Salam semua.
Artikel ini mengutamakan paparan video untuk kita sama-sama menghayati semangat bergotong-royong yang masih diamalkan oleh masyarakat yang dipaparkan di dalam video ini.Dua jasad kerbau ditumbangkan seawal jam 4.00 pagi di saat itulah aktiviti gotong-royong bermula dan direhatkan dengan masing-masing pergi menunaikan solat Subuh, kemudian datang semula untuk meneruskan gotong-royong, mulai kerbau ditumbangkan sehinggalah makanan dapat dihidangkan kepada para tetamu jemputan, semuanya dijayakan secara bergotong-royong.
Walaupun pada ketika sedang berlaku pergolakan politik, itu semua tidak menghalang masyarakat kampung ini untuk meneruskan gotong-royong, perbezaan fahaman politik tidak merosakkan semangat gotong-royong kerana mereka masih mempunyai persamaan iaitu sama bangsa dan sama-sama Islam, mereka masih boleh bangun dan mengalunkan marhaban bersama-sama.
______________________________________
Firman Allah di dalam surah al.Maidah ayat 2,
Bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
______________________________________
Balik kampung.

Besiang daging.
Marhaban - V1
No comments:
Post a Comment