Wednesday, May 19, 2010

Aku ingin mengabadikan Universiti Pengalamanku.Artikel untuk syok sendiri.1.

Salam semua.

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki,
Jalan Abdul Samad,
Johor Bharu;
Johor.
Januari 1973 - Disember 1973.

Pengalaman keguruanku bermula dengan rasminya di sekolah ini, tugas dijalankan dalam keadaan serba miskin ilmu dan pengalaman, di sinilah aku mula belajar dari kekawan sejawatku selama kurang daripada 12 bulan sebelum berpindah ke Maktab Sultan Abu Bakar.

Maktab Sultan Abu Bakar.
Jalan Sungai Chat,
Johor Bharu;
Johor.

Januari 1974 - Disember 1977.

Di sekolah ini pengalamanku bertambah dengan menghadapi tugas yang lebih mencabar apabila dilantik menjadi Guru Asrama mengawal 50 Pelajar Rancangan Khas yang didatangkan dari berbagai daerah negeri Johor, hanya dibantu oleh seorang Tukang Kebun ( Pekerja Am ) - En.Mijor bin Paiman - terima kasih Mijor. Di asrama inilah aku mulai merangkak mencari pemgalaman dan ilmu pentadbiran dan kemasyarakatan, para pelajar adalah menjadi alat ujikajiku yang paling utama, sekolah merupakan medan induk studiku yang beroperasi separuh hari setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu, selama lima tahun aku di Johor barulah aku balik ke Kedah dengan membawa sedikit ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari kedua-dua institusi tersebut.

Januari 1978 - Disember 1992.

Di sekolah ini aku mulakan langkah dengan lebih ya
kin berbanding pada masa yang telah lalu.Ungkapan dan percakapanku lebih kemas dan glokal, bahasa daerah tidak lagi aku ungkapkan semasa pengajaran berlangsung, aku tidak lagi bertanya kekawan mengenai perkara yang remeh.Aku tumpukan sepenuhnya kepada kurikulum dan ko-kurikulum.
Berbagai aktiviti aku ceburi dan juga ditugaskan oleh pihak sekolah, di sekolah ini aku umpama seorang mahasiswa yang sedang tek
un mempelajari ilmu yang disebarkan di kuliah-kuliah, dipelajarinya secara teori dan amali.
Akhirnya aku mampu mengada dan menjayakan kursus-kursus motivasi untuk para pelajar, tidak ramai di kalangan guru yang mengambil inisiatif ini maka aku mengambil peluang ini dengan mengajak kekawan bersamak
u bagi menjayakannya. Sekurang-kurangnya setiap kelas peperiksaan akan menyertai kursus ini. Kursus demi kursus, tahun demi tahun program ini dilaksanakan sehinggalah diriku mahir dan yakin dalam melaksanakan kursus-kursus tersebut.
Inilah sebenarnya universitiku, aku merasakan di sinilah aku mendapat ijazah universiti dan berilmu seperti kekawan lain yang mendapat ijazah dari universiti tempatan dan luar negara.
Lima belas tahun aku berada di universiti in
i barulah hatiku tergerak untuk berpindah ke tempat lain untuk menyebarkan pengalamanku itu. Dalam tempoh tersebut aku tidak mendapat apa-apa pun pujian dan ucapan terima kasih dari sesiapa pun kecuali anak muridku. Agaknya itulah rasanya aku terlintas hati untuk berpindah ke tempat lain yang mungkin di sana mempunyai habuan dan rezeki yang lebih baik untuk memberi perangsang kepadaku supaya berkhidmat lebih baik dan cemerlang lagi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman.
Mergong; Alor Setar;
Kedah Darul Aman.
Januari 1993 - Disember 2005
Akhirnya aku bertugas di sini.
( akan bersambung )



3 comments:

Anonymous said...

Salam...

saya x student SAB JB batch 1998....

YB said...

Salam ustaz,

Luas sungguh pengalaman, dari selatan hingga ke utara.

ManSaari said...

Assalamualaikum Saudara Md. Aki. saya setia menjejak urutan cweitamu.