Sunday, July 5, 2009

Allah Maha Pencipta


_________

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Subhanallah, Masya Allah cantiknya bangunan binaan dan gubahan manusia ini,

Allah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana . Dialah Pencipta manusia dan sekalian alam
ini.

Payung -Masjid Nabawi.

Secanggih mana , seindah mana dan semegah mana
kejadian binaan ini mereka tidak diperintahkan untuk
bertanggungjawab atas diri mereka dan Tuhan mereka,
tetapi manusia diperintahkan Allah
untuk bertanggungjawab atas diri mereka.


Masjid Nabawi-Madinah

Secantik mana, secanggih mana dan seindah mana
kejadian binaan ini.
Manusia jua sebaik-baik kejadian.



Masjid Nabawi-Madinah.

Runungilah keindahan dan kecanggihannya dan ingatlah kepada Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Mengetahui dan Maha Sempurna sifat -sifat-Nya.
_______________________

Firman Allah bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya ).(4)
Kemudian ( jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.(5)
Kucuali orang-orang yang beriman dan beramal solih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
(6)
Surah At.Tiin ( 4 - 6 )

Intisarinya.
Allah menerangkan perihal manusia dan menegaskan bahawa Allah Taala telah menciptanya dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( serta kelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Jika manusia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu, Allah kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
Iaitu orang-orang yang beriman yang semasa mudanya tetap mengerjakan amal-amal solih, apabila dia menjadi tua nyanyuk - tidak dapat berbuat lagi demikian, maka Allah Taala perintahkan malaikat supaya dituliskan pahala amalan yang biasa dikerjakannya dahulu, sekali pun dia tidak dapat mengerjakannya lagi dalam masa tuanya.


________________



Paparan gambar ;
http://Manzlie-makkah.blogspot.com.

Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam

6 comments:

Sitie BUm BUm said...

Cantik

Nl said...

salam pak Ngah...

mmg betul tu bagi yang selalu berfikir akan mendapat kelebihanyer dalam mencari dan mengenali diri dan yang maha pencipta...

Leenoh said...

Salam.
Kejadian Allah manusia hanya menggubahnya sahaja.

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Kita selalu lalai termasuk Pak Ngah hehehe, sebab itu Pak Ngah paparkan di sini untuk mengingatkan diri sendiri dan kekawan.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Begitulah kekuasaan Tuhan yang menjadikan manusia sebaik-baik kejadian tetapi manusia masih engkar perjanjiannya dengan Tuhan dan dibalas oleh neraka kecuali mereka yang beriman dan beramal solih akan dibalas syurga yang berkekalan.

Sesungguhnya, Tuhan Maha Adil dalam menghakimi hamba Nya.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Entri baru saudara sangat menarik dan ilmiah, harap-harap ramai akan membacanya, kalau anda nak baca kliklah " Long Tambang Pulau Betong ".
Ya, terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Saya cuma mengingatkan diri sendiri dan kekawan.