Singgah sekejap di Changkat Jering.
Menyaksikan pahlawan sedang bersaing.
Berebut perak di dalam dulang.
Poket diisi jongkong ditanggung.
Rakyat rugi tanpa untung.
Rakyat dibuat seperti dilelong.
Dulu berjanji hidup sekampung
Bahagiakah diri hidup begitu.
Sekejap ke sini sekejap ke situ.
Bermutukah diri berkelakuan begitu.
Tidak ingatkah Allah yang satu.
Kalau berhijrah biar bermutu.
Kepada Tuhan tidak bersekutu.
Atas ajaran Nabi kita bersatu.
Hidup rakyat bantu membantu.
Wang ringgit atau negeri dicintai.
Berjuang heboh satu negeri.
Betulkah telah cukup jati diri
Masalah rakyat hendak ditangani.
Iblis syaitan berpesta lagi.
Mengelirukan orang tanpa henti.
Salah benar sukar dipasti.
Antara duit atau budi.
Yang suci tetap islami.
Bahagia hidup di atas bumi..
Untuk kepastian perlu diuji.
Kerana itu budaya demokrasi.
Jangan amal budaya keji.
Nanti terhakis pahlawan berkualiti.
Kerana garam bercampur gula.
Amat sukar dibaiki semula.
Melainkan dipilih , dikira semula.
Memang banyak menghirup belanja.
Demi mengelak rangkaian bala.
Hanya itulah pilihan utama.
Untuk kembali rasa lega.
Bila telur dihujung tanduk.
Mata susah hendak mengantuk.
Takut nanti jatuk tersepuk.
Begitulah situasi hidupnya makhluk.
Bila lalai terlupa rujuk.
Kepada Pencipta sekalian makhluk.
Hidup manusia jadi kemaruk.
Semakin hari semakin teruk.
Kita bukan busuk hati.
Kepada watan kita cintai.
Hak tanggungjawab perlu sedari.
Itulah pesan kitab sunnati.
Kita bukan berpolitik parti.
Kita penganut ajaran Islami.
Berdoa dan berharap setiap hari.
Kehidupan Bersih yang diidami.
__________________________________
Ulasan Kekawan.
ditangguhkan.
Haiwan yg suka melompat ialah KATAK.Kalau kita manusia melompat macam katak, salah-salah lompat nanti masuk longkang.Longkang pula di salahkan, dia kata, kenapalah longkang tu kat depan aku.Padahal dia suka lompat, bila tempat dulu kering dia akan melompat cari tempat yang sejuk dan redup.
Entahlah manusia.....
February 5, 2009 6:17 PM
Sdr.Kuntong.
Kita disaran supaya bersatu.
Hidup majmuk bertambah mutu.
Apa akan terjadi pada bangsaku.
Kalau pemimpin banyak kelaku.
kita tiada wang, tiada kuku.
Hanya berdoa pada yang satu.
Agar kehidupan kembali bermutu.
Rakyat hidup mengikut wahyu.
Sekian. Wassalam.
February 5, 2009 7:33 PM
wallahualam,
semoga kerajaan baru lebih elok daripada kerajaan yang sebelumnya
February 5, 2009 10:35 PM
Luth Textile.
Kita rakyat sentiasa berharap tetapi sentiasa ........, Kalau langkah pertama telah tempang, langkah kedua almaklum.
February 5, 2009 11:42 PM
ustaz.
sekali terpijak arang
sepanjang jalan menapak hitam
jika lajak lebih laju
terpatah dayung perahu berkecai
February 6, 2009 8:37 AM
Cikgu.
Begitulah ujian di dunia ini.
Sesiapa pandai memilih jalan.
Dia akan selamat sampai.
Tiada di sana rasa penyesalan.
February 6, 2009 9:56 AM
punca suma ini...wang..wang..wang...
February 6, 2009 11:35 AM
Dee.
Semoga Allah memelihara kita dan keturunan kita sehingga akhirat.
February 6, 2009 12:19 PM
itu dia anak pak salleh
datang dari hujug dunia
rugi benar rakyat memilih
umpama beruk mendapat bunga
mengharap pemimpin memberi jasa
harapkan benar tersalah jua...
February 6, 2009 5:41 PM
Bunga,
Hujan turun menyorok diri.
Takut basah topi dipakai.
Salah pensil mengguris undi.
Kini terkenang nasib diri.
February 7, 2009 8:17 AM
Ayam jantan di pohon ru,
Berkokok kuat jadi kebanga'an;
Kerana hasutan menjadi keliru,
Musuh tersenyum melihat keadaan.
February 7, 2009 12:26 PM
Kerana hasutan menjadi keliru.
Itu bukan pahlawan jati.
Perlu ke sekolah untuk berguru.
Untuk menambah jati diri.
Menjadi pahlawan tangguh dulu.
Biar orang lain ganti diri.
February 7, 2009 2:47 PM