Quran dan al.Hadis yang berkaitan dengan pentadbiran,pemerintahan, pengurusan, kepimpinan atau kemasyarakatan.
Berdasarkan ayat di atas dapatlah kita mengambil pengajarannya bahawa setiap saat dan detik, aktiviti manusia akan dinilai oleh Allah dan dibawa di dalam perbicaraan di akhirat nanti.

Di sepanjang kehidupan manusia di dunia ini, mereka  diwajibkan merealisasikan kehidupan itu berdasarkan ajaran dan panduan yang termaktub di dalam al.Quran dan al.Hadis (sunnah) dengan menghayati, mematuhi dan mentaatinya. Tiada bidang yang terkecuali daripada perintah yang Maha Agung itu, semua bidang terikat dengan perintah Allah tersebut, sama ada perniagaan, politik dan bidang kehidupan yang lain.

Sekian...wallahu aklam.




No comments: