Menara jam disediakan bersebelahan dengan surau kerana lokasinya sangat sesuai berbanding dengan tempat lain, di antara tujuan diadakan menara ini ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai pengurusan masa terutamanya ketika hendak ke sekolah dan juga semasa berada di sekolah, di persekitarannya diceriakan supaya kelihatan menarik, aku diminta oleh Pn.Hjh.Kartini bt Zakaria ( pengetua ) untuk menamakan laman menara jam tersebut, akhirnya aku bersetuju menamakan Laman Al.Hidayah sesuai dengan keadaannya berada di sisi surau, Aku diminta berdemikian kerana menara tersebut hasil cadangan dan permintaan terakhir aku di sekolah sebelum bersara.( Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Pn.Hjh.Kartini ).
Aku hanya mencadangkan secara teori mengenai menara jam tersebut, rupa paras yang kita lihat sekarang yang sendiri pun tidak mengetahu siapakah merealisasikannya menjadi objek yang amat aku disukai, sesiapa yang membaca artikel ini dan mengetahui rahsianya aku harap beliau dapat memberi sedikit ulasan ringkas diruang yang disediakan di bawah ini.Akhirnya buat sekian lama aku bertugas di dalam makmal ini
bersama rakan sejawatku.
Semasa aku bertugas di sini juga aku terlibat secara cergas dalam aktiviti Silat Seni Gayung sebagai Guru Penasihat, latihan silat diadakan pada setiap pagi Jumaat keran pada masa itulah sahaja Jurulatih berlapang masa untuk hadir melatih para pelajar, setiap kali diadakan latihan guru penasihat perlu ada bersama para pelajar untuk menjaga kebajikan mereka, pada hari Sabtu pula diadakan aktiviti ko.kurikulum yang lain pernah berlaku aku terpaksa ke sekolah setiap hari dalam masa sebulan, bermakna empat kali Jumaat dan empat kali Sabtu berturut-turut aku ke sekoah kerana terlibat dengan kegiatan atau aktiviti luar bilik darjah selain hari-hari biasa. Aku tidak sepatutnya cerita hal ini kerana seolah-olah masuk bakal angkat sendiri.tetapi. disebabkan diawal kisah ini telah dicatatkan sebagai Artikel Syok Sendiri, maka aku ceritakan juga perkara ini kepada anda.
Terima kasih SMk.Aminudin Baki.JB, Maktab Sultan Abu Bakar. JB dan SMK.Khir Johari .Sg.Petani kerana andalah memberi ilmu dan pengalamn kepadaku sehingga aku mampu berbakti kepada SMK.Tunku Abdul Rahman dan lain-lain.Kepada SMK.Tunku Abdul Rahman aku berterima kasih tidak terhingga kerana bukan sahaja engkau memberi ilmu dan juga pengalaman padaku , malah memberi nilai prestasi yang amat baik padaku sehingga dapat melonjakkan pendapatanku beberapa kali selama aku berada di sisimu. Selaku guru yang kecil dan kerdil kedudukannya, itulah sahaja kemampuan dan harapan.
( akan bersambung insya Allah )

4 comments:
salam pak ngah...
whoaaa mmg membangkit nostalgia... hmmmm.... hebat...!
Salam Naqeeb.
Tidak sehebat mana pun cuma gambarannya sahaja yang hebat.
Nostalgianya memanglah menyentuh hati.
Salam Ustaz Leenoh,
Mohon saya mengimbas kembali peristiwa di satu ketika semasa perhimpunan di dewan Maktab Sultan Abu Bakar atau English College Johor Bahru, ... Di Dewan Perhimpunan seperti biasa yang mana Guru2 bersama Guru Besar sekolah di atas pentas termasuk Ustaz Leenoh sedang berdiri. Murid murid berbaris ikut barisan masing2.. saya pada ketika itu juga sama2 berdiri berbaris..tiba2 saya nampak Ustaz Leenoh melenting dan meloncat dari atas dewan pentas terpa kebawah dengan sekelip mata sudah berada di tempat di mana seorang murid yang hendak pitam dan pengsan. Sebelum murid tersebut jatuh dengan ketangkasan Ustaz Leenoh berjaya menyambut murid tersebuh dari jatuh ke lantai dewan... Inilah peristiwa yang masih saya ingat lagi sehingga ke hari ini...Allahuakbar.
Salam Shahar.
Terima kasih kerana masih berminat membaca nukilan saya dan memberi respon, situasi ini juga memberi motivasi untuk saya terus menulis.Saya sangat suka dengan respon anda ini.
Siapakah murid itu Shahar, masih ingatkah nama dia?.
Post a Comment