Wednesday, May 26, 2010

Universiti Pengalamanku - Artikel syok sendiri - 6.

Salam semua.

Sorotan kembali dan kisahnya disambung.

Akhirnya buat sekian lama aku bertugas di dalam makmal ini
bersama rakan sejawatku.

Semasa aku bertugas di sini ( SMK.Tunku Abdul Rahman ) aku terlibat secara cergas dalam aktiviti Silat Seni Gayung sebagai Guru Penasihat, latihan silat diadakan pada setiap pagi Jumaat keran pada masa itulah sahaja Jurulatih berlapang masa untuk hadir melatih para pelajar, setiap kali diadakan latihan guru penasihat perlu ada bersama para pelajar untuk menjaga kebajikan mereka, pada hari Sabtu pula diadakan aktiviti ko.kurikulum yang lain pernah berlaku aku terpaksa ke sekolah setiap hari dalam masa sebulan, bermakna empat kali Jumaat dan empat kali Sabtu berturut-turut aku ke sekoah kerana terlibat dengan kegiatan atau aktiviti luar bilik darjah selain hari-hari biasa. Aku tidak sepatutnya cerita hal ini kerana seolah-olah masuk bakul angkat sendiri.tetapi. disebabkan diawal kisah ini telah dicatatkan sebagai Artikel Syok Sendiri, maka aku ceritakan juga perkara ini kepada anda.

Terima kasih SMK .Aminudin. Baki.JB, Maktab Sultan Abu Bakar. JB dan SMK.Khir Johari .Sg.Petani kerana andalah memberi ilmu dan pengalamn kepadaku sehingga aku mampu berbakti kepada SMK.Tunku Abdul Rahman dan lain-lain. Kepada SMK.Tunku Abdul Rahman aku berterima kasih tidak terhingga kerana bukan sahaja engkau memberi ilmu dan juga pengalaman padaku , malah memberi nilai prestasi yang amat baik padaku sehingga dapat melonjakkan pendapatanku beberapa kali selama aku berada di sisimu. Selaku guru yang kecil dan kerdil kedudukannya, itulah sahaja kemampuan dan harapan.

_______________________________________


Beri laluan kepada respon dari bekas pelajar English College.

Salam Ustaz Leenoh,

Mohon saya mengimbas kembali peristiwa di satu ketika semasa perhimpunan di dewan Maktab
Sultan Abu Bakar atau English College Johor Bahru, ... Di Dewan Perhimpunan seperti biasa yang mana Guru2 bersama Guru Besar sekolah di atas pentas termasuk Ustaz Leenoh sedang berdiri. Murid murid berbaris ikut barisan masing2.. saya pada ketika itu juga sama2 berdiri berbaris..tiba2 saya nampak Ustaz Leenoh melenting dan meloncat dari atas dewan pentas terpa kebawah dengan sekelip mata sudah berada di tempat di mana seorang murid yang hendak pitam dan pengsan. Sebelum murid tersebut jatuh dengan ketangkasan Ustaz Leenoh berjaya menyambut murid tersebuh dari jatuh ke lantai dewan... Inilah peristiwa yang masih saya ingat lagi sehingga ke hari ini...Allahuakbar.

May 26, 2010 2:41 Pm.

(Ir.Hj.Shaharuddin bin Hj.Sidek).

_____________________________________________

Mengimbas kembali kisah ringkas dari Maktab Sultan Abu Bakar (EC).

Pada tahun pertama (1974) aku bertugas di sekolah ini dan bertanggungjawab menjaga asrawan di Jalan Kapt.Mohd.Amin yang kami namakan Asrama Jalan Kapt.Mohad.Amin.Muridnya seramai 50 pelajar walaupun asrama ini hasil ubahsuai dari sebuah sekolah lama tetapi mereka disediakan bilik penginapan, bilik makan dan bilik mentalaah seadanya sahaja.

Jadual belajar pada waktu malam 8.00 sehingga jam 10.00 malam. pada waktu siang jam 2.30 petang sehingga 4,30 petang ( kurang pasti ) bagi mereka yang tidak terlibat dengan aktiviti di sekolah.Mereka yang terlibat dengan aktiviti di sekolah akan dibenarkan ke sekolah, oleh itu waktu mentaah yang berkualiti hanyalah pada waktu malam.

Di bilik bacaan atau mentalaah mereka hanya diawasi oleh pengawas atau ketua asramawan sahaja ( Wan Nik bin Muda ) dan dibantu oleh kawan-kawannya yang lain ketika ini mereka masih di tingkatan Satu hanya Wan Nik seorang sahaja yang berada di Tigkatan Dua.. Setelah setahun berlalu dengan bermentalaah begitu akhirnya keputusan akhir tahun pun diperolehi, masya Allah keputusannya menakutkan saya dan juga para waris.

Terdapat seorang pelajar hanya mampu lulus dua atau tiga subjek sahaja apabila disiasat sebab gagal sampai begitu rupa, katanya beliau sering risau dan ingat bapanya yang tidak pernah dilihatnya dan khabar angin menyatakan bapanya sedang berkerja di Singapura ketika itu, maka aku terpaksalah sentiasa berdampingan dengannya supaya kerisauannya dapat dikurangkan dan dapat belajar dengan tenang.

Pada tahun berikutnya iaitu ketika mereka berada di Tingkatan Dua dam Wan Nik bin Muda di Tingkatan Tiga aku mengambil keputusan mesti berada bersama mereka di Bilik Bacaan/Mentalaah pada
setiap malam.Terpaksalah aku menyediakan bahan tertentu untuk aku layan dalam tempoh dua jam itu. disamping melayani para pelajar yang bertanyakan sesuatu yang mereka tidak faham.Selama setahun aku berbuat demikian sehingga mereka faham apakah sebenarnya belajar atau mentalaah itu. Maka terkumpullah pengetahuan dan pengalamanku bersama budak-budak belasan tahun ini.

Keputusan atau prestasi akademik pada tahun tersebut melonjak melebihi 30% dari tahun yang lepas, aku rasa suka dan gembira yang amat sangat.Aku membuat kesimpulan bahawa pelajaran yang diperolehi oleh seseorang pelajar 30% daripadanya adalah diperolehi melalui unsur paksaan atau sokongan luar.Oleh itu kelas tambahan akan mampu memberi 30% peningkatan, jika semua pelajar mematuhi arahan guru. ( terutamanya pelajar Tingkatan 1, 2. dan 3 ). Para pelajar Tingkatan atas mereka itu lebih berpengalaman dan berdikari.

Sekian....Wassalam.

2 comments:

Hunny said...

salam,

hebatnya pak Ngah! Boleh wat lenting lintah..:)

Leenoh said...

Salam Hani.

Pak Ngah pun dah lupa, rupanya dirakamkan oleh minda pelajar dan masih segar sehingga hari ini.

Itu baru langkah dari atas ke bawah, belum lagi langkah seribu yang memperlihatkan tapak kaki sahaja.

Hahaha ...saja la Pak Ngah muatkan di sini kerana meraikan nostalgia bersama murid yang masih menghargainya.

Lagi pun dah bersara kalau tidak menyebokkan diri akan hilang arah dan serinya.

Biarlah kita berkongsi pengalaman bersama orang supaya hidup kita sentiasa dibaluti kasih sayang di antara satu sama lain, mungkin di sana ada berkatnya.

Terima kasih kerana Hani membaca dan yang paling "best" sekali memberi ulasan walupun ringkas tetapi ianya meninggalkan jejak yang amat berkesan sekali.