Monday, May 14, 2012

Percumakan Tol Ketika Waktu Puncak

Salam semua.
Sekadar sembang-sembang sahaja.
Artikel ini sekadar memaparkan sembang-sembang petang Ahad dan cuti hujung minggu, topik menjurus kepada isu kesesakan"jam" yang berlaku di lebuh raya pada waktu puncak yang dialami setiap hari kerja, juga kadar bayaran tol yang terpaksa dibayar serta duit petrol yang terpaksa dibelanjakan pada setiap  bulan, bila menyentuh pasal duit akan berkait pula dengan gaji yang diterima setiap bulan.

Kesusahan  bertambah.
ok, kita sembang dan bincang satu-satu, bermula dengan kesesakan jalan raya dahulu. Pada waktu puncak iaitu waktu pergi dan balik dari tempat kerja akan berlaku kesesakan jalan raya yang memenat dan merisaukan,terutamanya pada tol-tol tertentu di kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam, penat kerana terlalu lama memandu sehingga menimbulkan kerisauan dan kebimbangan terhadap risiko akan berlakunya kemalangan,lama memandu di dalam kesesakan pula akan mengakibatkan penggunaan minyak berlebihan dan menyebabkan kosnya bertambah.

Percumakan tol pada waktu puncak.
Sebab utama berlakunya kesesakan(jam) kerana lebuh raya tersekat dengan rumah tol yang menguruskan kutipan bayaran tol, sudah tentulah pemandu terpaksa berhenti untuk membayar tiket atau mengambil tiket tol atau memperlahan atau memberhentikan sebentar kenderaan untuk membuka palang tol bagi mereka yang menggunakan kad prabayar touch n Go atau lain-lain. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan kesesakan lebuh raya, situasi ini menyebabkan  objektif lebuh raya diwujudkan tidak tercapai pada saat-saat seperti ini, sebaliknya objektif mengaut keuntungan mungkin telah tercapai atau terlebih capai bagi sesetengah lebuh raya yang telah lama dibina. Oleh itu dicadangkan lebuh raya yang statusnya demikian perlulah berhentikan kutipan sekurang-kurangnya pada waktu puncak, tegasnya percumakan tol ketika waktu puncak, menutup kedai pada waktu ramai pelanggan datang tentulah dipandang sebagai suatu tindakan yang tidak bijak, pandangan itu sememangnya tepat dari segi menjana ekonomi bagi sesuatu pihak tetapi kedai tersebut sekarang ini semakin menyusahkan masyarakat.Cadangan seterusnya batalkan tol pada semua jalan yang telah pun mengutip keuntungan.


Kos minyak petrol  bertambah.
Apabila berlaku kesesakan pastilah kenderaan terpaksa menggunakan minyak lebih banyak berbanding ketika kenderaan berjalan lancar, semakin tahun perbelanjaan petrol semakin meningkat, situasi ini menjadikan gaji bulanan menjadi semakin kecil, ditambah pula dengan kenaikan harga barang dan harg petrol.Pendapatan keluarga RM2.000.00 sebulan tidak mencukupi bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur ,Shah Alam dan bandaraya yang lain.


Sekian...wallahu aklam.

No comments: