Sorotan kembali dan kisahnya disambung:
Pada tahun berikutnya sebuah surau telah didirikan atas sumbangan seorang dermawan, pihak sekolah menerima tanpa memberi apa-apa syarat, oleh itu surau itu pun didirikan , tertegak dan tersergamlah ia di suatu lokasi yang amat strategik dan sesuai.Kelihatan cantik dan berkenan di hati jika dilihat dari jarak dekat, berlebih lagi dari jarak jauh.Namun demikian ianya terdapat juga suatu kekurangan pada dirinya. Ruang solat disediakan di tingkat atas dengan meyediakan kemudahan satu tangga sahaja, keadaan ini menjadi masalah apabila ruang tersebut digunakan oleh jamaah lelaki dan perempuan, adalah lebih sesuai kalau disediakan dua laluan untuk ke ruang solat tetapi keadaan binaan itu tidak boleh lagi diubahsuai di tingkat atas itu. Saya mencadang kepada pengetua yang berkhidmat pada ketika itu untuk diubahsuai.
Cadangan saya tidak dilayan malah katanya tidak elok diubahsuai kerana bangunan itu adalah sumbangan orang tertentu kepada sekolah. Berlainan dengan pendapat aku. Pada pendapat aku kalau kita dihadiahkan dengan sehelai baju tetapi baju itu agak ketat dan tidak selesa dipakai kita perlulah pergi mengubahsuainya supaya penggunaannya menjadi lebih baik. Maka aku terpaksalah menunggu sehingga pengetua yang lain datang untuk dibuat cadangan kepada beliau semula mengenai hal ini.
Dipendekkan cerita pengetua ditukarkan ke tempat lain kerana kenaikan pangkat dan datang pengetua yang baru.Aku tidak membuang masa mengemukakan cadangan ini kepada beliau, setelah mendengar alasan untuk mengubahsuai itu beliau pun bersetuju dan membenarkan aku membuat tindakan susulan.
Aku pun merangka suatu Jawatankuasa Pembinaan Surau ( Tambahan ) yang dipengerusikan oleh Pengerusi PIBG sekolah dan aku sendiri menjadi Naib Pengerusi dan anggota lainnya terdiri daripada AJK.PIBG dan guru-guru, walaupun ramai ahli jawatankuasanya tetapi aku terpaksa menjadi penggerak utamanya untuk memastikan projek ini berjalan lancar dan berjaya.
Selepas jawatankuasa dibentuk dan dipersetujui oleh pengetua maka mulailah aku menjemput ke mesyuarat untuk membincangkan agenda pengubahsuaian surau itu.Setelah dibuat keputusan dan minit pun dicatatkan.Mesyuarat bersetuju untuk melancarkan kutipan derma daripada masyarakat umum dengan kebenaran Jabatan Agama Islam, setelah mendapat kebenaran pelancaran derma pun dimulakan dan semua peraturan dipatuhi. Akhirnya wang kutipan pun terkumpul termasuk derma dalaman yang sangat memberangsangkan. kerjasama yang diperolehi dari guru-guru juga di luar jangkaan, sambutan dan kerjasama sangat memuaskan.
Akhirnya setelah setahun lebih barulah bangunan surau itu berjaya diubahsuai menjadi sebuah Makmal Pendidikan Islam STAR di mana dua ruang dijadikan bilik darjah atau ruang pengajaran dan pembelajaran dan dua ruang untuk solat (lelaki/perempuan) , ruang khas untuk imam disediakan di tingkat bawah. Ruang solat juga boleh dijadikan ruang pengajaran dan pembelajaran sekiranya pengajaran tersebut tidak memerlukan catatan ( amali ). 80 kerusi disediakan untuk digunakan oleh pelajar di ruang pengajaran dan pembelajaran. Apabila sampai waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam para pelajar akan bergerak ke makmal ini dan guru bersiap sedia menunggu mereka di makmal.
Walaupun kecil sahaja jasaku tetapi aku sangat bersyukur kepada Allah, bagiku ianya sangat besar artinya kerana pada hematku besar dari segi manfaatnya.
Walaupun kecil sahaja jasaku tetapi aku sangat bersyukur kepada Allah, bagiku ianya sangat besar artinya kerana pada hematku besar dari segi manfaatnya.
Menara jam disediakan bersebelahan dengan surau kerana lokasinya sangat sesuai berbanding dengan tempat lain, di antara tujuan diadakan menara ini ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai pengurusan masa terutamanya ketika hendak ke sekolah dan juga semasa berada di sekolah, di persekitarannya diceriakan supaya kelihatan menarik, aku diminta oleh Pn.Hjh.Kartini bt Zakaria ( pengetua ) untuk menamakan laman menara jam tersebut, akhirnya aku bersetuju menamakan Laman Al.Hidayah sesuai dengan keadaannya berada di sisi surau, Aku diminta berdemikian kerana menara tersebut hasil cadangan dan permintaan terakhir aku di sekolah sebelum bersara.( Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Pn.Hjh.Kartini ).
Aku hanya mencadangkan secara teori menara jam tersebut, rupa paras yang kita lihat sekarang yang sendiri pun tidak mengetahu siapakah merealisasikannya menjadi objek yang amat aku disukai, sesiapa yang membaca artikel ini dan mengetahui rahsianya aku harap beliau dapat memberi sedikit ulasan ringkas diruang yang disediakan di bawah ini.Akhirnya buat sekian lama aku bertugas di dalam makmal ini
bersama rakan sejawatku.
( akan bersambung insya Allah )
Aku hanya mencadangkan secara teori menara jam tersebut, rupa paras yang kita lihat sekarang yang sendiri pun tidak mengetahu siapakah merealisasikannya menjadi objek yang amat aku disukai, sesiapa yang membaca artikel ini dan mengetahui rahsianya aku harap beliau dapat memberi sedikit ulasan ringkas diruang yang disediakan di bawah ini.Akhirnya buat sekian lama aku bertugas di dalam makmal ini
bersama rakan sejawatku.
( akan bersambung insya Allah )
No comments:
Post a Comment