Wednesday, December 24, 2008

Kalau babi namanya rasuah ( Puisi )



Kalau babi itu namanya rasuah.

Kalau babi itu namanya rasuah,
Ramailah orang jadi berubah.
Sebahagiannya makan isi dan kuah.
Seperti berlaku pada rasuah.

Kalaulah rasuah itu bernama babi.
Ramailah orang tidak peduli.
Semua orang loya dan geli.
Hendak rasuah tidak jadi.

Rasuah berkembang sangatlah bitara.
Berkembang biak seluruh negara.
Teguh menguasai laman berita.
Iblis syaitan memang berpesta.

Hubungi Pejabat Pendaftaran negara.
Ubah nama rasuah, babi pula.
Agar semua rasa lega.
Kerana pulih penyakit negara.

Salahkah aku turut berkata.
Untuk kesejahteraan negara tercinta.
Hapus rasuah barah negara.
Menurut perintah Allah Taala.

Kurang ajarkah madah ini.
Kasarkah pantun teguran begini.
Kalau rasuah terus meracuni.
Masihkah lembut hati berperi.

Menunggukah gunung timpa diri.
Baru bangun rioh senegeri.
Semua Panglima rioh berperi.
Rasuah tetap menjadi-jadi.


_______________________________

Ulasan Pengunjung:

Nginap Srengenge berkata;

Babi dilihat lebih jijik.Rasuah macam kurang jijiknya.Padahal sama. Itulah pentingnya dakwah.

Begitu juga puasa dilihat tak berapa penting.Yang penting dilihatnya ialah raya.

Banyak lagi yang bergelumang dalam minda orang kita.Masih tak paham2 .

December 24, 2008 3:56 PM


________________________________________________________________


KEMBALILAH KEPADA ALLAH DAN RASULNYA

____________________________________________________________________
Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

8 comments:

Anonymous said...

Situasi 1
---------
Peminta Rasuah : tuan kalo nak projek ni kena bg sy babi sekor.

Pemberi Rasuah : hmm... sy bole bg 5 ekor babi kalo nak...


Situasi 2
---------

Abu telah dijatuhi hukuman 2 thn penjara akibat menerima 5 ekor babi utk meluluskan projek sekian2...

Leenoh said...

Cerita Bunya,pasal babi gulung tu datang ilham ubah nama rasuah kepada babi, lepas tukar nama orang tidak panggil lagi rasuah tetapi orang panggil dia babi, kan orang dulu-dulu bila tak serasi dia orang tukar nama, tukar nama bukan luar biasa. kan kan kan....ya kan.

sebab di Malaysia orang Melayu tak makan babi macam Bunya cerita tu, mereka semuanya Islam tetapi mereka ambil rasuah ? ? ?.

HAIRAN YA !!!.

Wassalam.

Yanmie said...

panggil babi lg bagus..jd org x amik rahsuah dh..hehhee..klu ada yg amik jugak tak tahu lah nk kata ape lg..

Leenoh said...

Orang kita tak makan babi tapi makan rasuah, orang kita makan rasuah tapi tak makan babi.
Ayat ini berpusing-pusing kan, sebab tu kita pun jadi pening.
Sentiasalah berdoa agar anak cucu kita akan datang selamat dan sejahtera serta dipelihara Allah. Wassalam.

mohad said...

ramai orang keliru dengan rasuah..kadang kala tu ajak orang minum ..boleh di katakan rasuah juga..bergantung pada niat lah kan...

Leenoh said...

Memang betul kata ijad.
Niat penting, buat kenduri pun kalau bukan kerana Allah jadi jamuan biasa ja.
Kena ikhlas, ikhlas maknanya buat baik kerana Allah.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Babi dilihat lebih jijik.Rasuah macam kurang jijiknya.Padahal sama. Itulah pentingnya dakwah.

Begitu juga puasa dilihat tak berapa penting.Yang penting dilihatnya ialah raya.

Banyak lagi yang bergelumang dalam minda orang kita.Masih tak paham2 .

Leenoh said...

Memang betul kata Nginap srengenge,

Bila fikir cara Melayu itulah hasilnya, kalau fikir cara Islam mengikut hukum fikah dan Tauhid berulah tindakan menjadi betul.
Wassalam.