Tuesday, June 5, 2012

Suasana khenduri di kampung.(video)

Salam semua.
Suasana khenduri di kampung kelihatan lebih mesra dan meriah, walau pun keindahannya tidak terserlah kerana pangaruh persekitaran yang kurang tersusun.

  Proses bersiang daging ini adalah aktiviti yang kedua selepas kerbau/lembu disembelih, pasukan sembelih akan menjalankan tugas sembelih dan lapah, selepas bersiang dan basuh, semua daging akan diserahkan kepada pasukan tukang masak ( di Kedah dikenali sebagai orang kedehu'a )
 Masak menggunakan gas dan juga kayu api, masakan tertentu menggunakan dapur kayu api, tukang masaklah orang  yang arif membuat pilihan. Sedang gulai, sup tulang , nasi dan berbagai masakan lagi berada di atas dapur pasukan  bersiang dan membasuh daging tadi akan beralih pula ke dalam rumah untuk membaca doa selamat dan marhaban.

Setelah selesai marhaban jamuan pun dimulakan dan beramai-ramailah pula mereka ke khemah untuk menjamu selera dan meneruskan berbual mesra. Mereka yang jauh pun beransur-ansur tiba, jam 12.00 tengahari sudah tentu khemah telah dipenuhi oleh tetamu jauh dan dekat.




No comments: