Wednesday, May 26, 2010

Minuman Air Kacang Soya - Baik untuk Kesihatan..

Salam semua.

Jasri Kamid ( Pak Itam ) adalah seorang pengusaha Air Kacang Soya yang berpangalaman, setiap hari beliau bersama isterinya (Mak Itam) menyediakan air kacang soya ( Susu Kacang Soya ) untuk diedarkan kepada berpuluh-puluh restoran, kedai makan atau warung menjual makanan sebagai pelanggan tetapnya di sekitar Bandar Kluang, selain daripada itu terdapat juga pelanggan yang tidak tetap yang juga Pak Itam dan Mak Itam perlu melayani mereka.

Pada masa permulaan perniagaannya beliau menghantarnya sendiri ke restoran , kedai makan atau warung-warung menjual makanan, kini beliau telah ada pembantu khas untuk menghantar Air Kacang Soya ke destinasinya.

Mesin kisar.


Biji kacang yang belum dikisar atau diproses.


Setelah dikisar air kacang soya akan keluar melalui laluan tertera dan airnya dimasukkan ke dalam bekas.


Air tersebut dimasukkan ke dalam mesin ini dan diproses.


Ruang dalam


Paip laluan air kacang soya yang siap diproses,
kemudian dimasukkan ke dalam botol.



KACANG SOYA

Kacang soya merupakan sejenis makanan popular di Malaysia. Bijirin ini digunakan oleh penduduk tempatan sama ada untuk membuat tempe, tauhu dan kicap, juga diproses untuk mendapatkan ‘susu’nya yang berkhasiat. Pokok kacang soya yang berasal daripada spesies Glycine max dalam keluarga Leguminosae, biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu. Kacang soya mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Kandungan kolesterol yang rendah dalam makanan yang diproses daripada kacang soya membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Sementara minyak yang diproses daripada bijirin ini mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. Ia membantu peredaran darah, menghapuskan kesan-kesan keracunan makanan, meredakan demam dan bertindak sebagai penawar untuk keracunan makanan.


Maklumat dapat diperolehi dari sini:
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/monaniza.html




Telah pun siap sedia untuk dijual, disimpanan di dalam peti sejuk sebelum diedarkan.


Pak Itam menggunakan tong ini untuk diedarkan ke kedai-kedai atau restoran dan diletakkan di sana serta diambil semula apabila sampai tempohnya.


Inilah periuk dan bekas yang digunakan, sentiasa dijaga supaya berkeadaan bersih sepanjang masa termasuklah kawasan persekitarannya.


Sesiapa yang memerlukannya bolehlah menghubungi alamat yang tercatat di atas.

Sekian.Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Di mana boleh dibeli mesin kisar ini adakah ia yang lebih kecil lagi....

Leenoh said...

saya minta maaf..saya hanya melaporkan sahaja tiada maklumat tersebut.