Monday, May 17, 2010

Pakatan Rakyat Menang di Sibu - DAP perlu membuat pendekatan berhikmah.

Salam semua.

Pilihan Raya Kecil di Sibu.Sarawak tidak menarik minat saya untuk mengikuti dan menjejak perkembangannya sebelum hari mengundi seperti Pilihan Raya lain pada masa yang telah lalu. Sebaliknya hanya mengambil keputusan menunggu pengumuman keputusan selepas hari mengundi, kini keputusannya telah diketahui umum. Pakatan Rakyat yang diwakili DAP diisytiharkan menang.

Kini DAP mempunyai jumlah kerusi terbanyak berbanding dengan PAS dan Keadilan Rakyat bagi pihak Pakatan Pembangkang, mengikut congak dan matematik DAP paling layak untuk menduduki kerusi Ketua Pembangkang. Menguruskan politik bukan seperti menguruskan matematik tetapi, sebenarnya ianya memerlukan pertimbangan dan keputusan yang boleh menghasilkan kemenangan yang berterusan seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional di Pulau Pinang pada suatu ketika dahulu. Demi kemenangan BN berterusan UMNO sanggup memberikan kerusi Ketua Menteri kepada Parti Gerakan dan tindakan tersebut berhasil buat beberapa lama.

Dalam hal ini DAP nampaknya perlulah meniru dengan bijak terhadap sejarah tersebut tanpa membuang masa untuk mencari helah yang lain. Sekiranya mereka mahu kemenangan berterusan mereka terpaksa mengekalkan Datuk Sri Anwar Ibrahim berada di atas kerusi Ketua Pembangkang kerana sahsiah Anwar diterima oleh semua pihak buat masa ini.Pendekatan ini rasanya suatu pendekatan berhikmah.

Pada hemat saya inilah yang akan berlaku, sekiranya berlaku sebaliknya iaitu membuat anjakan atau pengisian baru bagi jawatan Ketua Pembangkang , mungkin sukar bagi Pakatan Rakyat untuk meniti ke Putrajaya.

Artikel politik pertama untuk laman ini.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat sila hubungi En.Zakri..0194786047.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$





4 comments:

Unknown said...

Salam ziarah...

Pak Long rasa Kit Siang mesti setuju, dia tau dan tak akan cari sakit punya...

Leenoh said...

Waalaikumussalam Pak Long.

Pak Long ...ini adalah artikal petama sebagai pemerhati politik.

Jangan percaya sangat Nujum Pak Belalang ni.

Unknown said...

Pak Long tau, Pak Long dok ikut blog tuan, ni yang buat Pak Long terkejut ni... hihi...

Leenoh said...

Salam Pak Long.

Pak Long janganlah terkejut. Pak Ngah pun tau pendirian Pak Long tetapi Pak Ngah ni penakut sikit tak boleh jadi orang politik.
Pak Ngah ni hanya layak jadi pemerhati ja...hehehe.