Salam semua.
Pagi tadi saya terbaca artikel yang bertajuk "Taktik Mencolek Budak Di Pasaraya" (artikel ini ada di bawah) di laman Blog Us.Nor Amin.di bawah artikel itu tercatat "SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!",
Maka saya pun tidak membuang masa lagi terus sahaja menyalin (copy) artikel tersebut dan poskan ke alam maya dengan harapan mendapat sedikit kebaikan daripada aktiviti sukarela tersebut. Dalam masa 3 jam saya dapati artikel jasa baik Us.Nor Amin yang dialih ke dalam laman saya itu telah dikunjungi dan dibaca seramai 116 pengunjung.Petunjuk itu mungkin dapat dirumuskan bahawa pembaca blog prihatin dengan isu keselamatan.
Sambutan
ramai pengunjung terhadap artikel itu menyebabkan saya terkejut kerana
laman yang tidak terkenal seperti blog Kehidupan Bersih ini jarang
mendapat pembaca seramai 116 dalam masa singkat begitu, situasi itu juga
menyebabkan saya terfikir dan akhirnya menimbulkan tanda tanya adakah
masyarakat kita sekarang telah semakin prihatin dengan isu keselamatan
atau adakah persekitaran yang memaksa mereka memikirkan isu tersebut .
Mungkinkah persekitaran kita sekarang tidak lagi terjamin, walau pun kita berada di tengat-tengah khalayak seperti di pasaraya, pasar tani dan seumpamanya, malah di rumah sendiri sekali pun.
Ketika saya sedang menulis artikel ini saya teringat suatu kes pecah rumah beberapa minggu lalu di taman tempat kediaman saya sendiri, kes pecah rumah ini berlaku kurang lebih jam 6.30 petang, tuan rumah pulang ke kampung menziarah jenazah ahli keluarga, kerugian dianggarkan Rm20 ribu yang dinilai atas kehilangan barang kemas yang dicuri penyangak berkenaan. Rupa-rupanya pada masa sekarang telah wujud alat pengesan tempat tersimpannya barang emas seperti GPS mengesan arah laluan atau destinasi.Benar atau tidak wallahu aklam.
Menyedari senario masyarakat kita yang akhlaknya semakin merudum dan keselamatan sering terancam,ditambah pula dengan kehadiran pendatang tanpa izin yang semakin menyemak dan menggugatkan negara, maka sewajarnyalah kita mengambil pendekatan yang sesuai dan selamat. Di antaranya sudah tentulah cukupkan pelaksanaan kewajipan solat fardu dan ditambah dengan solat sunat serta amalan sunat yang lain supaya doa kita senang dimakbulkan Allah.
Berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah
Sekian...wallahu aklam.
No comments:
Post a Comment