Monday, May 3, 2010

Hari Ulangtahun Kelahiran - Siapakah yang patut diraikan ?

Salam semua.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat sila hubungi En.Zakri..0194786047.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Meraikan Hari Kelahiran.

Sejak beberapa hari yang lepas aku telah menyorokkan tarikh lahirku yang tertulis di dalam profil di laman Facebookku kerana semata-mata ingin meneruskan tradisi yang aku amalkan sejak dahulu lagi, mungkin dianggap kolot oleh sesetengah pihak iaitu tidak pernah meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran seperti kebanyakan orang lain. Aku yakin pada doa sendiri dan kekawan yang diungkap dan diamalkan pada setiap hari. Aku sering sebak bila mendengar ramai mengucapkan tahniah pada diriku pada hari ulangtahun kelahiranku, aku rasa seolah-olah aku melupai ibuku dan bapaku, mungkin itu adalah suatu kelainan yang bersemadi di dalam diriku

Tahniah pada ibu.
Perkara yang paling utama pada hari lahir yang aku ingin tonjolkannya ialah pengorbanan ibu yang tiada tolok bandingnya pada hari tersebut, betapa susah dan peritnya ibu pada ketika melahirkan kita, situasinya di antara hidup atau mati, tetapi kita sering melupai mereka tanpa bunga dan tahniah yang diterima mereka pada Majlis Hari Ulangtahun Kelahiran.

Aku cuba praktikkan konsep pada hari ulangtahun kelahiran ini dengan mengutamakan ibu dan bapa, sekurang-kurangnya bersedekah untuk kebaikan mereka berdua. Slogan "Aku adalah Aku" akan aku teruskan. Aku akan fokus dan memberi keutamaan pada ibu bapa pada hari tersebut, aku akan menjana mindaku supaya memikirkan kebaikan untuk mereka berdua.

Aku sentiasa memikirkan betapa susahnya ibuku berjuang ketika melahirkan aku,aku bayangkan betapa banyaknya darah mengalir keluar dari badan ibuku dan membasahi tubuhku dan lantai tempat aku dilahirkan. selepas itu aku dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Aku disusui tanpa diabaikan sama ada dalam keadaan ibuku ceria atau gusar dengan kehidupannya pada ketika itu.

Aku faham bahawa terdapat ramai yang tidak bersetuju dengan sikap aku ini kerana kebiasaan mereka menyambut ulangtahun hari lahir ini dengan menyediakan jamuan dan menjemput kawan-kawan datang ke rumah untuk meraikannya sama ada untuk diri sendiri atau hari ulangtahun kelahiran anak. Pada awal tadi telah aku katakan bahawa " Aku Adalah Aku ", biarlah pendirian itu terus berlaku pada diriku.



Sekian.Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Salam leenoh,
Memang betul hang kata,ana setuju seratus peratus.Ramai yang lupa siapa yang melahirkannya dengan susah payah,berkorban nyawa.Kadang2 mereka berparti dengan kawan rakan tetapi lupa kepada kedua ibubapa dan yang lebih teruk lagi berseronok sehingga lupa kepada ALLAH yang menjadikannya dan memeliharanya sejak dari dalam perut ibunya lagi.Semoga dengan paparan anda yang advance ini dapat menyedarkan ramai orang terlalau ghairah menyambut harijadinya dalam masa yang sama melupai kedua ibubapa.Wahai rakan2 marilah kita terapkan rasa kesedaran pengorbanan ibu kepada anak2 kita kiranya kita menyambut hari lahir kita atau anak2 kita supaya mereka sedar SIAPA KITA SEBENARNYA TANPA IBUBAPA DAN ALLAH PENCIPTA DAN RABNYA,dengan tidak sia2lah kita menyambutnya. AMIN!!!! (arba)

Leenoh said...

Salam Sdr.Arba.

Terima kasih kerana memberi ulasan yang memberi pengukuhan kepada artikel ini.