Monday, June 4, 2012

Sekitar Pekan Rabu, Alor Setar.(video)

Salam semua.

250 meter dari Pekan Rabu.
 Pada hari Jumaat ketika sebelum Subuh saya sekeluarga bertolak ke Alor Setar menziarahi ibu dan menghadiri khenduri kahwin di kampung, kebetulan pada hari ini 1 Jun 2012 hari "Himpunan Hijau  Ke Putrajaya" yang diadakan di Stadium Darul Aman, kebiasaan pada masa yang telah lalu kami akan melalui Bandararaya Alor Setar tetapi kali ini kami melencong ke pintu keluar lebuhraya sebelumnya iaitu Tol Pendang.Melihat kepada mereka yang menuju ke Himpunan Hijau  begitu ramai, kalau kami lalui Bandaraya Alor Setar sudah tentu akan berlaku kesesakan dan akan lambat tiba di destinasi.
Telahan tersebut tidak meleset kerana pada hari Sabtu saya dimaklumkan oleh salah seorang  yang hadir di Himpunan tersebut menyatakan hadirin/hadirat sangat ramai sehingga sebahagian kenderaan terpaksa dipakirkan sejauh 2km dari stadium.
Kami mengambil keputusan pada pagi Ahad akan ke Pekan Rabu untuk membeli-belah dan barang-barang yang dipesan oleh ahli keluarga yang tinggal di selatan tanah air. Cerita selanjutnya sila saksikan video berikut.
                   Dari Telok Wan Jah menuju ke Pekan Rabu.
                    Semakin menghampiri  Pekan Rabu.
                      Masuk dari bahagian belakang. 
                           Kedai pelbagai ubatan.
                     Gerai-gerai pelbagai barang jualan. 
                         Bahagian depan Pekan Rabu. 
                            Bertolak balik ke Selangor.



No comments: