Thursday, May 27, 2010

Nasi Lemak Daun Lemuni.

Salam semua.

Pagi ini saya teringin nak makan Nasi Lemak Daun Lemuni yang sering saya menikmatinya di Pasar Basah Bukit Gelugur. Pulau Pinang. Lokasi pasar ini adalah di Taman Tun Saadon tidak berapa jauh dari Universiti Sains Malaysia (USM), biasanya dijual pada waktu pagi. Ramai yang berkemahiran memasak nasi lemuni ini tetapi rasa keenakannya tidak sama sebab itulah saya sering ingat nak makan yang dihasilkan oleh penjual nasi lemak di pasar tersebut. Nasi dan sambalnya memang amat sesuai dan serasi, harganya pun berpatutan. Nantilah kalau saya ke sana saya akan usaha dapatkannya.

_________________________________________

LEMUNI HITAM ( Vitex trifolia )

Tumbuhan ini merupakan pohon yang rendang dengan ketinggian satu hingga tiga meter. Daunnya jenis kompaun bercabang tiga dan ketika muda berwarna biru kehitaman dan apabila matang berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Lemuni mempunyai bunga yang bersaiz kecil.

Khasiat dan nilai-nilai perubatan dalam Lemuni.

Analisis kimia menunjukkan ia mengandungi x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini.

Di kalangan masyarakat Melayu, daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan.

Manakala biji lemuni pula boleh dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap dan luka-luka di celah kaki.

(Tip ini dipetik dari.http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azmah.htm)
_________________________
_______________

Sekian....Wallahu aklam.

No comments: