Friday, March 12, 2010

Kecanggihan kejadian manusia.

Salam semua.

Setiap manusia di dunia ini diciptakan Allah pada dasarnya sama sahaja. Diri manusia dibina dan diciptakan dalam bentuk roh dan jasad, roh dicipta sejak lama dahulu, sejak bila wallahu aklam. manakala jasad (badan) mulai dibina atau dibentuk sejak dari dalam perut ibu, tarikh sebenar terjadi juga wallahu aklam ( Allah sahaja yang Maha Mengetahui ). Manusia hanya mengetahui tarikh ianya dilahirkan ke dunia ini sahaja.Sifat jasad pada awalnya tidak wujud kemudian diwujudkan di dalam perut ibu, kemudian dilahirkan dan dipenghujungnya menemui kematian, setiap yang hidup akan menemui dan merasai kematian.kematian itu berlaku apabila roh keluar daripada badan atau jasad.

Manakala roh tetap hidup dan terus hidup. ianya bermula dengan
" tiada" kemudian Allah menciptakannya ( diadakannya oleh Allah ), sifatnya ada permulaan tetapi tiada penghabisan, kekal selama-lamanya di syurga atau di neraka. Di sana tiada lagi kematian........begitulah kecanggihan kejadian manusia ciptaan Allah...wallahu aklam.

Jasad (fizikal) dan roh manusia kedua-duanya memerlukan makanan, situasi ini menunjukkan manusia itu bersifat lemah, mereka terpaksa bergantung kepada sesuatu yang lain untuk hidup, Jasad memerlukan makanan yang seimbang untuk perkembangan tumbesaran mereka, sekiranya makanan diambil secara berlebihan atau kadar yang kurang maka terjejaslah tumbesaran tersebut, tindakan mereka dalam banyak hal dan keadaan memerlukan tindakakan yang sederhana.mengambil makanan yang berlebihan akan mengundang penyakit dan demikian juga jika sebaliknya.

Roh juga memerlukan makanan, makanan roh bersifat maknawi ( abstrak ) seperti mana sifatnya juga yang mana juga bersifat maknawi, tidak dapat dipegang, disentuh, ditimbang dan dirasa dengan tangan. Makanan roh ialah ilmu atau pendidikan, kita biasa menyebutnya sebagai didikan rohani, manusia yang terdidik akan turut membawa dirinya menjagai jasad dengan sempurna tanpa menghadapi sesuatu yang merosakkan diri mereka. Mereka ini juga akan pandai membawa diri di dalam kehidupan yang serba mencabar mengikut zaman mereka masing-masing.

Dalam Islam didikan rohani adalah sesuatu yang wajib dan amat penting, inilah jalan dan kaedah ke arah manusia itu mengenal penciptanya dan juga mengetahui dan menyedari tujuan Allah mencipta mereka di dunia ini.

Manusia yang bersifat dua dalam satu itu ( jasad dan roh ), sesuai dengan keadaannya Allah menjadikan mereka menjalani hidup dengan menyukai berbagai perkara lain yang disediakan oleh Allah seperti disebut di dalam firman-Nya yang dipaparkan di bawah ini.


Maksudnya.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
[14]
Surah Ali-Imran.
__________________________________

Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.

6 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

hmm....... tak tau nak komen...
terima kasih :)

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Terima kasih kerana membacanya..Pk Ngah pun tidak tahu apa nak tulis lagi..jadi berhentilah di situ..he3

Temuk said...

Salam Sdr Leenoh
Setiap paparan sdr menjadikan pembaca ingin terus muhasabah diri. Berterusan bertanya diri, akan status sendiri, berasaskan KPI yg ditentukan oleh Dia Yang Maha Agung! Berterusan pula kita berasa longlai oleh segala rupa kekurangan, yg rasanya amat sedikit & lambat pula kita berkemampuan memperbaikinya.

Leenoh said...

Salam sdr.Temuk.

Saudara jangan puji penulis, kerana dia sendiri masih berlaku banyak kekurangan dan kelemahan, percakapan ini juga hanya teori, amal dan praktikalnya pembaca mungkin lebih mengamalkannya dan kedepan.

Apa pun sama-samalah kita memahaminya dan melaksankannya seperti yang dikehendaki-Nya.

Orang Kampung said...

Saudara,

Insya Allah selagi kita mampu mencari kekurangan diri, selagi itu kita akan mampu memperbaikinya dan sejauh itu pula kita dapat mengenali tuhan pencipta kita. Terima kasih.

Leenoh said...

Salam.(POK).

Semoga Allah sediakan jalan untuk kita muhasabah diri dan memperbaiknya.