Ketika hampir tiba sambutan Hari Guru aku teringat pula suatu peristiwa yang masih terpaku kejap di dalam hatiku berlaku semasa aku bertugas di Maktab Sultan Abu Bakar .Johor Bharu. Aku memang menggarangkan diri dan beraura cenge semasa pengajaran dan pembelajaran sedang mengambil gilirannya di dalam bilik darjah. Tiada murid yang berani abaikan arahanku, niatku supaya mereka pandai , malah pandai melebihi diriku apabila mereka dewasa nanti, itulah doaku dan harapanku. Aku sedikitpun tidak berasa bersalah atas sikapku yang garang dan cenge itu kerana aku sedar bahawa guru-guru sahabatku yang lemah dalam hal mengawal murid di dalam kelas telah membiarkan antara 15 - 20% kefahaman murid berguguran di atas lantai kelas tanpa singgah di dalam minda murid.
Sedang murid-murid lain menyalin nota, tiba-tiba terdapat seorang murid sedang asyik menulis surat tanpa menghiraukan nota yang dipaparkan di atas papan tulis. Aku rasa marah padanya tetapi marahku itu tidak seperti biasa kerana aku hairan kenapa budak ini begitu berani sedangkan pada masa lain beliau tidak seperti itu.Aku fikir ketika itu tentu ada sesuatu yang mengatasi segala-galanya lantas dalam senyap dan membisu saya tarik perlahan-lahan surat yang hampir siap itu dari tangannya.
Surat itu aku bawa keluar dari kelas dan membacanya di tempat yang terlindung supaya kekawannya tidak perasan, memang tiada seorang pun yang perasan, rupanya dia sedang menjejak ibunya yang bercerai dengan bapanya yang disangka ibu kesayangannya itu berada di Muar, katanya kalau ibu terima surat ini, ibu jawablah surat ini kerana katanya alamat inipun dia dapat dari kawan kemungkinan tidak betul, kalau betul dan surat ini sampai pada ibu, ibu jawablah...rindu sangat pada ibu...bayangkan kalau anda (cikgu) membaca surat ini dan menghadapi situasi seperti ini...bukankah Allah menolong dia dan aku juga..kalau aku marah dia terlebih dahulu tentu akan menyesal seumur hidupku...dipendekkan cerita surat itu dikembalikan kepadanya setelah aku kesat air mataku untuk melindungi dari para pelajar apa yang telah berlaku padaku dan pada pelajar tersebut dan aku benarkan dia siapkan surat itu dan poskan.
Artikel cerita benar ini hanya sebagai mengenangkan kerjaya guru ditulis sepintas lalu sahaja.
Sekian.Wassalam.

6 comments:
salam pak ngah...
sedih pulak baca kisah tu....
lepas tu apa kesudahanya...
all the best to cikgu leenoh, dan murid2nya
Salam Naqeeb.
Selepas itu saya tidak mengetahui sama ada dia pos atau tidak surat itu.
Saya lebih berhati-hati dalam melayani dia supaya tidak tersinggung perasaannya kerana budak bermasalah begini perasaan mereka sangat sensitif.
Salam.
Terima kasih Mak Su.
Salam Pak Ngah,
Kenangan istimewa, sedih atau gembira, memang susah nak dilupakan..:) Selamat Hari Guru.. :)
Salam Hani.
Terima kasih atas ucapan selamat hari guru kepada Pak Ngah dan doa selamat tersebut menjadikan Pak Ngah perasan pula..rasa macam belum bersara....agaknya sebab menjadi guru di maya kot...hehe bergurau jer.
Post a Comment