Salam semua.
Keinginan di hati untuk menulis mauduk ini terasa beberapa minggu yang telah lalu tetapi ideanya datang secara berkecamuk dan tidak tersusun. maka keinginan itu ditangguhkan sehingga ke saat ini.Tajuk yang dipilih ialah "Objektif membuka Facebook", telah dinukilkan dua tajuk mengenai isu ini dalam bentuk puisi, mengarang puisi mungkin lebih senang kerana menukil apa yang terlintas sahaja iaitu lebih banyak kepada idea yang datang spontan, sukar pihak lain hendak mengkritik kerana tafsiran boleh ditafsirkan berbagai versi mengikut kefahaman masing-masing.
Okjektif Membuka Facebook.
Sebelum kita membuka Facebook atau ketika kita berkira-kira hendak membukanya sudah tentulah kita telah menentukan okjektif atau matlamatnya, tidak mungkin kita membuat sesuatu tanpa tujuan dan matlamatnya.Contohnya seseorang yang memiliki senjata tentulah ada tujuan tertentu, mungkin untuk mempertahankan diri atau sebagai alat memburu atau mungkin juga untuk tujuan merompak.Kita boleh gariskan demikian kerana senjata memang boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan, terpulang kepada pengguna tersebut, demikianlah juga Facebook ini berupaya menjadi alat untuk menjana kebaikan dan sebaliknya.
Pada hemat saya.
Seharusnya kita menggariskan objektif dan matlamatnya, sekurang-kurangnya biarkan ianya tersemat di dalam hati mereka yang membangunkan dan membuka laman Facebook ini.Rasanya inilah cara yang lebih matang dan berktrampilan.
Mungkin objektif dan tujuan yang sesuai Facebook dibuka adalah seperti berikut:
(1) Menyebarkan kebaikan dan mencegah kejahatan kepada khalayak umum.
(2) Menjadikannya medan berintraksi dan membina hubungan silaturrahim seantaro dunia.
(3) Memanfaatkannya sebagai alat berkomunikasi.
(4) Menyebarkan berita perniagaan atau menjadikannya ruang iklan.
(5) Mendapatkan berbagai ilmu pengetahuan dan maklumat.
(6) Mendapatkan hiburan yang sederhana dan bermanfaat.
Dan banyak lagi yang dapat digariskan.bukan sahaja untuk Facebook tetapi juga untuk laman-laman yang lain.
Melakukan sesuatu kerja tanpa okjektif dan tujuan akan mendorong kita membuat sesuatu yang sia-sia.
Sekian...Wallahu aklam...Wassalam.
No comments:
Post a Comment