Wednesday, August 12, 2009

Sungguh hebat tarikan Ramadan.


Salam Semua.

Belum Ramadan kita dah puasa sidikit-sidikt, Belum Syawal kita dah Raya sidikit-sidikit.

Demikianlah entri kali ini. Dikatakan demikian kerana sememangnya sebelum kehadiran bulan Ramadan ada di antara kita berpuasa sunat, berpuasa sunat Syaaban atau berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis atau berpuasa setiap kali tengah bulan ( Bulan putih ).

Manakala belum menjelang 1hb.Syawal kita juga beraya sedikit-sedikit, iaitu melakukan kegiatan yang menyentuh aroma Hari Raya seperti melakukan kegiatan membeli-belah persediaan untuk Hari Raya, kelihatan peniaga-peniaga telah memulakan jualan pakaian untuk Hari Raya dan buah kurma untuk persediaan berbuka puasa. Kaum muslimin telah mula membeli atau menempah pakaian raya anak-anak atau untuk diri sendiri. Suasana puasa dan raya telah bercampuraduk. Kedua-dua aromanya telah mempamerkan diri di khalayak.

Begitulah istimewanya kefarduaan puasa ini terhadap orang Islam. Betapa ianya ditunggu-tunggu dengan penuh kemanisan iman dan ketaqwaan kepada Allah Taala. Mengharapkan pahalanya yang berganda, mengharapkan Lailatul Qadr ( Malam Qadar ) dapat ditemui secara yang pasti dan yakin, agar ibadatnya bernilai 83.333 tahun hanya untuk malam tersebut dan belum dikira hari-hari yang lain, mengharapkan rahmat dan keampunan, mengharapkan sihat tubuh badan, Ramadan penuh dengan harapan bagi mereka yang beriman dan bertaqwa.

Khutbah Jumaat akhir Syaaban akan memohon agar dipanjangkan umur supaya berkesempatan berpuasa pada bulan Ramadan yang sangat hampir ketibaannya. Berbagai pengumuman dilaungkan melalui siaraya supaya bersedekah membantu masjid untuk membiayai kegiatan di sepanjang bulan Ramadan, maka berpusu-pusulah mukminiin dan mukminaat bersedekah tanpa kedekut dan bakhil kepada tabung masjid. Masya Allah - rasa puasnya di hati apabila menghulurkan sedekah itu. Begitulah kuatnya tarikan Ramadan, setiap hari mereka menyemak Kalender Hijrah untuk mengetahui jumlah hari yang terbaki di dalam Syaaban.

Ada yang berazam mengikut hajat masing-masing. Kata mereka; Inilah Ramadan yang aku nanti-nantikan untuk berhenti merokok, inilah Ramadan yang aku akan dapat mengecilkan perut yang jauh tertunjol ke hadapan. Bukan aku puasa kerana itu tetapi aku mengharapkan hikmah di samping ibadatku pada Allah, aku hanya mengharap faedah di sampingnya sahaja bukan matlamatku, matlamatku adalah berpuasa kerana Allah, berpuasa kerana patuh perintah Allah. Demikianlah bisikan di antara mereka yang menunggu dan menanti kehadiran Ramadan.

Masya Allah, Sungguh hebat tarikan Ramadan.



Klik: Nak tahu Hukum Najis Ikan & Perut Ikan
(Termasuk Najis (tahi) Ikan Bilis)



Sekian.Wassalam.

10 comments:

singamaraja said...

Ahlan Wa Sahlan

Sebab itu di katakan RAMADHAN AL MUBARAK

Dee said...

inilah ramadhan yg kunanti2kan..leh gi terawih..harap2 penuh tahun ni..tp adat org pompuanlah kalo tinggal2 tu..hehehe..

Leenoh said...

Salam.
Ya. tepat sekali. syukran.

Leenoh said...

Salam Dee.
Sebab itu lepas raya ramai orang prmpuan berpuasa ...sunat ke. wajib ke entah. apapun tahniah krn berpuasa.

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Berterawih di masjid negeri memang meriah dan best.rasa macam di masjidil haram. Nak parking pun susah.Tak kisah la buat di mana, yang penting kita imarahkan sepenuhnya Ramadhan yang penuh keberkatan. Selamat menyambut Ramadhan AL-Mubarak!

Leenoh said...

Salam Hani.
Insya Allah Pak Ngah pun sekali sekali akan ke sana. sekarangpun kekadang ke situ gak.
Di mana selesa di situlah Pak Ngah akan pergi krn maklumlah bulan Ramadan ini agak panas cuacanya, Rasanya kalau di masjid negeri ok sbb ruangnya lapang walaupun ramai orang masih ok.
Semoga Allah beri kita kesihatan dengan itu dapat mengerjakan ibadat puasa dengan sempurna.

Nl said...

salam pak Ngah..

kat kedai2 dan pasaraya dah penuh jual kurma huhuhu... terliur tgk kurma2 yang mahal harga nya...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Kurma Pak Ngah yang setandan tu, ambillah.... buat berbuka puasa nanti...nmpaknya baru mengkai.
Agaknya tak sampai tangan, kalau gitu tunggu masak la, nanti dia jatuh...hahaha.

pecinta_Islam said...

cam best jerk tngk buah kurma tu..hmm..x sbr menanti ramadhan kunjung tiba.huhu

Leenoh said...

Salam syahbandar87.
Memang sedap tapi kalau masak lagi sedap.