Aku masih ingat.
Ingatkan peristiwa dulu
ingatkan peristiwa berlalu
ingatkan peristiwa lama
ingatkan kesusahan
ingatkan takdir
ingatkan zaman kanak-kanak
ingatkan rentetan hidup.
Kampung dikelilingi hutan mengkuang.
kubang kerbau dan sendung bertali berpacakan.
padang rumput, habuan kerbau lembu meragut.
kerbau, lembu, kambing dan ayam itek.
memakmurkan kampung ketika zaman baru merdeka.
Aku masih ingat
Ayah di dalam petak bendang bersama kerbau,
membajak sawah di darat dan di dalam alor,
berminggu-minggu barulah selesai,
kerbau dijaga makan dan minumnya,
Agar bertenaga menarik tenggala,
aku menonton kerbau ke padang ragut,
di sana kujaga sebahagian petangnya,
bila hampir maghrib kubawa balik,
di dalam kandang kutambat sampai esok paginya,
Aku masih ingat.
Selepas mandi petang kupergi mengaji,
di rumah Tok Guru kuangkut air dari perigi bersama kekawan,
air untuk guna membasuh kaki sebelum naik ke rumah,
berkaki ayam tiada kekoknya, cuma selut membalutinya,
air basuhan di tangga guna menyucinya.
Aku masih ingat,
Hanya sedikit yang tidak mampu membaca al.Quran,
Guru Pakar hanya seorang petani,
setiap murid dua atau tiga minit mengadap guru,
itulah kaedah yang diamalkan,
seluruh kampung mampu membaca al.Quran,
itulah yang kuingat.
Aku masih ingat,
Aku di dalam petak bendang bersama ibu ayah.
rumput rampai dibersihkan.
lintah merayap dan menggigit.
kenyang sampai jatuh terkulai.
kekadang kusedar, kekadang tidak
takut dan geli bukan resmi kami.
Aku masih ingat,
aku bersama ibu ayah di dalam petak bendang,
menuai padi membanting kedap
tong berlayar tadahan bijian padi,
guni dan gantang diguna bersama,
padi dikeringkan atas hamparan tikar mengkuang,
padi kering diangkut dan disimpan.
jelapang padi tempat terakhir.
kerja bendang siap sudah,
zakat dibayar mengikut kadarnya,
khenduri dan doa penutup tugas.
Aku masih ingat.
kumandi di telaga, kumandi di sungai
aku minum air payau
aku berjalan kaki ayam masuk ke hutan.
mencari dan memerangkap burung.
aku turun ke dalam petak bendang
mencari ikan, ikan haruan, keli, puyu dan anak udang.
Aku masih ingat
sebelum kelas petang kumandi di Sungai Kedah
bukan kerana panas, bukan kerana ikut jadual mandi
aku hanya bermain-main dengan kekawan
main kejar mengejar.
panjat pokok terjun ke sungai
dan panjat pokok terjun lagi ke sungai
bergilir-gilir menjadi pengejar
buaya tiada di dalam minda
rasa takut jauh sekali
Hanya Allah yang Maha Pelihara.
Aku masih ingat.
banyak lagi yang masih kuingat.
Sekian. Wassalam.
Ingatkan peristiwa dulu
ingatkan peristiwa berlalu
ingatkan peristiwa lama
ingatkan kesusahan
ingatkan takdir
ingatkan zaman kanak-kanak
ingatkan rentetan hidup.
Kampung dikelilingi hutan mengkuang.
kubang kerbau dan sendung bertali berpacakan.
padang rumput, habuan kerbau lembu meragut.
kerbau, lembu, kambing dan ayam itek.
memakmurkan kampung ketika zaman baru merdeka.
Aku masih ingat
Ayah di dalam petak bendang bersama kerbau,
membajak sawah di darat dan di dalam alor,
berminggu-minggu barulah selesai,
kerbau dijaga makan dan minumnya,
Agar bertenaga menarik tenggala,
aku menonton kerbau ke padang ragut,
di sana kujaga sebahagian petangnya,
bila hampir maghrib kubawa balik,
di dalam kandang kutambat sampai esok paginya,
Aku masih ingat.
Selepas mandi petang kupergi mengaji,
di rumah Tok Guru kuangkut air dari perigi bersama kekawan,
air untuk guna membasuh kaki sebelum naik ke rumah,
berkaki ayam tiada kekoknya, cuma selut membalutinya,
air basuhan di tangga guna menyucinya.
Aku masih ingat,
Hanya sedikit yang tidak mampu membaca al.Quran,
Guru Pakar hanya seorang petani,
setiap murid dua atau tiga minit mengadap guru,
itulah kaedah yang diamalkan,
seluruh kampung mampu membaca al.Quran,
itulah yang kuingat.
Aku masih ingat,
Aku di dalam petak bendang bersama ibu ayah.
rumput rampai dibersihkan.
lintah merayap dan menggigit.
kenyang sampai jatuh terkulai.
kekadang kusedar, kekadang tidak
takut dan geli bukan resmi kami.
Aku masih ingat,
aku bersama ibu ayah di dalam petak bendang,
menuai padi membanting kedap
tong berlayar tadahan bijian padi,
guni dan gantang diguna bersama,
padi dikeringkan atas hamparan tikar mengkuang,
padi kering diangkut dan disimpan.
jelapang padi tempat terakhir.
kerja bendang siap sudah,
zakat dibayar mengikut kadarnya,
khenduri dan doa penutup tugas.
Aku masih ingat.
kumandi di telaga, kumandi di sungai
aku minum air payau
aku berjalan kaki ayam masuk ke hutan.
mencari dan memerangkap burung.
aku turun ke dalam petak bendang
mencari ikan, ikan haruan, keli, puyu dan anak udang.
Aku masih ingat
sebelum kelas petang kumandi di Sungai Kedah
bukan kerana panas, bukan kerana ikut jadual mandi
aku hanya bermain-main dengan kekawan
main kejar mengejar.
panjat pokok terjun ke sungai
dan panjat pokok terjun lagi ke sungai
bergilir-gilir menjadi pengejar
buaya tiada di dalam minda
rasa takut jauh sekali
Hanya Allah yang Maha Pelihara.
Aku masih ingat.
banyak lagi yang masih kuingat.
Sekian. Wassalam.
6 comments:
Lamanyerrrrr x tengok lembu kambing, ayam itik secara live...mana nak cari sekarang...kampung pun dah jadi bandar...
Kerbau yang bergerak di dalam petak bendang sekarang dah tak makan rumput, hehehe
Demikianlah dunia berarak pergi tanpa toleh ke belakang lagi.
Semakin jauh dia pergi, semakin berusialah dunia yang fana ini,
pergerakannya sangat laju sehingga tidak sempat hendak merekodkan sejarahnya.
wassalam
leenoh,
eii pacat... haaa... inilah orng yg tak pernah bergelumang dengan lumpur dan merasa kesusahan hidup.
kenangan... tinggal kenangan - hidup kena di teruskan.
balik kampung baru merasa... sawah padi, memancing di tali air....
Sdr.Izan.
Jaga-jaga pacat lagi nakal berbanding dengan lintah, lagipun hidupan ini hidup berkumpulan, mereka serang senyap-senyap.
alih-alih dah kenyang dan jatuh terkulai dan gemuk gedempul.
Wassalam
Rasa-rasanya peristiwa tu ada yang berlaku kat Gajah Mati, Langgar, Pokok Sena, Kubur Panjang
Salam,
Ada cikgukedah di blogroll blog ini, cuba semak.
Setengah daripadanya ada berlaku di situ, agaknya dah bercampur aduk.
Terima kasih atas respon tersebut.
Post a Comment