Salam semua.
Mufti bukan Tuhan.
Penulis terbaca di laman maya tajuk yang tertera di atas beberapa hari yang telah lalu dan terpanggil untuk menulis sesuatu yang berkaitan dengannya.
Mufti bukan Tuhan.
Mimbar di Raudah |
Tiada siapa pun di kalangan orang Islam sejati menganggap mufti itu Tuhan, malah menganggap mereka itu Nabi pun tidak tetapi di sebalik itu umat Islam mengakui bahawa mereka itu adalah warisatul anbiyak ( Waris nabi-nabi) kerana mufti-mufti itu tentunya dipilih dan dilantik di kalangan ulamak, kecuali, jika mereka itu tidak jujur dan khianat dalam menjalankan tugas akan termasuklah pula mereka itu ke dalam kalangan ulamak suk (jahat), ketika itu mereka tidak lagi layak menjadi waris nabi-nabi.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ulama adalah pewaris para nabi.” الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ
( Hadis riwayat At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda r.a ) .
Umat Islam memerlukan ulamak.
Umat Islam memerlukan ulamak dan juga mufti oleh itu umat Islam berkewajipan menjaga kewibawaan mufti supaya mereka sentiasa berada di dalam status warisatul anbiyak dan mufti sendiri juga berkewajipan menjaga status dan maruah diri mereka supaya tidak dipertikaikan kewibawaan mereka.
Suka atau benci umat Islam tidak dapat elak dari menjaga institusi atau golongan ini, Islam sebagai addin yang diterima Allah datang dan berkembang melalui mereka. Selepas zaman Rasulullah.s.a.w.dan sahabat-sahabat, Islam berkembang melalui golongan ulamak sehinggalah zaman ini mereka masih berperanan dan terus berperanan, Ilmu Islam diperturunkan secara berhati-hati dari generasi ke generasi supaya tidak lari ketulenannya. Tertib dan disiplin mempelajari ilmu Islam semestinya bersama guru dan kitab. Ulamaklah yang menjadi guru di dalam sesuatu masyarakat Islam, inilah amalan yang dipraktik sejak zaman berzaman di dunia ini, selepas itu barulah wujud langkah yang lain, sabda Nabi " ballighu 'anni walau ayah" ( sampaikanlah dariku walau satu ayat ). Mempelajari sesuatu kitab atau ilmu Islam terutamanya ilmu yang melibatkan aqidah dan hukum hakam, jika tanpa berguru seumpama mempelajarinya dengan bergurukan syaitan. Maksudnya mempelajari ilmu secara itu akan terdedah dengan penyelewengan atau terpesong.
Ulamak.
Ulamak yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang alim atau mempunyai ilmu yang luas, khususnya ilmu dari al.Quran dan al.Hadis ( Ilmu Islam ), ilmu tersebut tidak sekadar tersimpan di dalam minda atau merujuk kepada sijil yang dimilikinya sahaja tetapi lebih dari itu iaitu mereka mengamal dan menghayatinya serta mengajak masyarakat sama-sama menghayati amalan tersebut. Terdapat di kalangan mereka itu diiktiraf oleh masyarakat Islam di peringkat daerah, negeri, negara dan dunia Islam. Status mereka terpulanglah kepada pengiktirafan tersebut mengikut tahap kebolehan dan kewibawaan masing-masing.Semua ulamak menguasai bahasa Arab dengan itu mereka memahami bahasa al.Quran.
Ulamak tercabar.
Orang bijak dan pintar yang penuh dengan keegoan yang enggan mempelajari ilmu Islam secara tertib akan dengan sewenang-wenangnya membuat kesimpulan sendiri dan sanggup melanggar hukum-hukum yang telah pun diputus dan diamalkan, akibatnya ajaran Islam akan hilang ketulenan dan umat Islam di peringkat awam menjadi celaru dan terpinga-pinga, lebih berbahaya lagi jika terdapat di kalangan mereka yang terikut-ikut atau menjadi pengikut setia pula. Gejala ini sedang mencabar golongan ulamak dan umat Islam amnya.
Dakwah Islam.
Adakah gerakan dakwah Islam setiap negeri atau di peringkat negara sedang bergerak secara proaktif untuk memantapkan aqidah orang Islam, adakah mereka yang layak mendapat tauliah telah diberi tauliah untuk memudahkan mereka bergerak di dalam masyarakat, adakah pendakwah yang bertauliah nisbahnya sesuai dengan jumlah masyarakat Islam yang memerlukan ilmu daripada pendakwah atau guru yang dimaksudkan. Persoalan ini wajib direnungi dan diselesaikan, jika mahu masyarakat Islam kebal dari ancaman aqidah mereka.
Sekian...wallahu aklam.

No comments:
Post a Comment