Salam semua.
Pada hematku.
Pada hematku.
Debat isu Palastin. |
Rakyat ingin memilih tokoh-tokoh yang berketrampilan untuk mengisi ruang parlimen yang sangat luas itu untuk mewakili mereka dan berhujah membela dan menjaga kepentingan mereka. Debat dapat memberi peluang mereka menilai tokoh-tokoh tersebut.
Melalui perdebatan dan hujah yang disampaikan akan memberi ilmu pengetahuan kepada rakyat biasa, amalan ini jauh lebih baik daripada mereka menonton TV di rumah atau pergi ke konsert yang menghiburkan. Sekali sekala elok juga melatih rakyat supaya berfikir secara rasional dan mengawal emosi serta membina ketahanan jiwa mereka.
Pada peringkat permulaan siri debat sememangnya akan terdapat ganguan tetapi lama kelamaan para penonton akan dapat mengawal diri iaitu setelah amalan debat ini dibiasakan, "Alah bisa tegal biasa", akhirnya ganguan-gangguan yang pernah dilakukan itu akan menjadi kera sumbang kalau mereka meneruskan amalan buruk itu.
Kalau takut untuk membuat anjakan dan perubahan akan lambatlah berlaku kematangan, budaya bergocoh, bertumbuk dan baling batu di lokasi dan pentas kempen politik akan berlaku berterusan. Kita tidak seharusnya melambatkan perkembangan intelek dan emosi sihat generasi muda yang boleh berkembang melalui budaya debat ini, di mana pada suatu hari nanti mereka akan mewarisi pemimpin negara. Jadikanlah budaya debat sebagai salah satu medan memantapkan kematangan berpolitik rakyat.
Fizikal kita kelihatan telah maju dan sama majunya dengan negara barat, melihat pada pakaian, hiasan rumah, kenderaan yang digunakan persis orang maju, akan lebih lengkap kemajuannya kalau rohani juga dipersiapkan dengan minda yang mampu berfikir secara rasional dan adil untuk semua.
Sekian...Wallahu aklam.
No comments:
Post a Comment