Monday, May 17, 2010

Pernahkah anda berfikir bahawa panggilan guru atau cikgu tiada di atas pentas rasmi.


Salam semua.

Benarkah sanjungan terhadap guru dimartabatkan di pentas yang teratas.

Artikel kali ini sengaja memprovokasikan minda mereka yang proaktif dan kritis untuk memungkinkan mereka menyemak sejauh mana aplikasi yang telah dilakukan t
erhadap memertabatkan status guru di dalam masyarakat di peringkat glokal ataupun global. Benarkah kita telah memertabatkan mereka dengan sewajarnya,

Dalam jangka masa 32 tahun pengalaman menjadi seorang guru tidak pernah penulis mendengar panggilan cikgu atau Tuan Guru diungkapkan atas pentas rasmi ketika pembesar guru dijemput sebagai tetamu khas sama ada bagi sesuatu majlis rasmi sekolah, daerah atau negeri.

Biasanya panggilan Tuan Pengarah, Tuan Pegawai , Tuan Pengetua atau YB Datuk akan mengambil tempat dan panggilan cikgu atau Tuan Guru tidak lagi berada di atas pentas, panggilan ulangan di dalam ucapan pun tidak akan terkeluar ungkapan cikgu atau tuan guru.

Kalau pun status cikgu atau guru wujud pada ketika itu , adanya ia hanyalah secara tersirat di dalam diri Tuan Pengarah, Tuan Pegawai, Tuan Pengetua atau YB Datuk, walaupun mereka ini sebelumnya berada di dalam bilik darjah bersama murid-murid dan kapur tulis serta papan tulis.Adakah kita berbohong bahawa kita memertabatkan guru dan kepada siapa pula kita berbohong?. Persoalan ini ditinggalkan untuk renungan anda, khasnya untuk ketua guru dan amnya untuk semua guru.


Bergurukan buku tanpa guru umpama bergurukan iblis.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat sila hubungi En.Zakri..0194786047.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$




Sekian.Wallahu aklam.

4 comments:

YB said...

Salam Lee Noh

Selamat Hari Guru.

Sesungguhnya masyarakat yg memartabatkan kaum guru ini ialah jepun. Panggilan SENSEI bagi merekia sungguh mulia. Diguna pakai pada sesiapa sahaja yg berkecimpung dlm dunia pengajaran.

Leenoh said...

Salam YB.

Terima kasih kerana membaca dan memberi ulasan.

Gelaran cikgu atau tuan guru perlu dikekalkan di dalam sektor pendidikan sehingga ke puncaknya atau pentas teratas supaya tidak kelihatan gelaran tersebut hanya sesuai di dalam bilik darjah sahaja.

Kalau ini keadaan dan situasinya bermakna kita mengisytiharkan bahawa status guru hanyalah mereka yang di bawah arahan dan kerdil sahaja.

Nl said...

salam Pak Ngah...

errrmm apapun selamat hari guru...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Terima kasih atas ingatan dan ucapan murni itu.
"Guru jujur murid berjaya".