Friday, May 28, 2010

Majlis Khenduri Kahwin yang mendapat berkat.

Salam semua.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat
sila hubungi En.Zakri..0194786047.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Pagi ini saya teringin menukilkan secara ringkas renungan berkaitan dengan khenduri kahwin yang dimuatkan dengan berbagai program dan aturcara di dalamnya.Pada pemerhatian say
a terdapat juga majlis khenduri kahwin atau walimatul urus yang diadakan tidak merujuk kepada ajaran Islam yang berpaksikan dengan ilmu Tauhid dan Fiqah.
Sudah tentu masih ada majlis yang merujuk dan mengambil berat mengenainya,mereka ini tidak perlu dibimbangkan kerana telah berada di atas landasan yang betul.

Di dalam Tauhid dan Fiqah dianjurkan supaya di dalam sesuatu majlis yang diadakan hendak sifar aktiviti yang melanggar syariat Allah. Di antara program dan aturcara majlis perkahwinan pada asasnya iala
h:
- Meminang.
- Bertunang.
- Akad Nikah.

- Khenduri.
semua perkara tersebut masih diamalkan dengan baik tanpa meninggalkan atau mengabaikannya.Tetapi terdapat juga perlanggaran dan pencemaran hukum ketika perlaksanaan dan merealisasikan aturcaranya.

- Majlis Pertunangan. .
Majlis ini biasanya dicemari dengan pembaziran ata
u mempamerkan keakuan diri, ketokohan atau status keluarga.

- Majlis Akad Nikah.
Majlis Akad Nikah yang diadakan di masjid biasanya berlaku pengabaian terhadap galakan menghormati masjid, terdapat di kalangan tetamu yang hadir tidak bersolat menghormati masjid ( Tahiyatul masjid ) termasuk pengantin perempuan kerana terhalang dengan pakaian khas dan perhiasan y
ang sedang dipakai.Lazimnya Mak Andam yang berkhidmat bukanlah terdiri dari mereka yang peka sangat dengan hal-hal seperti itu.

- Majlis Khenduri Kahwin.
Nabi Muhammad.s.a.w. sangat mengambil berat tentang perkara ini kerana khenduri itu suatu cara mengisytiharkan kepada masyarakat tentang pernikahan atau perkahwinan kedua-dua mempelai tersebut.N
abi menyarankan buatlah khenduri kahwin walaupun sekadar menyembelih seekor kambing untuk dijamukan kepada tetamu, tetapi, apa yang berlaku pada zaman kini aturcara khenduri kahwin telah banyak tersasul dengan berbagai acara selingan yang mampu menghalau keberkatan kepadan pasangan pengantin, sebaliknya mengundang iblis dan syaitan untuk memporak-perandakan ikatan perkahwinan pada masa akan datang, menjadikan jodoh mereka tidak berpanjangan.
______________________________

KADAR PERCERAIAN IKATAN PERKAHWINAN MASA KINI MENINGKAT .
Suatu renungan perlu diaktifkan.
Perkahwinan itu ibarat mendirikan masjid. Apakah aturcara yang sesuai untuk mendirikan sebuah masjid ?.

__________________________
_____

- Aturcara yang lazim terdapat di majlis khenduri kahwin pada masa kini, mungkin di antaranya dapat kita senaraikan seperti berikut:

- Malam himpunan ahli keluarga - dan berinai pengantin (jika pengantin perempuan).
- majlis Khatam al.Quran/bertahlil / Marhaban.
- Jamuan.
- ( Biasanya majlis ini diadakan pada waktu malam ).
- Jamuan khenduri - mulai jam 12.00 t.hari.
- Mungkin diiringi dengan....
. Pertunjukan silat.
. Nyanyian dan tarian.( lelaki dan perempuan bergandingan ).
Aturcara tersebut adalah yang tersurat dan nyata kepada semua yang hadir, mungkin di sana terdapat juga upacara tertentu yang berkaitan dengan amalan tradisi keluarga yang dilarang oleh syariat Islam dan diamalkan di balik tabir.

Adakah terdapat di sana acara yang seolah-olah menyindir Allah Taala, kalau ada mungkinkah doa beramai-ramai yang telah diminta itu mempunyai peluang untuk dimakbulkan Allah.

Pada hemat saya majlis khenduri kahwin seperti di atas perlu disemak semula dan difikirkan semula serta membuat suatu tapisan untuk mengabaikan aturcara yang tidak sesuai dengan majlis perkahwin yang mengharapkan keberkatan, kemudian buatlah anjakan ke arah suatu pakej yang baru dan diberkati Allah.Sekiranya kita usahakan insya Allah kita akan memperolehi dan dapat mewujudkan Majlis Khenduri Kahwin yang mendapat berkat.

Hanya pada hematku.

Hantaran Majlis Pertunangan.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Rabu, 2010 Mei 26.

Nukilan Cik.Nurhani Salwa.

Diari -Mengapa aku diuji ? ( untuk sambung baca klik di sini )

Salam semua,
Kita sering bertanya mengapa kita sering diuji. Mengapa bukan orang lain? Mengapa rasa kecewa dan sedih? Dan pelbagai persoalan yang berlegar di benak otak kita apabila kita diuji. Akhirnya, saya temui jawapannya dalam satu email di dalam inbox saya. Rupanya jawapan-jawapannya semua sudah ada jawapannya di dalam perlembagaan umat Islam iaitu Al-Quran.
KITA BERTANYA AL-QURAN MENJAWAB.

( untuk sambung baca klik di sini )



@@@@@@@@@@@@@@@


Sekian.Wallahu aklam.














No comments: