Salam semua.
Sebahagian daripada jamaah Haji hanya berpuas hati bersolat di dataran ini sahaja. kalau masih ada ruang untuk masuk ke dalam masjid itulah sebaik-baiknya, berusahalah mendapatkan saf hadapan. Orang Malaysia tidak bersolat di sini, mereka berusaha sedaya upaya untuk masuk ke dalam masjid dengan cara datang lebih awal dan sentiasa bersiap siaga untuk bersolat di dalam Masjidil Haram.
Ulasan ringkas.
1. Video ini dirakamkan melalui telefon bimbit Nokia C3 sahaja, rakaman dibuat dalam perjalanan pulang setelah menunaikan solat Isyak - di dataran ini bukan sahaja para jamaah yang kelihatan di dalam video ini duduk berehat tetapi mereka juga bersolat di sini, malah ada yang bermalam di dataran dan tidak menempah hatel.
2. Bersolat di dalam masjid adalah lebih baik kerana jaraknya lebih hampir dengan imam atau saf depan, kalau pun tidak berjaya berada di saf hadapan, sekurang-kurangnya bersolat di dalam masjid yang dibolehkan kita beriktikaf.
3. Rakaman ini dibuat di hadapan Babussalam/ Pintu Salam, kebanyak para jamaah yang keluar dari arah pintu ini menuju ke hotel yang terletak di Jalan Ibrahim Khalil dan kiri kanannya.Hotel-hotel lama di sekitar Jalan Ibrahim Khalil dan berhampiran Masjidil Haram akan diruntuh dan akan dibina hotel-hotel ( fondok) baru - sekarang dalam proses.
4. Para jamaah yang mendiami lokasi ini sering terganggu dengan pasukan yang membuat kerja-kerja pembersihan .

No comments:
Post a Comment