Salam semua.
Sedang beriktikaf. |
Klik ....leewantam - You Tube ...
akan muncul banyak lagi informasi.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila sampai di masjid nanti, di antaranya:
1. Membaca doa sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam masjid - Sebelum duduk lakukanlah solat sunat Tahiyatul Masjid dan setelah memberi salam berniat iktikaf iaitu niat berhenti di dalam masjid dengan itu sepanjang kita berada di masjid akan dikurniakan pahala oleh Allah Taala.
2. Kemudian lakukan solat sunat yang disebutkan di atas tadi dan ditamatkan dengan solat sunat Witri ( Witir ). Sekiranya setelah selesai solat sunat Witir dan waktu Subuh masih belum masuk boleh diteruskan dengan membaca al.Quran sehingga azan Subuh.
3. Sangat malang dan rugilah kalau para jamaah tidak tahu melakukan solat-solat tersebut. Untuk mengelakkan daripada berlaku perkara seperti itu, mereka yang belum mahir melakukan ibadat-ibadat tersebut di atas, mulai sekarang mereka perlulah pergi belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan.
4. Di kiri kanan jalanraya atau laluan yang kelihatan di dalam video tadi terdapat deretan kedai-kedai yang kebangakannya menjual pakaian di samping barangan keperluan jamaah Haji, Kebanyakan penjual boleh berbahasa Melayu.
Sekian dahulu...Wallahu aklam.
No comments:
Post a Comment