Salam semua.
Aras atas sekali/bumbung. |
Beberapa info mengenai Ibadat Haji ( Khasnya mengenai Tawaf dan lokasinya ).
1 - Suasana tawaf yang kelihatan di dalam video ini adalah tawaf di Dataran Kaabah iaitu di lokasi utama/afdal untuk bertawaf - pandangan dari atas - kelihatan penuh sesak tetapi bagi mereka yang belum mengerjakan Haji jangan bimbang hal ini kerana setiap saat terdapat mereka yang sempurna 7 keliling akan keluar dari lokasi tersebut.oleh itu setiap saat jugalah kita berpeluang untuk turun bertawaf - situasinya akan berlaku kesesakan bersilih ganti dengan kelapangan - kadang sesak dan kadang rasa lapang dan berangin - tidak sepanjang masa sesak.
2 - Video ini dirakamkan dari aras paling atas atau kadang-kadang disebut bumbung, di aras ini juga boleh bertawaf tetapi terpaksa berjalan jauh kerana bulatannya agak besar atau paling besar berbanding dengan lokasi di bawahnya.( kelihatan juga di dalam video di atas orang sedang bertawaf - tidak ramai ) - Bersebelahan dataran solat di aras ini terdapat salah satu lokasi Sae.
3 - Kalau tidak salah pemerhatian saya lokasi tawaf terdapat 3 tempat iaitu (a) Di Dataran Kaabah, (b) Di aras 3 dan (c) Di aras 4 - atas sekali atau disebut juga bumbung.
Dataran Kaabah.
4 - Masjidil Haram mempunyai 4 aras yang digunakan untuk bersolat berjamaah - (a) Aras 1 iaitu aras yang sama dengan Dataran Kaabah, kalau tidak perhatikan betul-betul ramai yang tidak menyedari wujudnya aras ini kerana ianya berada di bawah.
(b) Aras 2, aras ini sama paras dengan muka bumi ( tiada ruang tawaf). (c) Aras 3, aras ini terdapat ruang tawaf di hadapan walaupun ianya kurang jelas tetapi kita akan melihat orang sedang bertawaf sepanjang masa dan (d) Aras 4 iaitu aras yang tertinggi sekali iaitu atas bumbung - ramai juga orang bertawaf di sini, bertawaf di aras ini kurang gangguan tetapi meletihkan kerana terpaksa berpusing jauh.
5. Kalau bertawaf di aras 3 atau 4 (atas sekali) sukar menjaga arah bahu kiri supaya mengadap ke Kaabah/Kiblat selain daripada kepenatan sebab jaraknya lebih jauh berbanding dengan bertawaf di Dataran Kabah.
Artikel seumpama ini akan bersambung pada artikel/video berikutnya nanti.
Sekian dahulu...Wallahu aklam.

No comments:
Post a Comment