Thursday, December 11, 2008

BALIK KE RUMAH



Al.hamdulillah, kami memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana perjalanan kami balik kampung untuk berhari raya dengan keluarga tercapai, khasnya kepada ibu tersayang, kupeluk rapat dan kucium kiri dan kanan berulangkali, namun demikian budinya tidak dapat kubalas, walaupun doa setiap waktu solat kupanjatkan kepada Allah Yang Maha Pengampun. Ayah telah lama meninggalkan kami menuju ke tempat yang kekal abadi, hanya doa dan sedekah menziarahinya. Semoga Allah ampunkan segala dosanya dan mendapat ganjaran yang besar kerana mendidik dan menafkahkan kami sehingga dewasa, amin ya rab bal alamin.

Lebih kurang jam 10.00 pagi 10/12/2008 (Rabu) kami bertolak balik dari Taman Malaysia menuju Pekan Rabu yang sememangnya tempat ini tidak asing lagi bagi penduduk badaraya Alor Star dan pelancong yang mengunjungi negeri Kedah dan Alor Star khasnya. Memang di Pekan Rabu macam-macam ada. Ubat-ubatan, buku, pakaian, makanan, barang hiasan dan sebagainya. Malangnya Pekan Rabu sifatnya mandul, memanglah dia semakin gemuk dan tembun tetapi tidak beranak dan tidak berkembang zuriatnya ke tempat-tempat lain di Kedah atau di manan-mana berbanding dengan pasaraya Giant, Tesco, Jaya Jusco dan lain-lain. Pasaraya tersebut wujud di mana-mana tetapi Pekan Rabu hanya di Alor Star sahaja.

Inilah kelemahan diriku dan juga bangsaku dalam bidang perniagaan. Apakah punca , apakah sebab tidak dapat kujawab kerana diriku sendiri jahil dalam bidang yang rumit ini. Hanya orang politik yang dapat menyelesaikan masalah ini kerana mereka bijak sebab itu mereka meminta kuasa dan telah pun berkuasa. Usahalah sehingga berjaya kerana ini adalah tanggungjawab anda. Jangan sampai tiada jawapan apabila ditanya kerana Allah itu Maha melihat dan Maha Mengetahui.

Selama dua jam kami berada di Pekan Rabu tanpa ke mana-mana, menjamu selera dan membeli-belah ala kadar, membeli barang-barang yang sukar didapati di Shah Alam. Sambil menunggu bauhulu panas siap di masak, terpaksa mengambil giliran kerana pembelinya ramai.

Jam 12.00 kami pun bertolak ke Tanjung Dawai, membeli barang-barang pesanan kawan-kawan terutamanya ikan kering dan ikan bilis. jam 1.00 petang lebih kami pun sampai di Tanjung Dawai, selepas membeli- belah kami pun sekali lagi bertolak ke Sg. Petani dan singgah di Taman Orkid, Fasa 1, Sg. Layar untuk menziarahi jiran yang pernah bersama kami dahulu. Selepas solat Zohor dan asar secara jamak takdim dan menjamu selera , kurang lebih jam 4.00 petang kami bertolak balik ke Shah Alam ( Jalan batu Tiga Lama ). Perjalanan kali ini amat selesa walaupun kekadang hujan turun tetapi tidak membimbangkan.

Kami berhenti solat maghrib dan Isyak secara jamak takdim di R&R Lebuhraya Guhtri dan setelah berhenti makan kami pun bertolak semula dan selamat sampai di rumah jam 10.00 malam, ketika itu alhamdulillah suasana malam pun amat baik tidak panas seperti kebiasaan, keadaan rumah yang ditinggalkan pun dipelihara Allah.

Wassalam.

18 comments:

Yanmie said...

teringat mee kari bandung kt pekan rabu tu...sodap..

Leenoh said...

Lidah saya serasi dengan makanan utara, sebab saya dibesarkan di sana.

Tapi kalau sate dan nasi lemak takleh lawan Selangor. Nasi lemak, sate, soto dan lontong rasanya Johor pun boleh tahan gak.

Kalau laksa saya suka laksa utara, (Kedah atau Kuala Perlis).Apa pun kena hati-hati gak kerana penyakit itu berpunca daripada makanan.

Wassalam.

Unknown said...

Assalamualaikum,

klu saya suka cari dodol kat pekan rabu... sayur2 kampung...

Anonymous said...

pak ngah kena sambung camni...

"sampai ajek dirumah... cucuku menangis uwakk uwakkkk.... "

dan bunga sekeluarga menyedari jiran sebelahnya telah selamat pulang... hik hik :D

p. ngah.. thks for kuih bahulu...

sape kate pekan rabu mandul??

tgk ni http://www.pekanrabu.biz/

Leenoh said...

Kalau Izan nak beli hasil keluaran kampung memang ada banyak di situ, Selain sayur, juga ada ulam-ulaman seperti buah petai, genuak ( kerdas), jering, daun pegaga, samak, temumak, ulam raja dll.

Pendeknya macam-macam ada.

Wassalam.

Leenoh said...

Bunga,
Bahulu tu namanya apa sebenarnya bauhulu ke, buahulu ke atau bahulu ke, kata stngah orang yang betulnya bauhulu kerana bila tengah masak baunya sampai ke hulu, tak tau la kalau depa temberang ja. Cikgu URT boleh tolong jawab kot.

Pasai cucu tu memang dia menangis di sana pun, tempat tak biasa kot.

Wassalam.

mohad said...

pekan rabu tu... hari rabu je ke buka..

Leenoh said...

Assalamualaikum.

Tahun 50an dulu rasanya pada tiap-tiap hari Rabu, maka sebab itulah dinamakan Pekan Rabu tetapi sekarang Pekan Rabu dibuka pada tiap-tiap hari seperti pasaraya.

Pada zaman dulu di Kedah telah pun wujud tempat perniagaan seperti Pasar Tani tetapi dinamakan Pekan Nat ( Nat ), kalau tidak salah saya nat ini dalam bahasa Siam,

Pekan Nat ialah Pekan sehari iaitu diadakan seminggu sekali, misalnya pada Isnin Pekan Nat di Pekan Langgar, Selasa di Kg.Titi Hj.Idris, Khamis di Kg. Tualang, rasanya sampai sekarang masih beroperasi.

Jangan sangka Pekan Rabu beroperasi pada hari Rabu sahaja.
PEKAN RABU BEROPERASI PADA TIAP-TIAP HARI.

Wassalam.

Anonymous said...

hehehe pak ngah... x tau la nama dia bahulu ker bauhulu or baulu...

sy tau ngappp ajek... name x sepenting rasenye... keh keh keh...

wanridzuan said...

dulu tmpat sy ade gak pekan rabu.. pastu xkemane.. xsampai setahun pun.. myb xdpt smbutan kot

Unknown said...

leenoh,

kat tempat izan ada pekan isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad... hihihi... temumak tu ulam apa ye.. tak pernah dengar...temupak ada tak?

Leenoh said...

Kalau samak pokoknya besar dan tinggi, temumak saya tidak pasti besar mana tetapi pucuknya boleh buat ulam, rasanya pahit gak, baik utk kesihatan, di tempat lain mungkin namanya lain pula kot.

Tapi Izan, saya la ni dok cari rebung buluh, bukan yang jeruk, saya cari yang segar, di Shah Alam susah dapat. Nanti saya nak usya-usya dengan Bunga, jiran saya, dia selalu balik kampung.

Wassalam.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Rebung banyak di musim hujan lepas kemarau.Masa tu kilat sabung-menyabung.Masa tu rebung terloncat keluar,kata orang tua2 begitulah.

Tak caya pun tak apa.Tak rosak iman.Tak rosak akidah.

Leenoh said...

Saya dah lupa sikit2 dah pasai rebung tu, Pak Cha cakap macam tu saya teliok pulak,

Saya habak betoi Pak Cha, rebung kalau masak lemak, saya boleh ghatah habeh satu mangkok,

Tapi dia pun agen angin jugak, angin pun anginlah, tang makan, makan jugak.

Di Banggol Derdap tentu banyak rebung, saya selalu makan rebung buluh duri,

Pak Cha demam qurban dah kebah ka, maksud saya letih pulun buat kerja qurban dah pulih ka.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr.,

3 hari bermain daging.Seronok buat kerja untuk anak yatim.Tak lah letih sangat.Budak2 yang besar2 tu turut bantu.

Alhamdulllah kami dapat lebihkurang 6 ekor.Aku kata lebih kurang pasai 5 ekor dikorban dan orang sedekah cara sikit2 tu dicampor2 sama dengan satu ekor.Di simpan dalam freezer untuk bekalan satu tahun.Depa dijamu daging 2 kali seminggu.Betul tak aku dengar kata ada hadis hanya makan daging sebulan sekali.Minta sdr. beri tau.

Jadual korban tahun ni :
Raya pertama 3 ekor.Raya kedua sekor dan raya ketiga sekor.

Dulu rebung memang banyak di daerah aku.La ni dah banyak kurangnya.Kerana pembangunan dan kerana orang tak buat rumah dengan buluh.Zaman Lahuma dan Jeha dulu rumah kami berlantai buluh,berdinding buluh.peralatan tumah semuanya asal dari buluh.Hingga 'teropong' yang kami guna untuk hidupkan api dapor pun dari buluh.'Teropong' ialah alat untuk hembus angin kat api dapor supaya bernyala kuat.Dulu guna kayu api.Tot-tot alat untuk budak2 kecik berlatih berjalan juga dibuat dari buluh.Kalau tak dak kera/berok ,galah buluh yang kami gunakan.Banyak kegunaan buluh .Pasai tu raja2 zaman dulu bangga dengan puteri2 mereka di panggil puteri buluh betong.

wallahuaklam.

AQisH said...

tak penah lg sampai ke pekan rabu nih..teringin gak nak tgk tpt yg femes ni;-)

Leenoh said...

Pak Cha,
Awai-awai dulu dah saya habak, saya bukan ada ilmu, kalau ada pun sikit saja, dok harap pengalaman saja ni, saya tulis apa yang saya nak tulis, kalau tanya banyak saya boleh lari malam, nak jawab boleh tapi kena rujuk kpd kitab. Dah malas nak baca.

Lawak-lawak pun Pak Cha nasi yang dimasak guna kayu api lebih sedap dari yg masak dgn dapur gas. Cubalah suruh Mak Wan masak sekali sekala dgn dapur kayu api.

Tapi Pak Cha jgn makan banyak sgt nanti susah pula, makan banyak kali tak pa, takat hilang lapak. ok la.

Saya nasihat Pak Cha supaya Pak Cha nasihat saya balik, sebab apa yang saya nasihat Pak Cha tu, kekadang saya pun tak mampu patuh.

Wassalam

Leenoh said...

AQisH.
Bila cuti panjang pi la jalan Alok Setak bukan jauh sgt dengan KL, 6 jam sampai la, lepas tu terus ke Kuala Perlis, kemudian belayar ke Langkawi, dari K.Perlis 40 minit ja.
Langkawi dah pernah pi kot. di sana ikan bilisnya cantik dan sedap dan begitu juga ikan talang kering.

Harga minyak dah turun boleh la bawa keluarga jalan-jalan cari makan.

Wassalam.