Salam semua.
Pada hari ini mindaku masih teringat zaman kanak-kanak dahulu.Ketika itu aku dan rakan sebayaku masih bersekolah ada yang di sekolah rendah dan hanya beberapa orang telah berada di Tingkatan Satu, setiap malam kecuali malam Jumaat (Khamis Malam) kami akan pergi mengaji al.Quran di rumah bapa saudaraku atau Pak Teh. Semua anak muridnya memanggil Pak Teh dan orang kampung pun baik yang tua atau muda semuanya memanggil Pak Teh, mungkin itu suatu panggilan penghormatan sebagai menggantikan panggilan Ustaz kepada bapa saudaraku yang mengajar al.Quran secara percuma kepada kanak-kanak kampungnya.
Pak Teh bukanlah seorang yang pernah berkursus mengenai kaedah mengajar di mana-mana, beliau hanya mengajar mengikut pengalamannya semata-mata, Namun begitu budak-budak yag berusia di antara 10 - 11 tahun yang menjadi anak muridnya sudah boleh membaca al.Quran. Ini bermakna budak-budak ini masih di sekolah rendah termasuk diri saya sendiri pada ketika itu sudah mampu membaca al.Quran. sebaliknya pada zaman ini para pelajar tingkatan satu hanya sekitar 30% peratus sahaja yang menguasai tilawah al.Quran.Sebab itu di dalam artikel aku yang telah lalu aku menyatakan bahawa bukan kaedah yang menyebabkan muird-murid kini tidak dapat menguasai tilawah al.Quran tetapi jangka masa mereka bersama guru terlalu pendek dan sedikit.

Setiap petang kami akan ke rumah Pak Teh, sebelum masuk waktu Maghrib kami beramai-ramai mengangkut air dari perigi yang berdekatan untuk disi ke dalam tempayan yang diletakkan di sisi tangga untuk digunakan air itu sebagai air basuh kaki sebelum naik ke atas rumah kerana pada ketika itu berjalan dalam keadaan berkaki ayam sudah menjadi lumrah, selain daripada ketiadaan wang untuk membelinya, keadaan persekitaran pun tidak mengizinkan kami memakai kasut atau selipar sekalipun kerana keadaan tanah yang becak dan berlumpur, maklumlah kawasan sawah atau bendang sememangnya sesuia berkeadaan demikian, hanya pada musim kemarau sahaja yang sesuai untuk memakai kasud atau selipar.
Berbalik kepada kemusykilan mengenai hantu atau kumpulan lembu yang berkeliaran di kawasan sawah musim kemarau. Setelah selesai membaca al.Quran kurang lebih jam 9.30 malam ( jam 10.00 waktu sekarang kerana pada waktu itu masih Persekutuan Tanah Melayu - waktu belum di selaraskan seperti sekarang di antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur di mana Malaysia Barat waktunya dipercepatkan 30 minit supaya sama dengan Malaysia Timur ) aku pun balik ke rumah melalui batas bendang bersama beberapa orang kawan dengan bantuan lampu atau pelita minyak tanah yang diletakkan di dalam sebuah tin kecil yang diubahsuai supaya dapat diletakkan lampu minyak tanah di dalamnya, kalau ditakdir berlaku hujan turun sekali pun pelita itu masih boleh digunakan lagi, walaupun agak kurang selesa lagi.
Sesampai sahaja di rumah kami pun membasuh kaki dan naik ke rumah dan tidak mengambil masa yang lama terus mata terlelap, maklumlah ketika itu malam pun sudah beransur tua dan mata pun tidak perlu dipujuk untuk tidur kerana zaman itu kami tiada masalah yang boleh melambatkan tidur. Beberapa kawan aku itu memang sering tidur di rumah aku kerana malas meneruskan perjalanan balik ke rumah mereka kerana lokasi rumah mereka hampir 1/4km lagi, pada waktu malam jarak itu dirasakan lebih jauh pula berbanding pada waktu siang, mereka mengambil keputusan untuk menyambung perjalanan selepas subuh esok paginya.
Selepas pelita minyak tanah dipadamkan kami pun melayan hal sendiri sebelum masing-masing melelapkan mata. Diringkaskan cerita sebelum subuh aku pun terkejut jaga kerana dikejutkan oleh perutku yang sedang beragam, lagi pun sudah hampir masanya untuk aku mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah, pada masa itu masih gelap dan aku berjalan dalam keadaan permandangan ku masih samar-samar untuk ke sungai yang berhampiran dengan rumahku, aku terlihat sekumpulan lembaga hitam, kelihatan hitam kerana masih dalam cuaca samar, pada sangkaan ku lembaga itu adalah sekumpulan lembu yang berkeliaran ketika musim kemarau kerana musim kemarau lembu kerbau dilepas bebas meragut rumput atau jerami sekehendak hati mereka.
Terlintas di hatiku, kalau dibiarkan kumpulan lembu itu berkeliaran berhampiran dengan pagar halaman kami, lambat laun mereka akan masuk ke dalam kampung atau laman yang dipenuhi dengan tanaman sayur-sayuran, pisang dan lain-lain. Aku pun menghalau mereka dengan menggunakan ketul-ketul tanah keras dan membaling ke arah mereka sekuat hati, sebaik sahaja aku melepaskan balingan ketul tanah itu dengan secepat kilat kumpulan lembaga hitam tadi melarikan diri, beserta dengan bunyi yang menakjumkan, kuatnya suara itu pada sangkaanku seluruh orang kampung pada pagi itu akan terkejut jaga.
Aku juga secepat kilat berlari menyelamatkan diri, sesampai sahaja di tangga rumah aku terus menggunakan jalan pintas dengan melompat terus ke anak tangga tengah dan terus melompat lagi ke atas sehingga sampai di ruang rumah. Di sini aku dapati semua kawan-kawanku masih tidur dengan nyenayaknya, jantungku mulai berdegup kerana pada sangkaanku mereka semua telah terkejut jaga dari tidur dan terus turut terkejut bersamaku. Aku mulai berfikir dan tertanya-tanya di hati hantukah tadi, bunyi begitu kuat hanya memberi kesan kepada aku seorang diri sahaja, sambil itu aku masuk ke dapur melihat ibuku sedang memasak, tidak membuag masa aku terus sahaja bertanyakan hal itu kepada ibuku, beliau menyatakan bahawa beliau tidak mendengar apa-apa pun.
Aku semakin hairan , tidak mungkin suara begitu kuat tidak memberi kesan kepada sesiapa, aku bukan menuduh ibuku berdusta , jawapan ibuku itu dapat diterima akal kerana kawan-kawanku pun tidak terkejut jaga dari tidur pun, mereka masih tidur nyenyak, .tidak mungkin lembu mampu berlari selaju itu, malah kuda lumba pun tidak sehebat itu, sehingga saat ini kemusykilan ini belum terongkai, Hantu atau kumpulan lembu.

Dalam hidup ini memang kita sering bertemu dengan permasalahan yang tidak dapat dirongkai dan tidak berjaya mencari punca atau akar tunjang sesuatu peristiwa, kita tidak sepatutnya memerah otak untuk mencarinya kerana masalah seperti itu biarlah ianya berlalu dan pergi begitu sahaja.
Sekian....Wassalam.
No comments:
Post a Comment