Januari 1978 - Disember 1992.
Di sekolah ini aku mulakan langkah dengan lebih yakin berbanding pada masa yang telah lalu.Ungkapan dan percakapanku lebih kemas dan glokal, bahasa daerah tidak lagi aku ungkapkan semasa pengajaran berlangsung, aku tidak lagi bertanya kekawan mengenai perkara yang remeh.Aku tumpukan sepenuhnya kepada kurikulum dan ko-kurikulum.
Berbagai aktiviti aku ceburi dan juga ditugaskan oleh pihak sekolah, di sekolah ini aku umpama seorang mahasiswa yang sedang tekun mempelajari ilmu yang disebarkan di kuliah-kuliah, dipelajarinya secara teori dan amali.
Akhirnya aku mampu mengada dan menjayakan kursus-kursus motivasi untuk para pelajar, tidak ramai di kalangan guru yang mengambil inisiatif ini maka aku mengambil peluang ini dengan mengajak kekawan bersamaku bagi menjayakannya. Sekurang-kurangnya setiap kelas peperiksaan akan menyertai kursus ini. Kursus demi kursus, tahun demi tahun program ini dilaksanakan sehinggalah diriku mahir dan yakin dalam melaksanakan kursus-kursus tersebut.
Inilah sebenarnya universitiku, aku merasakan di sinilah aku mendapat ijazah universiti dan berilmu seperti kekawan lain yang mendapat ijazah dari universiti tempatan dan luar negara.
Lima belas tahun aku berada di universiti ini barulah hatiku tergerak untuk berpindah ke tempat lain untuk menyebarkan pengalamanku itu. Dalam tempoh tersebut aku tidak mendapat apa-apa pun pujian dan ucapan terima kasih dari sesiapa pun kecuali anak muridku. Agaknya itulah rasanya aku terlintas hati untuk berpindah ke tempat lain yang mungkin di sana mempunyai habuan dan rezeki yang lebih baik untuk memberi perangsang kepadaku supaya berkhidmat lebih baik dan cemerlang lagi.
Terima kasih warga SMK.Khir Johari kerana sudi memberi pengalaman dan ilmu padaku, sesungguhnya ilmu dan pengalaman itu aku tidak persia-siakan, aku sebarkan pula kepada warga SMK.Tunku Abdul Rahman sehinggalah aku tidak diperlukan lagi.
Sorotan kembali dan bersambung:

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman.
Mergong; Alor Setar;
Kedah Darul Aman.
Januari 1993 - Disember 2005
Ketika aku sampai di sini, aku lihat panoramanya tidaklah seindah seperti sekarang ini, suasananya agak muram, terdapat beberapa pagar-pagar lama kelihatan reput dan bergantungan dan anak-anak hutan kecil yang perlu dibersih dan diceriakan dan aktiviti ko.kurikulumnya juga agak muram berbanding dengan sekolah asalku.
Aku terfikir bersendirian bahawa aku akan mempunyai banyak peluang melaksanakan aktiviti di sini. Banyak aktiviti yang diabaikan itu mungkin aku dapat mengaktifkannya semula, aku melihat ini bukanlah dengan minda sehala tetapi sebaliknya aku membuat perbandingan dengan sekolah asalku. Banyak aktiviti yang dilakukan di sana tidak dilaksankan di sini.
Pada tahun pertama (1993) aku mula mengadakan Kursus Motivasi kepada para pelajar Tingkatan 6R dan 6A dengan mengajak beberapa kekawan sejawatku sama-sama melaksanakannya.Alhamdulillah aku rasa sangat mudah mendapatkan kerjasama mereka. Rupa-rupanya mereka sentiasa siap siaga untuk melaksanakan apa sahaja aktiviti sekolah asalkan ada penggerak dan dorongan serta sokongan pentadbir sekolah.
Pada era ini aku rasa Kursus Motivasi ini masih belum menjadi lumrah di sekolah-sekolah dan tidak ramai yang mempunyai kemahiran tersebut. Pada tahun pertama aku tidak menjemput pengetua untuk memberi ucapan. Aku sekadar berpuas hati mendapatkan persetujuan dan meluluskan sedikit kewangan yang diperlukan untuk mengendalikan kursus tersebut dan Pada tahun tersebut juga aku mengajak kekawan sepanitia melaksanakan amali solat untuk para pelajar Islam, di mana pada ketika itu amalan yang digunapakai tidak menepati kehendak sukatan atau kurikulum.
Pada tahun berikutnya aku adakan lebih kerap di mana ianya meliputi kelas-kelas peperiksaan iaitu Tingkatan 3, 5 dan 6, selain daripada kursus motivasi diadakan juga Kursus Peningkatan Sahsiah Pelajar Islam. semakin lama semakin meluas jangkauannya dan menyeluruh.Bagi kelas-kelas peperiksaan pengetua dijemput untuk memberi ucapan utamanya atau sekurang-kurangnya penolong kanan.
Beberapa tahun kemudian pihak Jabatan Pendidikan mengarahkan semua sekolah hendaklah mengadakan kursus motivasi dan guru-guru kaunselor mulai mengambil tempat mengendalikan kursus-kursus seperti ini setelah mereka dilantik kejawatan tersebut.
Selain daripada itu aku juga mencadangkan kepada pengetua supaya diadakan Majlis Serah Anak dan Mengadap Guru untuk pelajar Islam Tingkatan Satu bertujuan menyebarkan dan menyedarkan para waris betapa pentingnya disiplin dan kerjasama yang erat di antara guru dan waris.
Pada tahun berikutnya sebuah surau telah didirikan atas sumbangan seorang dermawan, pihak sekolah menerima tanpa memberi apa-apa syarat, oleh itu surau itu pun didirikan , tertegak dan tersergamlah ia di suatu lokasi yang amat strategik dan sesuai.Kelihatan cantik dan berkenan di hati jika dilihat dari jarak dekat, berlebih lagi dari jarak jauh.Namun demikian ianya terdapat juga suatu kekurangan pada dirinya. Ruang solat disediakan di tingkat atas dengan meyediakan kemudahan satu tangga sahaja, keadaan ini menjadi masalah apabila ruang tersebut digunakan oleh jamaah lelaki dan perempuan, adalah lebih sesuia kalau disediakan dua laluan untuk ke ruang solat tetapi keadaan binaan itu tidak boleh lagi diubahsuai di tingkat atas itu. Saya mencadang kepada pengetua yang berkhidmat pada ketika itu untuk diubahsuai. Cadangan saya tidak dilayan malah katanya tidak elok diubahsuai kerana bangunan itu adalah sumbangan orang tertentu kepada sekolah. Berlainan dengan pendapat aku. Pada pendapat aku kalau kita dihadiahkan dengan sehelai baju tetapi baju itu agak ketat dan tidak selesa dipakai kita perlulah pergi mengubahsuainya supaya penggunaannya menjadi lebih baik. Maka aku terpaksalah menunggu sehingga pengetua yang lain datang untuk dibuat cadangan kepada beliau semula mengenai hal ini.
Dipendekkan cerita pengetua ditukarkan ke tempat lain kerana kenaikan pangkat dan datang pengetua yang baru.Aku tidak membuang masa mengemukakan cadangan ini kepada beliau, setelah mendengar alasan untuk mengubahsuai itu beliau pun bersetuju dan membenarkan aku membuat tindakan susulan.
Aku pun merangka suatu Jawatankuasa Pembinaan Surau ( Tambahan ) yang dipengerusikan oleh Pengerusi PIBG sekolah dan aku sendiri menjadi Naib Pengerusi dan anggota lainnya terdiri daripada AJK.PIBG dan guru-guru, walaupun ramai ahli jawatankuasanya tetapi aku terpaksa menjadi penggerak utamanya untuk memastikan projek ini berjalan lancar dan berjaya.
Selepas jawatankuasa dibentuk dan dipersetujui oleh pengetua maka mulailah aku menjemput ke mesyuarat untuk membincangkan agenda pengubahsuaian surau itu.Setelah dibuat keputusan dan minit pun dicatatkan.Mesyuarat bersetuju untuk melancarkan kutipan derma daripada masyarakat umum dengan kebenaran Jabatan Agama Islam, setelah mendapat kebenaran pelancaran derma pun dimulakan dan semua peraturan dipatuhi. Akhirnya wang kutipan pun terkumpul termasuk derma dalaman yang sangat memberangsangkan. kerjasama yang perolehi dari guru-guru juga di luar jangkaan, sambutan dan kerjasama yang sangat memuaskan.
Akhirnya aku bertugas di sini.
( akan bersambung )

No comments:
Post a Comment