Tuesday, May 15, 2012

Seorang guru, seorang macam-macam.

Salam semua.
SELAMAT HARI GURU

Seorang guru dia juga  seorang setiausaha, seorang kerani, seorang jurulatih sukan, seorang pentadbir, seorang pekerja am dan seorang macam-macam.

Pada masa  sebelum menjadi guru, kebanyakan guru menyangka menjadi guru di sekolah sama ada di sekolah rendah atau menengah, tugasnya hanyalah membuat persediaan mengajar, mengajar di dalam bilik darjah, memeriksa buku murid, membuat soalan ujian dan peperiksaan, mengawal peperiksaan, mengawal murid ketika sedang mengajar dan menghadiri perhimpunan mingguan di dataran sekolah atau di dewan.Memberi ucapan atau nasihat di perhimpunan dan terlibat di dalam aktiviti ko.kurikulum. Demikianlah tugas guru iaitu di sekitar aktiviti yang bersangkut paut dengan guru dan murid, kahsnya berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.


Setelah menjadi guru, rupa-rupanya tugas-tugas lain yang perlu dilaksanakan atau dipertanggungjawabkan masih banyak lagi,  sangkaan awal itu sebenarnya tidak tepat, cuma separuh tepat sahaja, guru itu sebenarnya,seorang guru itu dia juga  seorang setiausaha, seorang kerani, seorang jurulatih sukan, seorang pentadbir, seorang pekerja am dan seorang macam-macam.

Beban tugas tambahan.
Demikianlah senarai beban tugas tambahan yang perlu ditanggung di atas bahu setiap guru, siapakah pula yang terlebih berat bebannya di antara mereka itu ? Mengikut hematku guru yang paling berat bebanya ialah guru-guru yang serba boleh dan berketrampilan, berat beban tetapi gaji tetap sama sahaja, kalau tidak diniatkan tugasnya sebagai bertugas kerana Allah, maka sia-sialah titik peluhnya.
Berbagai unit dan sektor wujud di setiap sekolah, semakin hari semakin bertambah, tenaga kerja yang boleh digunakan hanyalah guru kerana jawatan lain atau pegawai lain yang terdapat di sekolah tugas mereka jelas,kerani adalah kerani, pembantu makmal adalah pembantu makmal mereka ini tidak akan terlibat dengan tugas-tugas lain, tanggungjawab mereka jelas dan khusus, maka mereka tidak boleh diusik dan dicuit untuk tugas yang lain tetapi tugas guru terlalu umum sehingga mereka tidak cukup tangan untuk memegang tugas yang diberikan.

Coretan ini adalah sebahagian daripada pengalaman dan masanya telah pun berlalu, situasi kini ( tahun 2012 ) penulis tidak pasti sejauh mana perubahan atau perbezaannya. Apa pun penulis masih merasai bahawa kenaikan bayaran bil letrik di rumah kediaman guru yang dibayar oleh guru pada setiap bulan itu sebahagiannya disebabkan tidur lewat kerana menyelesaikan kerja-kerja sekolah di rumah, juga sebahagian kecil perkhidmatan kenderaan guru digunakan sebagai khidmat kebajikan secara percuma bagi tugas-tugas yang tidak layak membuat tuntutan tetapi tugas dan tanggungjawab harus dibereskan.

Tugas yang diberikan tidak tepat.
Kekadang tugas yang berikan itu bukan tugas mereka, mungkin tugas Pejabat Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau tugas Pejabat Sekolah yang diseliakan oleh Ketua Kerani sebagai contoh memungut yuran-yuran dari murid (waris) bukanlah tugas guru tetapi sejak zaman berzaman merekalah yang mengutipnya daripada murid dan dipertanggungjawabkan, kecuali kutipan Derma Tahunan PIBG boleh ditugaskan atau mendapatkan ihsan guru untuk mengutipnya atas alasan mereka adalah ahli PIBG dan banyak lagi tugas yang dibuat oleh guru pada hal bukan dalam bidang tugas mereka, tugas-tugas ini merupakan tugas ihsan daripada  guru-guru sahaja. Atas sikap "Saya yang menurut perintah" maka tugas itu dilaksanakan jua.

Untuk kebaikan.
Pegawai atau jawatan tambahan perlu diwujudkan di sekolah-sekolah supaya semua pihak mendapat kebaikannya 

Sekian...wallahu aklam.
 

No comments: